Tag Archives: bersalin

Lagi testimoni dari pelanggan bengkung moden yang berpuas hati

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi testimoni dari pelanggan bengkung moden yang telah meninggalkan komen beliau di page bengkung moden @ facebook.

testimoni-mazsytha

 

 

Mazsytha Azman Bengkung ni bagus..,Sy pakai dari ank 1st(cesar) ..utk yg 2nd(normal) pun sama. Tak menyesal beli sebab mudah guna n hasil nya sama dgn bengkung lilit2..tapi kena btul cara pakainya.

11 hours ago via mobile

Terima kasih pada Puan Mazsytha kerana sudi bagi feedback :)

 

Kak Fazidah

 

bengkung moden

 

Testimoni terkini dari Pelanggan Bengkung Moden (dari Page di Facebook)

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi testimoni terkini yang saya terima pada 7 Dec 2012 di page bengkung moden di facebook dari pelanggan kami Puan HaSha MaChito.

Hasha-Machito

 

Salam akak… Saya dengan senang hatinya nak share pengalaman saya memakai bengkung moden yang dibeli dari akak…

Semasa dimaklumkan oleh doktor yang saya perlu dibedah, saya rasa tertekan sangat sebab memikirkan leceh nak jaga luka jahitan dan masalah berat badan. Memang sedih sangat. Lalu saya google dan terjumpa blog akak. Saya minta suami belikan tetapi suami kata MAHAL sangat dan dia janji nak carikan yang lebih murah. Tetapi akhirnya suami membelikan saya bengkung biasa (loop) kain belacu yang tak sesuai dipakai oleh ibu yang bersalin czer.

Dalam masa 2 minggu saya bersalin tanpa memakai bengkung, luka jahitan saya bernanah dan saya terpaksa berulang ke hospital untuk cuci luka/ dressing dan makan antibiotik 2x sehari selama seminggu. Saya tanya kepada doktor, kenapa saya dijangkiti kuman sedangkan saya betul2 menjaga pemakanan saya. Doktor kata, ia disebabkan perut saya yang menggeleber dan menutup luka jahitan menyebabkan luka berpeluh dan akhirnya terkena jangkitan.

Selepas itu, saya study semula semua nasihat akak dalam blog tu termasuklah mengeringkan luka dengan hair dryer dan saya sendiri terus order bengkung dari akak. Alhamdulillah…. Terima kasih sangat-sangat akak… Bila pakai bengkung tu, perut tak menggeleber lagi, tak panas dan tak berpeluh. Nak berdiri tegak pun memang selesa sangat, tak perlu nak tampung perut bila nak berjalan. Setiap hari saya cuci luka jahitan dan keringkan dengan hair dryer, hasilnya memang memuaskan dan luka cepat kering dan sembuh.

Untuk pengetahuan akak, saya baru start keja Rabu lepas (5/12/2012) dan semua kawan2 menegur perbezaan badan saya yang ‘lebih slim’ kata mereka. hehehe! Sampai kawan2 sekerja yang lelaki pun usik saya ‘anak dara’… Saya tak menyesal membeli bengkung dari akak sebab sampai hari ini pun ia masih berbakti kepada saya dan sangat selesa. Saya bersyukur sangat jumpa blog akak kerana ia menghapuskan persepsi saya yang ibu bersalin czer akan kekal gemuk dengan perut menggeleber walaupun selepas pantang. Kini tidak lagi… Saya akan promote kepada kawan2 yang senasib untuk membantu mereka pula, insya Allah…

Terima kasih Allah.. Thanks akak…!

Terima kasih kepada Puan HaSha MaChito atas testimoni beliau.

 

Kak Fazidah

 

bengkung moden

 

 

Testimoni dari Puan Hawa (Brunei) tentang Bengkung Moden

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin berkongsi testimoni terkini yang saya terima dari Puan Hawa dari Brunei Darusslam.

 

testimoni bengkung moden

 

Assalam dan selamat petang Kak Fazidah,

Apa khabar akak hari ini? Saya alhamdulillah sihat, semoga akak pun dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga yang tersayang. Insyallah. Ingat lagi tak saya kak? Saya pernah beli bengkung moden akak pada september 2009, I am the Bruneian customer pada masa tu. Sekarang alhamdulillah, saya mengandung yang ke 4 and that’s for sure via C-section. Masa tengah prepare barang nak bersalin, saya teringat kembali tentang bengkung moden ne.  Pengalaman saya semasa memakai bengkung moden ne, memang best sangat!! sampai suami pun heran, how active I was masa pakai bengkung tu. Klu sebelum ne, asyik mrungut sakit kat bahagian perut (before using bengkung moden).
So, hopefully akak dapat consider idea ne..oh yeah . thank you so much =))

Tq Puan hawa kerana sudi bagi feedback.

Kak Fazidah

bengkung moden

Testimoni dari pelanggan Bengkung Moden di FB Fan Page Bengkung Moden

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi testimoni dari pelanggan saya yang saya terima dari Facebook fan page bengkungmoden.com

Testimoni ini saya terima dari Puan Raidah Badrul.

 

 

Berikut adalah komen beliau :

Sy bersalin czer anak dah 3, dua2 anak sy pakai… Yg ke-3 ni hr ke-3 sy dah pakai dan hari ni hari yg ke-16, makcik yg dtg ngurut tu siap tegur ckp perut sy elok tak geleber mcm org dah beranak 3 pun..Syukur alhamdulillah…angin dlm badan pun xbyk..

Anda juga boleh lihat komen dan feedback lain di FB fan page di link ni ye >>KLIK SINI… <<

Terima kasih pada Puan Raidah kerana sudi bagi feedback :)

 

Wasalam

Kak Fazidah

Testimoni dari pelanggan bengkung moden – Puan Azizan Abdul Aziz (part 2)

Posted on by 0 comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni kita sambung part 2 untuk testimoni dari Puan Azizah yang saya post pada minggu lepas iaitu jawapan kepada soalan yang Puan Azizah tanya dalam testimoni tu (kira 2 in 1 lah ni :  testimoni + soalan..)
Dan ini lah jawapan saya :)
Waalaikummussalam puan…

Insya allah rasanya ingat lagi :)

Ok, untuk kes macam puan ni memang biasa kalau perut + badan naik semula lepas dah habis pantang disebabkan oleh tabiat makan.

Yang akak boleh sarankan :

1. Pakai bengkung + gel sireh semula , kalau boleh tiap-tiap hari siang + malam tak kira lah dalam ofis ber – aircond pun. Sebab bila pakai bengkung perut cepat kenyang setiap kali makan dan ini secara tidak langsung akan mengurangkn kuantiti makanan yang di ambil

2. Lebihkan minum air suam. Kalau nak minum air manis cuba ambil jus kurma atau jus pegaga., atau milo panas, horlick atau lai chi kang panas / longan panas. Jus kurma, pegaga dan longan tu boleh membantu untuk tambah susu ibu.

3.  Cuba ambil makanan alternatif = buah kurma dan kismis sebagai kudapan.Selain membantu tambah susu ibu, kurma juga boleh memberikan tenaga

4. Selain dari tips diatas akak juga selalu sarankan pada pelanggan supaya pakai bengkung secepat yang boleh bila terasa perut dah mula nak naik. Pakai secara berterusan sampai perut rasa dah ok semula.

5. Juga, pakai bengkung 24 jam siang dan malam bila period

6. Dan… tak lama lagi nak masuk bulan puasa. Pakai bengkung sepanjang waktu bulan Ramadhan sampai habis Syawal. Sebabnya ramadhan memang kita kurang makan tapi banyak makan waktu malam. Lepas tu sambung pula makan sakan sepanjang Syawal sebab banyak open house. Bila pakai bngkung tak lah larat sangat nak makan banyak-banyak.

7. Boleh juga cuba makan jamu, tapi pastikan dulu yang ianya selamat untuk diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.

Harap tips di atas membantu puan ye.

 

Kak Fazidah

ps : sebenarnya dah schedule untuk post ni keluar 2 hari lepas part 1 untuk testimoni tu. Tapi ada kesilapan dari segi setting sampai tak keluar langsung pos ni. So kena lah saya post secara manual aje..

 

 

bengkung moden, bersalin cesarean

Category: Intro | Tags: , , , ,

Testimoni terbaru dari pelanggan bengkung moden – Puan Azizan Abdul Aziz

Posted on by 0 comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni saya nak berkongsi email dan testimoni yang saya terima pada bulan Februari yang lalu dari Puan Azizan Abdul Aziz.
Salam Kak Fazidah…
Ingat saya lagi tak ?  Saya ada beli Bengkung Moden sekitar bulan Ogos 2011…Alhamdullilah ok sangat. Saya guna  selepas 2 hari saya bersalin secara pembedahan badan boleh bergerak dan boleh berjalan macam biasa..
Sekarang baby dah umur 5 bulan ..perut saya naik mendadak la nampak buncit plak tu sebab  saya kekurangan susu badan jika saya kurang makan  so saya pun makan makan makan makan….sampai badan naik giler rasanyer..saya pun tak guna bengkung dah lepas bersalin ni..saya rasa saya nak guna semula bengkung dan gel sireh slim..tapi kalau tengok testimoni pengguna kalau kita kerja duk berhawa dingin lambat skit kesannya..sebab sekarang saya kerja ofiz duk lak dalam air cond.
Nak tanya pendapat akak tentang masalah saya ni…berapa lama boleh nampak kesannya kalau sy guna gel sireh slim tu please akak reply saya..k tq
Terima kasih pada Puan Azizan kerana sudi berkongsi feedback.
Best pula tengok gambar keluarga ceria Puan Azizan kat atas tu .. :)
Kak Faz
ps : Ehh… lupa plak, nak tau jawapan saya pada soalan Puan Azizan dia atas tak…? tungguuu… 😉
bengkung moden, bersalin cesarean

 

Category: Intro | Tags: , , ,

Tips Mengelak Peningkatan Berat Badan Berlebihan Sewaktu Hamil

Posted on by 0 comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Waaahh… lama nya saya bercuti dari menulis di blog ni. Sampai berhabuk rasanya.. fuuhhh…fuhhh.. tiup habuk dulu kejap (huu…huu..)

Apa khabar anda semua?  Agaknya ada yang dah lupa pada saya. Memang salah saya sendiri pun, kena tanggung saja lah akibat nya jika dilupakan oleh anda semua.

Saya ok saja. Cuma biasalah ada kala nya teringin nak test benda dan teknik baru. Bila tak jadi, frust sekejap.

Dah lama saya tak kongsi tips kat sini walaupun banyak info dan tips yang berlegar dalam kepala dan banyak yang saya dah ‘ter’ lupa..

Untuk hari ni saya nak berkongsi 5 tips untuk mengelak dari berat badan naik terlalu banyak sewaktu tempoh hamil.

Biasanya sewaktu dalam tempoh kehamilan, kenaikan berat badan normal ialah antara 10 ke 15 kg dari berat sebelum hamil. Tapi selalu juga saya menerima dan membaca email pelanggan saya yang risau dengan kenaikan berat badan yang terlalu banyak dan melebihi paras kenaikan normal.

Tips berikut boleh membantu mereka yang menghadapi masalah yang sama :

1. Masak dan sediakan makanan sendiri

Makanan yang dimasak sendiri selalunya bukan saja lebih bersih tapi kita juga boleh pilih bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Masakan terbaik bagi mengelakkan pertambahan berat badan melebihi had adalah dengan cara membakar, memanggang dan secara stim kerana masakan begini tidak menggunakan minyak.

2. Makan secara sihat

Elakkan dari mengambil minuman bergas dan berperisa kerana minuman jenis ni selalunya menambah kandungan kalori. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Juga elakkan dari pengambilan makanan segera seperti KFC, McD, Pizza. Bercerita tentang makanan ni, teringat pula saya pada seorang pelanggan saya yang sudi berkongsi tips ni. Katanya, sewaktu hamil isterinya mengamalkan pengambilan kurma dan kismis sepanjang kehamilan bagi mengelakkan bayi dari demam kuning sewaktu dalam pantang. Dari segi kuantitinya pula, katanya tak banyak pun tak apa. Sekadar 3 biji sehari pun dah okay. Tapi kalau lebih pun apa salahnya sebab kurma dan kismis memang berkhasiat. Jika tidak masakan ia menjadi makanan pilihan Rasulullah s.a.w. :)

3. Jangan makan untuk 2 orang

Hamil tak bermakna anda kena makan banyak walaupun sewaktu hamil tu adalah waktu 2 in 1 , bagi yang hamil kembar pula 3 in 1 (satu badan ada 2 atau 3 nyawa termasuk nyawa ibu..). Jika anda kerap lapar, buah-buahan, kismis dan kurma boleh dijadikan kudapan sementara menunggu waktu makan.

