Pentingnya senaman kegel selepas bersalin

by fazidah on December 13, 2009

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kepentingan senaman kegel selepas bersalin. Senaman kegel ni sebenarnya disebut juga sebagai senaman kemutan.

Senaman kegel ini sangat bagus bagi wanita kerana :

  1. Membantu menguatkan lantai pelvik terutama selepas bersalin. Senaman kegel sangat digalakkan untuk dilakukan sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin
  2. Senaman kegel juga membantu melancarkan peredaran darah selepas bersalin dan seterusnya membantu agar luka episiotomi sembuh dengan lebih cepat
  3. Mengelakkan masalah terkencing ketika batuk atau bersin
  4. Menguatkan otot faraj dan seterusnya boleh membantu mengeratkan hubungan suami isteri

Senaman kegel adalah satu senaman yang mudah. Kenapa ia mudah…? Sebab senaman ni boleh dilakukan pada bila-bila masa, sama ada sewaktu sedang duduk atau sedang berdiri. Sambil buat kerja pun boleh buat senaman ni dan tidak memerlukan kita melakukan sebarang aktiviti fizikal seperti menggerakkan kaki atau tangan.

Cara melalukan senaman ni juga sangat mudah. Macam mana caranya…? Secara asasnya senaman kegel boleh dilakukan sewaktu anda membuang air kecil sebagai permulaaan untuk mengenal pasti bahagian yang perlu dberikan tumpuan.  Caranya ialah sewaktu buang air kecil, buat kemutan untuk hentikan aliran air kecil secara tiba-tiba. Kemudian tahan dan dan kira sampai 10 sebelum lepaskan baki air kencing. Tapi jangan amalkan selalu ye… sebab menahan kencing tu tak bagus untuk kesihatan dan boleh sebabkan batu karang.

Untuk memastikan sama ada kaedah yang dilakukan betul atau sebaliknya, cuci bersih jari anda. Kemudian masukkan jari ke dalam faraj dan cuba cengkam jari anda. Biasanya cengkaman akan terasa dibahagian hujung atau pangkal jari saja. Jika terasa ada cengkaman bermakna kaedah yang dilakukan adalah betul.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa otot yang perlu dicengkam hanyalah dibahagian faraj dan bukan dibahagian perut (terutama dibawah pusat), di punggung dan dan juga peha. Untuk pastikan bahagian lain tidak dikeraskan sewaktu senaman kegel dilakukan, anda boleh letakkan tangan di perut, peha dan punggung sewaktu senaman kegel sedang dilakukan. Nafas juga tidak perlu ditahan sewaktu senaman kegel sedang dilakukan.

Bila anda sudah pasti bahawa kaedah senaman kegel yang dilakukan adalah betul, anda bolehlah lakukan sewaktu pundi kencing sedang kosong. Senaman ini seeloknya dilakukan 2 ke 3 kali sehari dan boleh dilakukan sama ada sewaktu berdiri, duduk atau berbaring.

Untuk setiap sesi buat kemutan sebanyak 15 ke 20 kemutan dengan kiraan sebanyak 10 saat untuk setiap cengkaman dibahagian faraj sebelum dilepas dan diulang semula.

Tapi kesan dari senaman kegel ni tak dapat dilihat dengan segera tapi akan mula dirasai selepas 2 ke 3 bulan jika senaman ini dilakukan setiap hari.

Jom buat senaman kegel ;)

Kak Faz

Pentingnya senaman kegel selepas bersalin by

{ 2 comments… read them below or add one }

Ruzaimy February 13, 2011 at 8:10 pm

Betul, senaman Kegel memang terbukti baik untuk wanita bukan saja selepas bersalin tetapi perlu diamalkan sepanjang masa. Ianya merupakan senaman warisan turun temurun cuma ramai orang kita hari ini memandang remeh perkara ini. Sebab itu jika kita lihat pasangan suami isteri dulu2 hidup harmoni. Mungkin juga ada golongan wanita sekarang tahu kelebihan senaman Kegel tetapi tiada kesempatan atau teknik yang salah digunakan. Masyarakat barat mula amalkan senaman Kegel selepas mereka menjumpai teknik senaman ini kerana berdasarkan kajian mereka senaman ini memang baik jika diamalkan. Cuma mereka lebih advancve kerana telah mencipta alat untuk senaman Kegel ni. Jadi kepada wanita-wanita di Malaysia, Singapore, Indonesia dan Brunei anda boleh cuba alat ini. Setidak-tidaknya berusahalah untuk kebahagiaan pasangan anda. Dapatkan segera semasa harga promosi SEKARANG…

Yati June 14, 2012 at 8:47 pm

Sy buat senaman kagel secara kerap semasa mngandung. Mmg nmpk kesannya..
Tp bila buat semasa dlm pantang sy ada rasa nyilu sikit dikaw dlm faraj. Wpun dh hari ke 30.
Perlu berhenti atau teriskn senaman ye?

Leave a Comment

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: