Tekanan dan kemurungan beri kesan buruk kepada bayi

by fazidah on February 13, 2010

Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ini semakin banyak berita tentang pembunuhan yang berlaku dinegara ini. Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita tentang suami yang menetak tangan isterinya. Tak lama selepas itu pula, keluar kisah seorang anak yang membunuh bapanya dengan pisau selepas menikam perut abangnya. Bila membaca kisah-kisah seperti ini, terasa makin hari makin ramai pula orang yang mengalami masalah mental disekeliling kita, sama ada secara sedar atau sebaliknya.

Kebetulan pula saya ada terbaca satu artikel di Utusan Malaysia tentang kesan buruk tekanan dan kemurungan ibu yang sedang hamil kepada bayi sewaktu didalam kandungan.

Menurut artikel tersebut, dari kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Paeditrik dan Perinatal Epidemiologi di US menunjukkan kerisauan dan kemurungan yang dialami ibu mengandung memberi kesan kepada saiz bayi dan sistem penghadaman bayi.

Ibu yang mengalami kebimbangan ketika dibulan pertama kehamilan boleh menyebabkan bayi yang lahir kurang berat dan saiz yang lebih pendek dari yang sepatutnya. Dan bagi ibu hamil yang mengalami kebimbangan dan stress di bulan ke tiga kehamilan, ia berpotensi memendekkan tempoh matang saluran penghadaman bayi.

Bukan itu saja, lebih teruk kesan kebimbangan dan kemurungan tersebut maka makin serius jugalah kesan yang dialami oleh bayi dalam kandungan.

Kalau diikutkan, orang-orang tua macam mak kita selalu berpesan. Masa mengandung jangan diikut dan dilayan sangat perasaan kerana takut memberi kesan buruk kepada anak dalam kandungan.

Tapi dalam kehidupan hari ini yang serba-serbi perlu cepat dan pantas, ada kalanya suasana dan situasi sekeliling membuatkan kita mudah stress. Contohnya bagi ibu-ibu yang perlu naik kenderaan awam untuk ke tempat kerja setiap hari. Pagi-pagi dah kena berdiri dalam komuter dan LRT. Kalau bernasib baik dan ada yang bersimpati, dapatlah tempat duduk. Tapi jika sebaliknya, berdiri sajalah di sepanjang perjalanan. Itu belum lagi dikira dengan tekanan ditempat kerja

Jika anda berada dalam situasi yang memberikan tekanan kepada anda, usah pendamkannya. Sebaliknya luahkan perasaan anda kepada pasangan, ibu, kakak atau rakan-rakan yang boleh dipercayai. Sekurang-kurangnya ini dapat membantu meredakan tekanan anda.

Cara lain untuk mengurangkan tekanan sewaktu hamil ialah dengan bercuti bersama pasangan. Dan bagi kes-kes tertentu, mungkin anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan pandangan dan rawatan lanjut.

Kak Faz

Tekanan dan kemurungan beri kesan buruk kepada bayi by

{ 1 comment… read it below or add one }

sue January 17, 2011 at 9:48 pm

orang belum khawin blh pkai bengkung x?ada kesan x?

Leave a Comment

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: