Tag Archives: girdle

Bengkung untuk lelaki?

Posted on by 5 comments

Sewaktu membelek akhbar Mingguan Malaysia pada Ahad lepas, saya tertarik kepada tajuk satu artikel yang membicarakan tentang girdle atau bengkung untuk lelaki.

Sambil membaca artikel itu, saya berfikir… boleh jual tak agaknya bengkung ni kat Malaysia? Mungkin boleh kot. Almaklumlah… ramai juga yang berperut boroi kat sini. Kalau suaminya tak beli pun, mungkin si isteri yang tolong belikan. Mana tahu, lepas pakai girdle ni boleh pakai balik seluar lama yang dah ketat di bahagian perut :)

Menggelarkan pakaian pelangsing ini sebagai mirdle, ia dikatakan mampu memberikan keyakinan kepada lelaki yang memakainya kerana perut mereka tidak lagi akan kelihatan tergantung apabila memakai tali pinggang. Cuma bagi pengeluar girdle ops.. silap…. m.i.r.d.l.e  ini, mereka terang-terangan mengatakan target market utama mereka adalah golongan metroseksual.

Ia juga mampu membuatkan lilitan pinggang kelihatan langsing, memperbaiki postur dan membantu kaum lelaki tampil bergaya dalam sut ketat yang popular masa kini.

Untuk membaca artikel ini, anda boleh klik disini >> girdle untuk lelaki <<

Yang masih berfikir

Kak Faz

Bengkung Moden vs Girdle / Binder lain

Posted on by 0 comment

Assalamualaikum dan salam ceria semua,

Hari ini saya menerima panggilan dari salah seorang bakal pelanggan yang bertanyakan tentang beberapa perbezaan antara Bengkung Moden dan bengkung lain dan girdle yang dijual dipasaran. Sebab kenapa soalan ini ditanya kerana sebelum ini beliau pernah memakai sejenis bengkung namun begitu beliau bukan sahaja merasa tidak selesa, tapi juga terasa sakit dan ngilu ditempat luka pembedahan (caeserean).

Seperti yang saya kongsikan bersama beliau, saya catatkan disini buat tatapan anda juga.

1. Dawai besi di pasang digirdle / binders

Memang ada binders yang dijual diluar sana yang memasang besi atau dawai halus. Kehadiran besi atau dawai halus ini sebenarnya menimbulkan rasa tidak selesa kerana ia akan menekan bahagian perut dan pinggang, mengakibatkan tempat luka pembedahan terasa sakit dan ngilu. Kalau dah rasa sakit tu, saya percaya tak lamalah anda pakai girdle atau binders tu. Mesti lepas tu kena buka sebab tak tahan sakit. Bengkung Moden tidak mempunyai besi atau dawai halus seperti yang dipasang dikebanyakan girdle atau abdominal binders yang lain.

2. Material yang mengandungi getah

Memang ada abdominal binders diluar sana yang mengandungi getah. Bagi mereka yang berkulit sensitif, tak lamalah anda pakai binders tu sewaktu dalam pantang sebab perut asyik terasa gatal saja. Ini tidak akan terjadi jika anda pakai Bengkung Moden sebab ia dibuat dari latex free material.

3. Material dari Nylon

Huh… ni memang banyak dan berlambak dipasaran terutamanya girdle. Kalau berpeluh memang habislah… Jangan sesekai anda berani dan cuba-cuba memakai girdle jenis ni kalau luka pembedahan anda belum lagi sampai 2 bulan. Kalau anda nak cari nahas, silakan… nanti kalau luka tu bernanah, pandai-pandailah pergi klinik dan minta doktor cuci luka tu. Nasihat saya, jangan ambil risiko sebegini. Kelak anda sendiri yang merana menanggung sakit.

P/s : saya juga pernah menggunakan binders seperti yang telah dipakai oleh pemanggil ini. Sebab itulah saya tahu kenapa ia tidak selesa.

Ok, itu saja buat kali ini.

Senyum sokmo :)

Kak Faz