Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Soalan yang perlu anda tanya doktor tentang cesarean delivery

Hello pembaca blog bengkung moden :)

Ada ketikanya apa yang dirancang tidak menjadi seperti yang diharapkan. Begitu juga dengan kelahiran cahaya mata. Ramai yang mengharapkan agar dapat bersalin secara normal namun begitu tidak semuanya berjaya.

Seperti anda, saya juga berharap agar anak-anak saya dilahirkan secara normal, bukan dengan cesarean. Tetapi adakalanya kita perlu memilih cesarean delivery disebabkan oleh masalah dan komplikasi sewaktu proses kelahiran.

Apabila doktor memberitahu bahawa anda perlu bersalin cesarean, pasti ada yang panik dan tidak tahu apa lagi soalan yang perlu ditanya.

Senarai soalan berikut diharap dapat dijadikan panduan untuk anda bertanya kepada doktor anda jika anda berada didalam situasi diatas :

1. Apakah faktor-faktor atau sebab yang menyebabkan anda perlu dibedah?
2. Apakah risiko yang perlu anda hadapi bagi bersalin cesarean?
3. Apakah pendekatan yang diambil oleh doktor bagi mengelak sebarang komplikasi sewaktu pembedahan / cesarean :

(i) adakah doktor menggunakan sarung tangan yang tidak mengandungi serbuk (powder free surgical gloves?

(ii) Apakah pencegahan yang doktor lakukan untuk mengawal pendarahan dan kecederaan organ dalaman anda?

4. Apakah langka-langkah yang perlu dilakukan oleh anda sebagai pesakit dan doktor dalam beberapa minggu / hari sebelum cesarean bagi mengelakkan komplikasi semasa pembedahan (cesarean)? – Jika doktor memberitahu anda lebih awal yang anda perlu bersalin pembedahan / cesarean
5. Bagi kes kecemasan, adakah cesarean akan dilakukan oleh on call doktor? Jika ya, adakah  semua prosidur yang dilakukan adalah sama bagi setiap doktor?
6. Apakah keputusan yang perlu anda lakukan sekarang agar anda tidak perlu melakukan keputusan yang tergesa-gesa diwaktu kecemasan?
7. Apakah yang dapat doktor lakukan agar peluang untuk anda bersalin normal dimasa akan datang tetap ada?
8. Apakah pandangan doktor tentang peratus bersalin normal bagi mereka yang pernah bersalin cesarean (VBAC – vaginal birth after cesarean delivery)?

Jika anda rasakan jawapan yang diberikan oleh doktor tidak anda fahami, nyakannya dan minta doktor berikan penjelasan lanjut. Ye lah, kita ni pesakit je.. bukannya doktor. Dah tentu adalah istilah perubatan yang tak difahami.

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

2 Responses to “Soalan yang perlu anda tanya doktor tentang cesarean delivery”

  1. lyn

    Salam kak faz….
    mmg best la blok kak faz ni… byk sgt info yg terbaik… harap akan berkekalan.
    sy ade soalan ni…
    sbnrnye 29 Oktober 2008 sy br je melahirkan anak sulung sy secara ceaserean…
    pas tu bln 10 thn 2009 sy g bt ujian air kencing kt klinik… terkejut sy bl d sahkan positif pregnant.. sy ingat sy
    xdtg period sbb sy menyusukan anak sy… rupe2 nye bl cek da 4 bln da pregnant sbb last period slps bersalin
    bln 6…
    skrg ni bl perut da besat sy rs sakit kt tmpt operate 2.. takut lak rs nye…
    agak nye la kn kak faz adakah anak kedua sy ni jugak sy akan melalui pengalaman bersalin secara ceasereab
    lg….

  2. Faz

    Salam Lyn,

    Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkungmoden dan tahniah kerana bakal menimang cahaya mata ke 2.

    Tentang bersalin anak ke 2 ni tak semestinya cesar juga. Semuanya bergantung kepada keadaan dan rezeki masing-masing.

    Ramai juga yang bersalin cesar untuk anak pertama, tapi anak seterusnya boleh bersalin normal.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif