Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Testimoni dari Puan Zakiah ~ bengkung moden, gel sireh dan lampin kain moden

Assalamualaikum,

Apa khabar anda semua? Saya okey saja. Cuma agak happy dan sedikit gabra sebab akhir nya duit dari paypal kini dah boleh di transfer ke akaun bank di Malaysia. Penantian yang cukup lama bagi mereka yang berniaga secara online seperti saya sebab isue paypal withdrawal ni dah lama sangat ditunggu.

Happy sebab lepas ni tak payah pening nak pikir macam mana nak withdraw duit dari paypal. Gabra sebab tiba-tiba teringat LHDN.. hu..hu…

Okey, kita lupakan pasal paypal ni sebab ia kurang berkaitan sangat dengan blog ni.

Hari ni saya nak berkongsi satu lagi testimoni yang saya terima dari pelanggan saya Puan Zakiah seperti berikut :

Salam kak fazidah, terima kasih banyak2 coz kenalkan pelbagai produk especially bengkung moden & cloth diapers(CD).

Saya mula memakai bengkung moden selepas hampir sebulan melahirkan anak sulung secara cesarean. Berat badan terakhir sebelum bersalin adalah hampir 80kg. Selepas bersalin berat tak banyak turun dan perut masih seperti 5 bulan hamil.Semua baju2 kurung saya tidak muat dipakai (kalau muat pun macam buah nangka kene balut hehe..).

Alhmdulillah setelah memakai bengkung moden (dapat tahu dari majalh pa&ma), berat turun beransur2 dan sekarang baju2 sudah muat kembali dan saya juga terus memakainya hingga sekarang. Memandangkan kerja sebagai seorang guru, memang saya banyak bergerak & turun naik tangga.

Syukur ada bengkung moden,ia dapat menampung bekas pembedahan saya disamping gel sireh yg menghangatknnya dengan jangka masa yg lama.Paling mengejutkan, sakit pipi(sakit saraf) yang ayah saya hidapi selama lebih 10 tahun berkurangan setelah disapu gel sireh.

Saya juga telah mencuba cloth diaper (lampin kain moden) untuk anak saya selama seminggu. Alhamdulillah, ruamnye sudah sembuh dan tak merah2 lgi. Nak basuh pun senang tak payah nak sental2.. memang jimat tenaga dan sabun;) lebih2 lagi gunakan linernye.. fabriknya memang tidak serap najis. Insyallah ada rezeki saya nak open market di sini(mukah) ramai yg tidak tahu tentng lampin moden ini….terima kasih Kak Faz!!

Puan zakiah juga ingin berkongsi gambar baby Lutfi yang sedang pakai lampin kain moden / cloth diapers. Waahhh.. posing sakan baby ni . Berat baby Lutfi masa lahir ialah 2.3kg, lahir pada 3 June 2009. Semoga Baby Lutfi tak lagi mengalami masalah ruam lampin lepas pakai cloth diapers :)

Kak Faz


Related posts:

  1. Tips penting tentang mencuci kain lampin moden Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apa khabar anda semua? Saya harap...
  2. Lagi testimoni dari pengguna bengkung moden Salam ceria, Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi testimoni...
  3. Cloth diapers membantu masalah ruam lampin Assalamualaikum, Beberapa minggu ni saya agak jarang menulis di blog...
  4. Testimoni terbaru dari pengguna bengkung moden Salam & Hello Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi...
  5. Lagi testimoni dari pengguna bengkung moden Assalamualaikum, Hari ini saya ingin berkongsi satu testimoni yang saya...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_mrgreen.gif icon_neutral.gif icon_twisted.gif icon_arrow.gif icon_eek.gif icon_smile.gif icon_confused.gif icon_cool.gif icon_evil.gif icon_biggrin.gif icon_idea.gif icon_redface.gif icon_razz.gif icon_rolleyes.gif icon_wink.gif icon_cry.gif icon_surprised.gif icon_lol.gif icon_mad.gif icon_sad.gif icon_exclaim.gif icon_question.gif