Sup ketam untuk tambah susu ibu

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi tips yang saya baru discover 🙂

Semalam anak saya demam. Disebabkan kawasan rumah saya ni ramai yang kena demam denggi (jiran sebelah rumah saya bergilir-gilir masuk hospital – lepas ayahnya keluar anaknya pulak kena denggi), maka saya pun masaklah sup ketam untuk anak saya. Lagipun ramai juga yang cakap kalau kena demam denggi makan lah sup ketam untuk tambah darah merah.

Biasalah, bila dah masak sup tu saya pun tumpang lah 3 ke 4 mangkuk.. he..he..

Tapi yang tak sangkanya petang tu saya rasa breast saya bengkak. Tiba-tiba susu jadi banyak pula :). Wah..wah.. best pulak rasanya bila sesekali susu tiba-tiba banyak macam ni.

Jadi kalau anda mengalami masalah kurang susu, apa kata anda cuba minum sup ketam. Cara masaknya pun senang saja.

Resipi sup ketam untuk tambah susu ibu

sup ketam untuk tambah susu ibu

Bahan-bahannya :

  1. 2 ekor ketam (di potong 2 dan dibersihkan)
  2. 2 ulas bawang merah
  3. 1 ulas bawang putih
  4. 2cm halia
  5. Lada sulah (dalam 20  ke 30 biji)
  6. Lada hitam (dalam 5 biji ke 8 biji)
  7. Kiub ayam (ambil separuh saja dari satu ketul kiub tu)
  8. 2 batang saderi
  9. 2 biji kentang
  10. Bunga kobis
  11. Sedikit minyak untuk menumis bawang
  12. 4 mangkuk air (kalau nak kuahnya banyak, letaklah banyak air)
  13. 1 sudu kecil Biji Halba (optional)
  14. Daun sup untuk hiasan

Cara-cara memasak (pun senang banget)

Tumbuk bawang putih, halia dan bawang merah. Kemudian tumis dengan minyak masak. Selepas bawang dah naik bau, masukkan air. Kemudian hancurkan lada sulah dan lada hitam. Masukkan ke dalam periuk. Diikuti dengan kiub ayam dan kentang. Tunggu hingga sup menggelegak dan kentang telah empuk.  Selepas kentang dah empuk, masukkan ketam. Biarkan seketika, diikuti dengan batang saderi dan bunga kobis. Masukkan garam dan gula untuk perisa. Agak-agak ketam dah masak bolehlah dimatikan api.

Tapi kalau nak lagi banyak susu, anda boleh juga masukkan biji halba kedalam sup. Mesti banyak susu anda lepas tu.

Selamat mencuba ye. Kalau anda juga berjaya tambah susu dengan tips ni, harap boleh beritahu saya. Tapi kalau sebaliknya pun (tak menjadi / susu tak banyak juga) pun boleh beritahu saya juga  🙂

Tapi secara logiknya tujuan minum sup ketam bagi mereka yang kena demam denggi ialah untuk naikkan platlet darah merah (atau dalam bahasa mudah untuk tambah darah). Jadi kalau bagi ibu yang breastfeeding, boleh lah untuk tambah susu

Oh ya, sebelum terlupa… Sup ketam ini hanya boleh diambil oleh mereka yang telah habis pantang selepas bersalin. Kalau anda masih lagi dalam pantang, jangan cuba-cuba minum sup ni pula. Nanti lambat pula sembuh luka cesarean anda.

Kak Faz

6 thoughts on “Sup ketam untuk tambah susu ibu”

  1. Owh ye ke Kak Faz? ok balik nih saya try lah…cara masak pon senang nampaknyer..
    kalO susu banyak mlm nih…caya lah kak Faz ihihihihih…

    sebab susu sy dah mcm berkurang jerk nih….baby baru 5 bulan…sian dia….kalau boleh biar lah lama breastfeeding tu

  2. subhanallah..terima kasih bagi yg mengirim..famili saya 2 org sedang dijanagkiti denggi..doakan mg mrk cpt sembuh dgn ikhtiar ini..dan sy juga inginkn susu byk memandang br keluar wad dan susu makin berkurang..

  3. salam..kak faz,sara dh cuba sup ketam utk tmbah susu…alhamdullilah,ikutkan susu dh kurang…selepas makan sup ketam dlm masa 15 minit ja,breast sara bengkak dn air susu menitis2….suka sgt syukur alhamdullilah…terima kasih yer kak faz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *