Testimoni terbaru bengkung moden
Salam Ceria
Hari ini saya ingin berkongsi testimoni terbaru (baru jer saya terima… he..he…) dari pelanggan saya Aida.
Salam Kak Faz,
Dah lama saya nak menghubungi kak Faz, tapi terlalu sibuk dengan anak-anak & kerja. Alhamdulillah, hari ini ada sedikit kesempatan untuk saya berkonsi pengalaman memakai bengkung moden…
Anak saya yang pertama dilahirkan pada 2005 dengan cara pembedahan, pada masa itu, saya juga sama seperti ibu-ibu yang lain, tidak langsung mengamalkan barut atau pun tungku. Seperti yang diketahui, jika kita tidak memakai barut dalam masa pantang, perut akan kelihatan buncit sama seperti waktu mengandung. Selepas 6 bulan , saya mengandung pula anak kedua. Sikecil ini lahir pada 2006 secara normal. Walaupun boleh mengenakan barut dan bertungku, Agak susah pada saya untuk mengempiskan perut. Banyak produk mengempiskan perut telah saya cuba, tapi kebanyakkannya hanya sekerat jalan. Dengan kehadiran 2 cahaya mata dan usianya yang terlalu dekat, saya tidak mempunyai banyak masa untuk menggunakan produk-produk tersebut.
Ketika melahirkan Anak ketiga saya yang dilahirkan pada Jan 2009 yang lalu,saya terpaksa berpantang sendirian. Maklumlah susah untuk balik kerumah ibu atau mertua. Memakai bengkung biasa amat menyusahkan. Kekadang, tak sempat lagi memakai bengkung, bayi kecil sudah meragam.. sudahnya bengkung dan tungku pun tak sempat. Sewaktu saya dalam pantang 20 hari., saya dengan tak sengajanya terjumpa website bengkungmoden. Terus saya menelefon kak faz bertanyakan kesahihan produk bengkung moden ini…dan sudah hampir 4 bulan saya pakai bengkung moden dan alhamdulillah kesannya amat memberangsangkan. Amat membantu saya ketika dalam pantang. Nampak kesan yang cepat jika kita menggunakan gel sireh mas sekali…
Sekali lagi, terima kasih kak faz kerana membantu ibu-ibu diluar sana cara untuk mengembalikan tubuh yang langsing semula…Cadangan saya :
Adalah baik jika kak faz meluaskan lagi cara permasan kak faz … mungkin advertising didalam TV, Akbar… so far, ramai lagi yang tidak mengetahui yang bengkung boleh dipakai walaupun bersalin secara pembedahan. Contoh nya saya…setelah 4 tahun menjadi ibu, baru saya tahu yang bengkung boleh dipakai ketika kita bersalin secara pembedahan…
Disini saya sertakan gambar anak ketiga saya yang dilahirkan secara normal pada 8 Jan 2009.. Nursyuhadah Umairah Bt Mohd Affandi.Sekian,
Aida- Kulim Kedah
Kepada Aida, terima kasih atas testimoni dan juga cadangan yang diberikan. Insya allah satu hari nanti bila dah cukup bajet akan akak usahakan untuk pengiklanan yang lebih meluas
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
