4. Ambil supplemen

Supplemen boleh membantu melengkapkan nutrien pemakanan yang kurang dalam menu harian. Biasanya doktor memang ada berikan obimin dan kalsium sebagai sepplemen untuk ibu hamil. Selain dari itu, madu lebah juga sangat baik untuk dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiat nya yang banyak. Tapi pastikan madu yang asli ye :)

5.  Kerap berjalan dan lakukan senaman khas untuk kehamilan

Senaman ketika hamil sangat digalakkan kerana ia mampu memejalkan otot dan susuk tubuh, menguatkan otot pelvik dan memperbaiki postur tubuh. Orang tua-tua kata, kalau banyak berjalan nanti senang nak bersalin. Tapi tak semua orang ada masa nak berjalan-jalan ditaman. Rumah sekarang pun saiz nye banyak yang kecik-kecik aje. Baru menapak 3 ke 4 langkah dari bilik dah sampai dapur.  Oleh itu saya kongsikan video di bawah yang boleh anda rujuk untuk senaman yang selamat bagi ibu-ibu yang sedang hamil.

 Senaman selamat untuk ibu hamil

 

 

Ok lah, itu saja untuk kli ini. Insya allah saya akan kongsikan lebih banyak tips lagi nanti :)

 

Kak Faz

bengkung moden, bersalin cesarean

 

Ibu Hamil Waspada Darah Tinggi

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Harap semuanya ok ye…

Hari ini saya ingin berkongsi artikel dari Utusan Malaysia yang telah dikeluarkan pada 3/6/2008. Sesekali baca artikel lama tapi berinformasi apa salahnya kan..?

Ok, kita teruskan saja pada kandung artikel tu ye. Saya copy and paste aje lah kat sini. Selamat membaca… :)

~ Kak Faz ~

PENYAKIT darah tinggi berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.

Keadaan ini berlaku pada wanita tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, tekanan darah tinggi di kalangan wanita hamil biasanya berlaku ketika kandungan berusia 20 minggu ke atas.

Tetapi, sekiranya ia berlaku lebih awal dari tempoh itu, pemeriksaan terhadap pesakit perlu dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.

Menurutnya, darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan berlangsung. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna” jelasnya ketika ditemui di kliniknya, di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurut beliau, tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70.

“Kalau lebih daripada 110 ia dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi, bagaimanapun peratusan kenaikan daripada tahap normal hingga ke tahap tekanan itu akan dianalisis oleh doktor.

“Sebab itu penting bagi seorang wanita hamil untuk mendapatkan rawatan kerap daripada doktor mereka,” jelas Dr. Silvam yang juga berkepakaran dalam bidang ginekologi onkologi.

Antara komplikasi yang terpaksa dihadapi oleh wanita hamil ialah mengeluarkan bayi mereka sebelum waktu matang.

“Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.

“Dalam kes wanita hamil yang menghidap darah tinggi, kita perlu sentiasa berkompromi antara kesihatan ibu dan nyawa bayi.

“Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, ia masih ada masalah sebab dia perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi.

“Risiko lain, bayi juga boleh meninggal dunia kalau dikeluarkan terlalu awal,” jelas beliau lagi.

Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.

Menurut Dr. Silvam, kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan ubat, iaitu pengambilan ubat darah tinggi.

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.

Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.

“Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun,” ujar beliau.

Peratusan untuk penyakit darah tinggi pada wanita hamil akan hilang selepas bersalin ialah sebanyak hampir 100 peratus, kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.

Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang, sebab mungkin secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.

“Ini semua mesti diperiksa secara mendalam, doktor tidak boleh buat sebarang kesimpulan. Sebagai contoh, seorang wanita muda berusia 20 tahun yang mengandung dan dikesan mempunyai darah tinggi. Kita, menjangkakan darah tinggi akan turun selepas bersalin jika dia tidak ada sebarang masalah lain seperti buah pinggang atau sebagainya,” hurai beliau.

Ketika ditanya tentang kaedah bersalin paling selamat untuk wanita yang menghidap darah tinggi, Dr. Silvam menjelaskan ia bergantung kepada faktor kematangan bayi dalam kandungan (selama mana kandungan tersebut).

“Seboleh-bolehnya kita akan bagi ibu bersalin bila cukup tempoh, sebab kurang risiko untuk bayi. Bukan saja takut bayi meninggal awal, tapi juga masalah komplikasi lain.

“Namun, jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.

“Ibu boleh mendapat sawan, kadang-kadang boleh terjadi pendarahan di otak dan seterusnya terjadi strok,” jelas beliau.

Dr. Silvam berkata, walaupun strok selalu dialami oleh orang tua, kesan akhir bagi penghidap darah tinggi yang serius adalah sama, tidak kira bagi penghidap darah tinggi biasa mahupun ibu hamil yang menghidap darah tinggi.

“Walaupun punca darah tinggi semasa mengandung berlainan daripada kes darah tinggi biasa, namun perlu diingatkan kesan akhirnya tetap sama. Apabila salur darah pecah, serangan strok terjadi dan komplikasinya sama saja, jadi sebab itu kita kena mengawal darah tinggi ini untuk ibu melalui pengambilan ubat,” kata Dr. Silvam.

Semasa tekanan darah terlalu tinggi, doktor akan melihat dua keadaan. Pertama, sama ada tekanan darah tinggi disertai dengan kencing kotor (protein dalam air kencing tinggi), di mana wanita tersebut mungkin akan mengalami ‘eminent eclampsia’ (hampir-hampir mengalami sawan).

Dalam keadaan ini, doktor akan menyarankan wanita tersebut dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.

Jika keadaan membahayakan nyawa ibu, maka dia akan dipaksa bersalin dan jika tempoh kandungan baru 20 minggu kemungkinan besar bayi tidak akan selamat. Bagaimanapun, jika kandungan sudah berusia 28 minggu atau lebih bayi boleh dirawat secara intensif.

Kedua, jika ibu mengalami darah tinggi, tapi tiada kencing kotor, doktor akan memberi pemerhatian rapi dengan pemeriksaan doktor setiap minggu. Apabila doktor membuat analisis, darah tingginya boleh dikawal dan kencingnya tidak kotor, maka kandungannya boleh diteruskan hingga cukup matang iaitu minggu 32 hingga 34.

“Dalam keadaan ibu hamil dengan tekanan darah tinggi ini mesti selalu kompromi, iaitu antara kesihatan ibu dan kematangan bayi.

“Paling diutamakan ialah nyawa ibu, sebab selain strok terdapat juga kes di mana ibu boleh meninggal dunia kerana uri pecah (placenta rupture), berdarah akibat tekanan yang terlalu tinggi,” ujar beliau.

Susah untuk mengelakkan seorang ibu hamil daripada terkena darah tinggi, ia sebenarnya bergantung kepada faktor-x yang ada pada ibu dan ayah,

masalah darah tinggi ini berlaku bukan saja di negara-negara membangun, ia juga masalah penting yang berlaku di negara yang sudah membangun, sebab tiada siapa yang tahu puncanya.

Bagaimanapun, ibu yang mempunyai darah tinggi adalah dinasihatkan supaya bersalin di hospital dan pastikan ada doktor pakar yang akan membuat rawatan susulan dan rawatan sokongan.

Petikan dari Utusan Malaysia (3/6/2008)

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

 

 

Bayi cesarean lebih mudah menghidap jangkitan dan alergi

Assalamualaikum,

Apa khabar anda semua? Saya harap anda okey saja ye 😀

Untuk entry hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang kesan bersalin secara cesarean kepada bayi.

Dari kajian yang dijalankan, sistem imun bayi yang dilahirkan secara cesarean tidak bertindak balas dengan cepat dan efektif berbanding dengan bayi yang dilahirkan secara normal. Ini kerana bayi cesarean tidak melalui proses kelahiran yang menggalakkan sistem imun mereka diaktifkan dengan lebih awal.

Bagi bayi yang dilahirkan melalui vagina, bayi akan terdedah kepada bakteria ibunya yang akan mencetuskan penyebaran bakteria bermanfaat kedalam usus bayi. Usus pula merupakan tempat dimana 80% daripada sistem imunnya ditempatkan. Semakin banyak bakteria bermanfaat didapati dalam seseorang bayi maka semakin cepat sistem imunnya diransang dan dilatih menjadi kuat.

Namun begitu bayi cesarean akan mengalami 6 bulan kelambatan untuk ransangan sistem imun berbanding bayi yang melalui proses bersalin normal kerana tidak melalui proses pendedahan kepada bakteria baik sewaktu kelahiran. Oleh itu, bayi cesarean lebih mudah menghidapi jangkitan dan alergi berbanding bayi yang dilahirkan secara normal.

Tapi anda tak perlu risau… susu ibu kan ada. Jika bayi anda dilahirkan secara cesarean, sebaiknya anda cuba susui bayi anda dengan susu ibu yang memang sudah diakui boleh membantu menguatkan sistem imun tubuh bayi. Juga, sebaiknya cuba berikan kolostrum (susu ibu paling awal) yang kaya dengan antibodi yang boleh membantu sistem imun bayi anda.

Kak Faz

Koleksi terbaru tungku moden

Assalamualaikum,

Beberapa hari lepas ada pelanggan saya yang pernah datang ke rumah bertanya kenapa di laman web tak banyak dipaparkan gambar untuk design tungku moden macam yang ada kat rumah saya tu?

Sebenarnya bukan tak nak letak design terbaru dilaman web, tapi selalu saja tak sempat nak edit gambar tungku tu. Ditambah pula setiap kali stok tungku sampai, mesti design tak sama dengan stok yang lepas.

Tapi tak apa lah, mulai hari ni saya akan cuba update gambar terbaru tungku moden berdasarkan stok terbaru yang ada. Kali ni ada lebih banyak pilihan design dan corak tungku yang boleh anda pilih. Bagi yang tak suka corak bunga-bunga pula, saya baru saja dapat satu design terkini yang lebih kepada corak abstrak dan tak ada bunga.

Berikut ada lah stok design terbaru tungku moden ye :

1. Tungku moden – dengan corak bunga ros peach & merah

2. Tungku moden – corak bunga kuning

3. Tungku moden – dengan corak bunga matahari

4. Tungku moden – corak bunga mawar merah & biru

5. Tungku moden – corak abstrak

6. Tungku moden – corak bunga tulip

7. Tungku moden – corak bunga oren

8. Tungku moden – corak bunga campur abstrak (merah)

Haa… banyak pilihan yang ada bukan? Tapi ada antara design tungku ni yang belum saya masukkan dalam laman web saya di www.mamamodern.com. Insya allah sehari dua lagi sempatlah saya masukkan kesemua design yang ada.

Bagi pelanggan yang datang ke rumah saya, selalunya saya keluarkan semua corak yang ada dan biarkan mereka pilih sendiri corak mana yang berkenan dihati. Yang kelakar tu bila dua-dua (suami dan isteri) dok berebut nak pilih corak lain-lain. Kena lah undi atau buat one two some. Tapi kalau ikut saya senang aje, ambik je semua corak yang masing-masing dok berkenan tu…he..he…

Lagi pun tungku moden ni memang mudah digunakan dan sangat membantu ibu-ibu untuk bertungku dengan lebih mudah dan selamat sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Pendek kata, kalau setakat nak bertungku tu tak payah ke dapur pun tak apa. Caj je tungku moden kat dalam bilik. Tunggu dalam 6 ke 8 minit, lepas tu dah boleh guna.

Bagi saya sendiri, bila badan rasa macam sejuk-sejuk saya akan bertungku sekejap untuk panaskan badan terutama dimusim hujan macam sekarang ni. Kadang-kadang tu anak lelaki saya tolong cajkan tungku untuk saya.

Bagitu juga dengan anda, jika anda ada anak yang dah berumur 6 tahun keatas dan dah boleh disuruh buat kerja-kerja yang mudah, anda boleh minta anak untuk tolong panaskan tungku sewaktu didalam tempoh anda berpantang. Lagipun secara psikologi anak-anak akan rasa diri mereka lebih dihargai bila kita minta tolong buatkan sesuatu kerja, terutama disaat mereka ‘terasa macam tersisih’ sebab mama dan papa nya dok sebuk melayan baby baru saja.  Tapi semestinya untuk kali pertama dan kedua tu anda ajar anak anda cara caj tungku dengan betul dan selamat ye…

Okey lah, itu saja untuk kali ini. Insya allah kita jumpa lagi di posting yang akan datang. Ada beberapa produk terbaru yang akan saya umumkan tak lama lagi. Buat masa ni saya perlukan masa sikit untuk tangkap dan edit gambar-gambar produk tersebut supaya anda boleh lihat dengan jelas di skrin komputer anda 😉

Wasalam

Kak Faz