Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Lagi testimoni dari pengguna bengkung moden

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi satu testimoni yang saya terima dari pelanggan saya yang bernama Puan Nita. Puan Nita adalah antara pelanggan saya yang menggunakan bengkung moden walaupun bersalin secara normal. Sebenarnya testimoni ni saya ada letakkan kat tepi kanan blog ni, tapi sebab nak tukar dengan testimoni lain pula, jadi saya masukkan dalam posting untuk hari ni.

Testimoni dari Puan Nita adalah seperti berikut :

Sewaktu melahirkan anak kedua perut saya masih menggelebeh selepas habis tempoh berpantang kerana saya tidak begitu memakai bengkung traditional yang talinya perlu diikat walaupun saya bersalin secara normal. Tetapi selepas melahirkan anak ke 3 (juga secara normal) saya memakai bengkung moden dan perut saya tidak lagi menggelebeh berbanding sewaktu selepas melahirkan anak ke 2 dahulu. Kini saya menghubungi Puan Fazidah lagi untuk membeli gel sireh emas untuk dipakai bersama bengkung moden dan meneruskan usaha mengempiskan perut.

Puan Nita (ibu kepada 3 anak – semuanya bersalin normal)

Kerjaya : Pensyarah

Terima kasih kepada Puan Nita yang sudi memberikan testimoni. Katanya tak nak bagi gambar dan tak nak saya letak nama penuhnya. Jadi, saya letak nama pendek Puan Nita je lah kat sini sebagai menghormati privasinya.

Kak Faz

Related posts:

  1. Testimoni dari Puan Zakiah ~ bengkung moden, gel sireh dan lampin kain moden Assalamualaikum, Apa khabar anda semua? Saya okey saja. Cuma agak...
  2. Testimoni dari Pelanggan Bengkung Moden dan Tungku Moden Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apa khabar anda semua? Saya harap...
  3. Testimoni dari pelanggan yang berpuas hati Assalamualaikum, Hari ini saya ingin berkongsi testimoni terbaru yang saya...
  4. Testimoni pelanggan bengkung moden dan nursing bra Assalamualaikum, Hari ini saya ingin berkongsi testimoni yang diterima dari...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

5 Responses to “Lagi testimoni dari pengguna bengkung moden”

  1. Suhailah

    Salam Kak Faz,

    Saya baru je dpt bengkung Khamis lepas dan bersemangat pakai bengkung dengan gel sireh siang dan malam. Memang selesa, tido pun nyenyak. Tujuan saya beli bengkung ni pun bukan kerana bersalin tapi saya kerap batuk n dapat rasakan rahim saya menurun. Memang berurut dan bertungku itu elok untuk naikkan rahim tapi saya perlukan sesuatu yang lain untuk sokong rahim saya dan ternyata bengkung moden ni banyak membantu.

    Terima kasih

    Suhailah

  2. Faz

    Wasalam Suhailah,

    Terima kasih atas feedback yang diberikan :mrgreen:

  3. AS

    X SABAR NK BELI BENGKUNG NIH…

  4. Tini

    Assalamu’alaikum Kak Faz,
    Sempena Hari Ibu lepas, saya menerima hadiah bengkung moden + gel sireh dari suami tersayang dan anak-anak. Pertama kali memakainya saya merasa sungguh selesa, tak panas, tak berlipat, tak perlu menahan nafas. Perut pun terasa kejap tak melendut lagi. Kepada mereka diluar sana yang merasa perutnya dah naik, bolehlah menggunakan bengkung moden yang amat selesa dan mudah dipakai. Kini setiap hari saya menggunakan ke pejabat. Rakan-rakan di pejebat tak tahu pun saya menggunakan bengkung, cuma mereka cakap perut saya dah kempis… terima kasih pada bengkung moden dan kepada suami tercinta yang sanggup meredah hujan lebat dimalam hari ke rumah Kak Faz, semata-mata hadiah yang amat bermakna ini buat isterinya.


  5. Wslm,

    Oooo… Puan Tini ni lah yang suaminya nak bagi hadiah bengkungmoden untuk birthday tu. Untung puan dapat suami baik macam tu.

    Dan terima kasih atas feedback yang diberikan.

    Jika puan sudi berikan gambar, boleh saya masukkan ke bahagian testimoni :D

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif