Tag Archives: bersalin

Tips Mengelak Peningkatan Berat Badan Berlebihan Sewaktu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Waaahh… lama nya saya bercuti dari menulis di blog ni. Sampai berhabuk rasanya.. fuuhhh…fuhhh.. tiup habuk dulu kejap (huu…huu..)

Apa khabar anda semua?  Agaknya ada yang dah lupa pada saya. Memang salah saya sendiri pun, kena tanggung saja lah akibat nya jika dilupakan oleh anda semua.

Saya ok saja. Cuma biasalah ada kala nya teringin nak test benda dan teknik baru. Bila tak jadi, frust sekejap.

Dah lama saya tak kongsi tips kat sini walaupun banyak info dan tips yang berlegar dalam kepala dan banyak yang saya dah ‘ter’ lupa..

Untuk hari ni saya nak berkongsi 5 tips untuk mengelak dari berat badan naik terlalu banyak sewaktu tempoh hamil.

Biasanya sewaktu dalam tempoh kehamilan, kenaikan berat badan normal ialah antara 10 ke 15 kg dari berat sebelum hamil. Tapi selalu juga saya menerima dan membaca email pelanggan saya yang risau dengan kenaikan berat badan yang terlalu banyak dan melebihi paras kenaikan normal.

Tips berikut boleh membantu mereka yang menghadapi masalah yang sama :

1. Masak dan sediakan makanan sendiri

Makanan yang dimasak sendiri selalunya bukan saja lebih bersih tapi kita juga boleh pilih bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Masakan terbaik bagi mengelakkan pertambahan berat badan melebihi had adalah dengan cara membakar, memanggang dan secara stim kerana masakan begini tidak menggunakan minyak.

2. Makan secara sihat

Elakkan dari mengambil minuman bergas dan berperisa kerana minuman jenis ni selalunya menambah kandungan kalori. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Juga elakkan dari pengambilan makanan segera seperti KFC, McD, Pizza. Bercerita tentang makanan ni, teringat pula saya pada seorang pelanggan saya yang sudi berkongsi tips ni. Katanya, sewaktu hamil isterinya mengamalkan pengambilan kurma dan kismis sepanjang kehamilan bagi mengelakkan bayi dari demam kuning sewaktu dalam pantang. Dari segi kuantitinya pula, katanya tak banyak pun tak apa. Sekadar 3 biji sehari pun dah okay. Tapi kalau lebih pun apa salahnya sebab kurma dan kismis memang berkhasiat. Jika tidak masakan ia menjadi makanan pilihan Rasulullah s.a.w. :)

3. Jangan makan untuk 2 orang

Hamil tak bermakna anda kena makan banyak walaupun sewaktu hamil tu adalah waktu 2 in 1 , bagi yang hamil kembar pula 3 in 1 (satu badan ada 2 atau 3 nyawa termasuk nyawa ibu..). Jika anda kerap lapar, buah-buahan, kismis dan kurma boleh dijadikan kudapan sementara menunggu waktu makan.

4. Ambil supplemen

Supplemen boleh membantu melengkapkan nutrien pemakanan yang kurang dalam menu harian. Biasanya doktor memang ada berikan obimin dan kalsium sebagai sepplemen untuk ibu hamil. Selain dari itu, madu lebah juga sangat baik untuk dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiat nya yang banyak. Tapi pastikan madu yang asli ye :)

5.  Kerap berjalan dan lakukan senaman khas untuk kehamilan

Senaman ketika hamil sangat digalakkan kerana ia mampu memejalkan otot dan susuk tubuh, menguatkan otot pelvik dan memperbaiki postur tubuh. Orang tua-tua kata, kalau banyak berjalan nanti senang nak bersalin. Tapi tak semua orang ada masa nak berjalan-jalan ditaman. Rumah sekarang pun saiz nye banyak yang kecik-kecik aje. Baru menapak 3 ke 4 langkah dari bilik dah sampai dapur.  Oleh itu saya kongsikan video di bawah yang boleh anda rujuk untuk senaman yang selamat bagi ibu-ibu yang sedang hamil.

 Senaman selamat untuk ibu hamil

 

 

Ok lah, itu saja untuk kli ini. Insya allah saya akan kongsikan lebih banyak tips lagi nanti :)

 

Kak Faz

bengkung moden, bersalin cesarean

 

Ibu Hamil Waspada Darah Tinggi

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Harap semuanya ok ye…

Hari ini saya ingin berkongsi artikel dari Utusan Malaysia yang telah dikeluarkan pada 3/6/2008. Sesekali baca artikel lama tapi berinformasi apa salahnya kan..?

Ok, kita teruskan saja pada kandung artikel tu ye. Saya copy and paste aje lah kat sini. Selamat membaca… :)

~ Kak Faz ~

PENYAKIT darah tinggi berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.

Keadaan ini berlaku pada wanita tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, tekanan darah tinggi di kalangan wanita hamil biasanya berlaku ketika kandungan berusia 20 minggu ke atas.

Tetapi, sekiranya ia berlaku lebih awal dari tempoh itu, pemeriksaan terhadap pesakit perlu dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.

Menurutnya, darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan berlangsung. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna” jelasnya ketika ditemui di kliniknya, di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurut beliau, tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70.

“Kalau lebih daripada 110 ia dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi, bagaimanapun peratusan kenaikan daripada tahap normal hingga ke tahap tekanan itu akan dianalisis oleh doktor.

“Sebab itu penting bagi seorang wanita hamil untuk mendapatkan rawatan kerap daripada doktor mereka,” jelas Dr. Silvam yang juga berkepakaran dalam bidang ginekologi onkologi.

Antara komplikasi yang terpaksa dihadapi oleh wanita hamil ialah mengeluarkan bayi mereka sebelum waktu matang.

“Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.

“Dalam kes wanita hamil yang menghidap darah tinggi, kita perlu sentiasa berkompromi antara kesihatan ibu dan nyawa bayi.

“Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, ia masih ada masalah sebab dia perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi.

“Risiko lain, bayi juga boleh meninggal dunia kalau dikeluarkan terlalu awal,” jelas beliau lagi.

Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.

Menurut Dr. Silvam, kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan ubat, iaitu pengambilan ubat darah tinggi.

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.

Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.

“Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun,” ujar beliau.

Peratusan untuk penyakit darah tinggi pada wanita hamil akan hilang selepas bersalin ialah sebanyak hampir 100 peratus, kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.

Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang, sebab mungkin secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.

“Ini semua mesti diperiksa secara mendalam, doktor tidak boleh buat sebarang kesimpulan. Sebagai contoh, seorang wanita muda berusia 20 tahun yang mengandung dan dikesan mempunyai darah tinggi. Kita, menjangkakan darah tinggi akan turun selepas bersalin jika dia tidak ada sebarang masalah lain seperti buah pinggang atau sebagainya,” hurai beliau.

Ketika ditanya tentang kaedah bersalin paling selamat untuk wanita yang menghidap darah tinggi, Dr. Silvam menjelaskan ia bergantung kepada faktor kematangan bayi dalam kandungan (selama mana kandungan tersebut).

“Seboleh-bolehnya kita akan bagi ibu bersalin bila cukup tempoh, sebab kurang risiko untuk bayi. Bukan saja takut bayi meninggal awal, tapi juga masalah komplikasi lain.

“Namun, jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.

“Ibu boleh mendapat sawan, kadang-kadang boleh terjadi pendarahan di otak dan seterusnya terjadi strok,” jelas beliau.

Dr. Silvam berkata, walaupun strok selalu dialami oleh orang tua, kesan akhir bagi penghidap darah tinggi yang serius adalah sama, tidak kira bagi penghidap darah tinggi biasa mahupun ibu hamil yang menghidap darah tinggi.

“Walaupun punca darah tinggi semasa mengandung berlainan daripada kes darah tinggi biasa, namun perlu diingatkan kesan akhirnya tetap sama. Apabila salur darah pecah, serangan strok terjadi dan komplikasinya sama saja, jadi sebab itu kita kena mengawal darah tinggi ini untuk ibu melalui pengambilan ubat,” kata Dr. Silvam.

Semasa tekanan darah terlalu tinggi, doktor akan melihat dua keadaan. Pertama, sama ada tekanan darah tinggi disertai dengan kencing kotor (protein dalam air kencing tinggi), di mana wanita tersebut mungkin akan mengalami ‘eminent eclampsia’ (hampir-hampir mengalami sawan).

Dalam keadaan ini, doktor akan menyarankan wanita tersebut dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.

Jika keadaan membahayakan nyawa ibu, maka dia akan dipaksa bersalin dan jika tempoh kandungan baru 20 minggu kemungkinan besar bayi tidak akan selamat. Bagaimanapun, jika kandungan sudah berusia 28 minggu atau lebih bayi boleh dirawat secara intensif.

Kedua, jika ibu mengalami darah tinggi, tapi tiada kencing kotor, doktor akan memberi pemerhatian rapi dengan pemeriksaan doktor setiap minggu. Apabila doktor membuat analisis, darah tingginya boleh dikawal dan kencingnya tidak kotor, maka kandungannya boleh diteruskan hingga cukup matang iaitu minggu 32 hingga 34.

“Dalam keadaan ibu hamil dengan tekanan darah tinggi ini mesti selalu kompromi, iaitu antara kesihatan ibu dan kematangan bayi.

“Paling diutamakan ialah nyawa ibu, sebab selain strok terdapat juga kes di mana ibu boleh meninggal dunia kerana uri pecah (placenta rupture), berdarah akibat tekanan yang terlalu tinggi,” ujar beliau.

Susah untuk mengelakkan seorang ibu hamil daripada terkena darah tinggi, ia sebenarnya bergantung kepada faktor-x yang ada pada ibu dan ayah,

masalah darah tinggi ini berlaku bukan saja di negara-negara membangun, ia juga masalah penting yang berlaku di negara yang sudah membangun, sebab tiada siapa yang tahu puncanya.

Bagaimanapun, ibu yang mempunyai darah tinggi adalah dinasihatkan supaya bersalin di hospital dan pastikan ada doktor pakar yang akan membuat rawatan susulan dan rawatan sokongan.

Petikan dari Utusan Malaysia (3/6/2008)

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

 

 

Bayi cesarean lebih mudah menghidap jangkitan dan alergi

Assalamualaikum,

Apa khabar anda semua? Saya harap anda okey saja ye :D

Untuk entry hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang kesan bersalin secara cesarean kepada bayi.

Dari kajian yang dijalankan, sistem imun bayi yang dilahirkan secara cesarean tidak bertindak balas dengan cepat dan efektif berbanding dengan bayi yang dilahirkan secara normal. Ini kerana bayi cesarean tidak melalui proses kelahiran yang menggalakkan sistem imun mereka diaktifkan dengan lebih awal.

Bagi bayi yang dilahirkan melalui vagina, bayi akan terdedah kepada bakteria ibunya yang akan mencetuskan penyebaran bakteria bermanfaat kedalam usus bayi. Usus pula merupakan tempat dimana 80% daripada sistem imunnya ditempatkan. Semakin banyak bakteria bermanfaat didapati dalam seseorang bayi maka semakin cepat sistem imunnya diransang dan dilatih menjadi kuat.

Namun begitu bayi cesarean akan mengalami 6 bulan kelambatan untuk ransangan sistem imun berbanding bayi yang melalui proses bersalin normal kerana tidak melalui proses pendedahan kepada bakteria baik sewaktu kelahiran. Oleh itu, bayi cesarean lebih mudah menghidapi jangkitan dan alergi berbanding bayi yang dilahirkan secara normal.

Tapi anda tak perlu risau… susu ibu kan ada. Jika bayi anda dilahirkan secara cesarean, sebaiknya anda cuba susui bayi anda dengan susu ibu yang memang sudah diakui boleh membantu menguatkan sistem imun tubuh bayi. Juga, sebaiknya cuba berikan kolostrum (susu ibu paling awal) yang kaya dengan antibodi yang boleh membantu sistem imun bayi anda.

Kak Faz

Koleksi terbaru tungku moden

Assalamualaikum,

Beberapa hari lepas ada pelanggan saya yang pernah datang ke rumah bertanya kenapa di laman web tak banyak dipaparkan gambar untuk design tungku moden macam yang ada kat rumah saya tu?

Sebenarnya bukan tak nak letak design terbaru dilaman web, tapi selalu saja tak sempat nak edit gambar tungku tu. Ditambah pula setiap kali stok tungku sampai, mesti design tak sama dengan stok yang lepas.

Tapi tak apa lah, mulai hari ni saya akan cuba update gambar terbaru tungku moden berdasarkan stok terbaru yang ada. Kali ni ada lebih banyak pilihan design dan corak tungku yang boleh anda pilih. Bagi yang tak suka corak bunga-bunga pula, saya baru saja dapat satu design terkini yang lebih kepada corak abstrak dan tak ada bunga.

Berikut ada lah stok design terbaru tungku moden ye :

1. Tungku moden – dengan corak bunga ros peach & merah

2. Tungku moden – corak bunga kuning

3. Tungku moden – dengan corak bunga matahari

4. Tungku moden – corak bunga mawar merah & biru

5. Tungku moden – corak abstrak

6. Tungku moden – corak bunga tulip

7. Tungku moden – corak bunga oren

8. Tungku moden – corak bunga campur abstrak (merah)

Haa… banyak pilihan yang ada bukan? Tapi ada antara design tungku ni yang belum saya masukkan dalam laman web saya di www.mamamodern.com. Insya allah sehari dua lagi sempatlah saya masukkan kesemua design yang ada.

Bagi pelanggan yang datang ke rumah saya, selalunya saya keluarkan semua corak yang ada dan biarkan mereka pilih sendiri corak mana yang berkenan dihati. Yang kelakar tu bila dua-dua (suami dan isteri) dok berebut nak pilih corak lain-lain. Kena lah undi atau buat one two some. Tapi kalau ikut saya senang aje, ambik je semua corak yang masing-masing dok berkenan tu…he..he…

Lagi pun tungku moden ni memang mudah digunakan dan sangat membantu ibu-ibu untuk bertungku dengan lebih mudah dan selamat sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Pendek kata, kalau setakat nak bertungku tu tak payah ke dapur pun tak apa. Caj je tungku moden kat dalam bilik. Tunggu dalam 6 ke 8 minit, lepas tu dah boleh guna.

Bagi saya sendiri, bila badan rasa macam sejuk-sejuk saya akan bertungku sekejap untuk panaskan badan terutama dimusim hujan macam sekarang ni. Kadang-kadang tu anak lelaki saya tolong cajkan tungku untuk saya.

Bagitu juga dengan anda, jika anda ada anak yang dah berumur 6 tahun keatas dan dah boleh disuruh buat kerja-kerja yang mudah, anda boleh minta anak untuk tolong panaskan tungku sewaktu didalam tempoh anda berpantang. Lagipun secara psikologi anak-anak akan rasa diri mereka lebih dihargai bila kita minta tolong buatkan sesuatu kerja, terutama disaat mereka ‘terasa macam tersisih’ sebab mama dan papa nya dok sebuk melayan baby baru saja.  Tapi semestinya untuk kali pertama dan kedua tu anda ajar anak anda cara caj tungku dengan betul dan selamat ye…

Okey lah, itu saja untuk kali ini. Insya allah kita jumpa lagi di posting yang akan datang. Ada beberapa produk terbaru yang akan saya umumkan tak lama lagi. Buat masa ni saya perlukan masa sikit untuk tangkap dan edit gambar-gambar produk tersebut supaya anda boleh lihat dengan jelas di skrin komputer anda ;)

Wasalam

Kak Faz

Tips melegakan jahitan episiotomi – part 3

Salam sejahtera,

Ini adalah bahagian ke 3 untuk tips bagi melegakan jahitan episiotomi.

Pada mulanya saya ingatkan nak letak semua dalam posting semalam, tapi rasa macam panjang sangat pulak.

Tanpa buang masa lagi, kita sambung saja lah ye. Berikut adalah 6 lagi tips untuk melegakan dan juga untuk membantu mempercepatkan luka episiotomi sembuh :

7. Letakkan tuala wanita (pad) yang akan digunakan untuk menyerap darah nifas kedalam peti ais. Tuala wanita yang sejuk boleh membantu mengurangkan rasa rasa sakit di bahgian luka

8. Lap luka opisiotomi dengan tuala yang bersih dan lembut sehingga kering setiap kali selepas ke bilik air. Luka yang lembap dan tidak kering boleh menyebabkan masalah jangkitan dibahagian luka

9. Anda juga boleh gunakan anti septik seperti dettol untuk membasuh bahagian luka sewaktu mandi. Caranya ialah larutkan 1 penutup penuh dettol kedalam 1 tupperware air suam. Gunakan campuran ini untuk membasuh bahagian luka episiotomi.

10. Gunakan ice pack untuk mengebaskan bahagian luka jahitan. Selain dari itu, ice pack (gel dingin) juga boleh membantu mengelakkan luka episiotomi dari bengkak.

11. Amalkan senaman lantai pelvik (senaman kegel). Tujuannya adalah untuk melancarkan perjalanan darah dibahagian luka. Senaman kegel juga boleh membantu mempercepatkan luka sembuh

12. Berjalan dengan lebih kerap adalah digalakkan untuk menggalakkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan di bahagian luka.

Diharap tips-tips yang diberikan diatas dapat membantu anda untuk melalui tempoh berpantang dengan lebih mudah dan selesa.

Tambahan pula sebenarnya luka episiotomi ini bukan hanya perlu dilalui oleh mereka yang bersalin normal saja. Mereka yang bersalin cesarean juga ada yang perlu menjaga luka episiotomi dan luka cesarean secara serentak. Biasanya situasi ini dialami apabila proses bersalin secara normal tidak dapat diteruskan kerana masalah dan komplikasi sewaktu bersalin yang menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan secara kecemasan walaupun episiotomi telahpun dijalankan.

Okey, itu saja untuk kali ini. Kita jumpa lagi nanti dengan tips yang lain pula.

Kak Faz

Tips melegakan jahitan episiotomi – part 2

Assalamualaikum,

Hari ni kita sambung lagi dengan bahagian ke 2 untuk tips melegakan jahitan episiotomi.

Luka jahitan kebiasaannya mengambil masa seminggu ke 2 minggu untuk pulih. Tapi rasa ngilu kesan dari jahitan tu biasanya ambil masa hingga 2 minggu sebelum ia mulai hilang sedikit demi sedikit.

Walaupun cuma 2 minggu, boleh buat kita seram sejuk jugalah kalau nak berjalan laju-laju sikit.

Berikut adalah tips untuk mengurangkan sakit dari jahitan episiotomi :

  1. Mandi dengan air suam boleh membantu mengurangkan rasa sakit.
  2. Dedahkan bahagian luka episiotomi ke udara dalam 10 minit (sekali atau 2 kali sehari) supaya pengudaraan boleh berlaku
  3. Digalakkan untuk duduk diatas kerusi atau katil dan elakkan dari duduk di bawah atau diatas lantai kerana ini akan menyukarkan anda untuk bangun dan berdiri setiap kali selepas duduk
  4. Jika terasa sakit sewaktu duduk, anda boleh cuba duduk diatas pelampung kecil, bantal atau tuala yang dibentuk seperti donut diatas kerusi sebelum duduk diatasnya
  5. Bagi mereka yang tidak mempunyai tandas duduk dirumah, cuba dapatkan kerusi kecil untuk memudahkan anda membuang air. Anda boleh duduk diatas kerusi ini secara menyenget  sewaktu membuang air dan ini boleh membantu mengurangkan sakit di bahagian luka. Biasanya masalah ini berlaku bagi mereka yang perlu berpantang dirumah ibu di kampung yang hanya menyediakan tandas cangkung.
  6. Jirus kaki dengan air sewaktu membuang air. Cara ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit luka jahitan sewaktu anda membuang air

Sebenarnya ada banyak lagi tips untuk mengurangkan rasa sakit dari jahitan episiotomi ni.

Kita sambung esok pula untuk part 3 ye…

Kak Faz

Tips melegakan jahitan episiotomi – part 1

Assalamualaikum,

Bagi mereka yang bersalin secara normal, mungkin ada antara anda yang pernah merasai bagaimana sukarnya untuk duduk, berjalan, buang air besar dan buang air kecil selama beberapa minggu pertama selepas bersalin kesan dari jahitan episiotomi.

Teringat pula saya sewaktu bersalin kali pertama dulu. Alhamdulillah, saya berpeluang merasai sakitnya bersalin normal sewaktu melahirkan anak pertama. Tapi… alahai.. susahnya nak bergerak lepas bersalin tu. Jalan perlahan-lahan macam geisha jepun yang sopan dan ayu sebab sakit episiotomi.

Pulak tu di rumah sewa saya pada waktu tu tak ada tandas duduk. Bila nak mencangkung untuk buang air punyalah seksa.

Apa dia episiotomi tu ye…? Luka episiotomi adalah potongan yang dilakukan di kawasan perinium sewaktu proses bersalin bagi menyediakan bukaan yang lebih luas untuk bayi keluar.  Biasanya doktor akan melakukan potongan secara menyerong di kawasan luar faraj hingga ke punggung dengan menggunakan gunting khas.

Sebelum potongan dilakukan, doktor akan menyuntik ubat penahan sakit (ubat bius) dikawasan perinium bagi mengelakkan anda dari merasa sakit sewaktu episiotomi dilakukan.

Selepas bayi dan uri berjaya dikeluarkan, luka episiotomi akan dijahit.

Sebab kenapa episiptomi dilakukan  oleh kebanyakan pengamal perubatan adalah :

  1. Bayi bersaiz besar dan bahu bayi tersekat – bagi mengelakkan bayi lemas dan mengalami komplikasi, doktor akan melakukan episiotomi sebagai bantuan untuk bukaan perinium yang lebih besar.
  2. Otot perineal yang keras dan tidak anjal
  3. Mengelakkan koyakan berbentuk zig zag dan koyakan yang besar hingga ke dubur yang boleh menyebabkan risiko jangkitan kepada ibu
  4. Apabila berlakunya masalah bayi stres sewaktu proses meneran.

Esok…. kita berkongsi tips untuk legakan sakit episiotomi ni pulak ye :)

Wasalam

Kak Faz

Testimoni pelanggan bengkung moden dan nursing bra

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi testimoni yang diterima dari Puan Hayati Kamarudin yang berpuas hati dengan nursing bra dan bengkung moden. Testimoni yang diterima seperti berikut :

Salam Kak Faz…   actually dah recommend to my friends your website. Yang saya order tuh inclusive of my friend punya nursing bra jugak.

Sangat puas hati with the nursing bra. Saya baru habis confinement dan baru start kerja last week. Happy sangat bila ramai colleagues yg kata saya dah kurus… =)

hehehe… ini semua kerana my ‘bengkung moden’. Thanks kak faz, it’s really works!! Dan saya dah recommend to kawan-kawan yang tengah pregnant to use the bengkung moden.

Ni gambar baby saya Nur Eiman Arissa.  Tarikh lahir Nur Eiman Arissa – 19/6/2009 berat masa lahir : 2.7kg  dan masih menyusu dengan susu ibu secara ekslusif.

Masa nak keluar hospital haritu, baby kena tahan coz ader jaundice. Tinggi pulak tuh. 4 hari baru baby boleh keluar. Alhamdulillah dah okay. Lepas tu bila kat rumah baby memang sangat lah baik. Dia tido je. Nak dengar dia nangis pun susah sampai bila dia menangis sekali sekala tuh we all saje je biarkan coz nak dengar suara baby…huhuhu… Sampai sekarang dia memang sangat senang dijaga. Tak banyak hal la kata org tu… redha je… hikk..

Maybe dia tau.. mommy dia sakit kena operate nak kuarkan dia… dan bengkung tuh sangat membantu dan senang. Compare dengan yang saya pakai masa second baby… yang ziz zag yang ader tali tuh, nak breastfeed pun senang dan selesa nak duduk… memang saya boleh rehat cukup la masa pantang tu. Even skarang pun sama coz baby minum susu pastu tido sampai kengkadang kena kejut dia bangun minum susu. Risau jugak coz orang kata dia tak aktif because of jaundice. Tapi Alhamdulillah tak de apa la kak… sekarang dia dah pandai nak ajak kita berbual,  gelak-gelak dan tgk playhouse disney… hehehe

Apa lagi ye.. maybe sebab exclusive breastfeed,  1st appointment after 1 month tuh berat dia dah 4.9kg. Semangat la compare dengan abang dan kakak dia.

Sampai sekarang saya still pakai lagi bengkung tuh ke ofis. Sangat senang dan bila tak pakai rasa risau je perut nanti buncit balik…hehehe…

Terima kasih kepada Yati kerana sudi memberikan testimoni. Untungnya Yati dapat baby yang tak banyak kerenah. Senang ibu nye nak berehat masa dalam tempoh berpantang lepas bersalin.

Kak Faz

Kebaikan amalan berpantang selepas bersalin

Assalamualaikum,

Saya pernah ditanya oleh seorang suami kepada pelanggan saya, pentingkah berpantang lepas bersalin dan apakah signifikannya kepada tubuh.

Hmmm… jawapan lurus bendul yang saya bagi – “sebab nenek moyang kita dulu buat dan mak pun suruh pantang 44 hari. So buat saja lah…” hu..hu…

Tapi lepas tu saya terangkan juga kebaikan berpantang ni kepada beliau.  Antara kebaikan berpantang :

  1. Dari segi kesihatan - doktor menggalakkan agar hubungan sex tidak dilakukan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Ini kerana si ibu baru saja melalui proses bersalin yang menyakitkan dan memerlukan masa untuk badan kembali sihat dan kuat. Selain dari itu, ia juga untuk memberi masa kepada bahagian sulit untuk sembuh sepenuhnya apatah lagi bagi mereka yang mempunyai luka eposiotomi. Apa itu luka episiotomy…? Luka episiotomi ialah potongan yang dilakukan di bahagian perinium apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar sewaktu proses bersalin.
  2. Dari sudut agama – darah nifas biasanya keluar dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Dalam tempoh ini tidak diwajibkan bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk berpuasa dan sembahyang serta ditegah dari mengadakan hubungan kelamin bersama pasangan.
  3. Bahaya “air embolism – Sebab lain kenapa dari segi kesihatan kenapa hubungan kelamin bersama pasangan hanya boleh dilakukan selepas 6 minggu ialah tentang kemungkinan terjadinya air embolism (tak tau apa maknanya dalam bahasa) terutama apabila melibatkan oral sex. Air embolism ialah apabila sejumlah udara yang terperangkap dan masuk ke salur pembuluh darah, dan boleh menyebabkan kematian. Ini kerana pada 6 minggu pertama selepas bersalin bahagian rahim masih lagi belum sembuh sepenuhnya.

Apa-apa pun, biasanya kalau Islam dah tetapkan sesuatu tu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Kak Faz

Testimoni dari pelanggan yang berpuas hati

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi testimoni terbaru yang saya terima dari pelanggan saya Puan Zalina yang tinggal di Singapura. Puan Zalina juga turut mengirim gambar bayi nya untuk tatapan pembaca blog bengkung moden.

Komen puan Zalina …

Salam Fazidah,

Many thanks for sending the e-book and coupons.
For your info, I have safely delivered my baby girl (Raudhah Humaira) through C-section on Wed, 19 August. Alhamdulillah, we are both in good health.

I brought the bengkung moden to the hospital and the nurses helped me to put it on.  It is very comfortable and gave me very good support when I went home from hospital.  I tinggal rumah flat tingkat 20, jadi I terpaksa naik banyak anak tangga, nasib baik ada bengkung moden to support my incision.  Tak lah terasa sakit sangat.

I’ve been taking the soup haruan daily.  It’s so easy to prepare and tastes good too.
I wish you and family good health and Allah’s blessings during this sacred month of Ramadan.  Selamat berpuasa.

Wasalam.

Zalina Ariffin,

Stirling Road, Singapore

Terima kasih kepada Puan Zalina atas feedback yang diberikan.

Hmm.. geram plak tengok baby ni. Tengah tidur pun boleh senyum. Comel jer…

Kak Faz