Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean - bilakah boleh dilakukan?
Salam semua,
Hari ini saya menerima soalan dari Ina- salah seorang pengunjung blog bengkung moden tentang bilakah waktu dibenarkan untuk mengadakan hubungan kelamin dengan suami selepas bersalin cesarean.
Soalan dari Ina adalah seperti berikut :
Saya baru bersalin 17hb Nov yang lalu.saya ingin bertanya bila kah masa yang sesuai untuk saya melakukan hugungan kelamin semula.harap Kak faz dapat memberkan jawapannya.Untuk pengetahuan kak faz saya bersalin anak sulong secara caeserean. selain itu adakah hubungan saya bersama suami sama seperti sebelum mengandung kerana bahagian bawah saya tidak diusik. Dan adakah saya perlu menjaga makanan saya selepas berpantang berbanding bersalin secara normal
Kepada Ina, terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden dan tahniah atas kehadiran cahaya mata pertama. Berkenaan soalan Ina tentang bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan hubungan kelamin selepas bersalin cesarean, sebaik-baiknya pastikan yang berikut :
1. Darah nifas telah kering dan mandi hadas telah dilakukan. Bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman bersalin cesarean, sebenarnya bersalin cesarean juga sama seperti bersalin normal dimana akan ada darah nifas selepas bersalin. Sewajar dengan hukum agama Islam, seseorang wanita hendaklah mandi hadas besar apabila darah nifas telah kering sebelum hubungan kelamin boleh dilakukan dengan suami.
2. Luka cesarean telah sembuh. Luka cesarean biasanya akan sembuh 2 bulan selepas bersalin cesarean. Jadi, sebaik-baiknya lakukan hubungan kelamin selepas 2 bulan.
Berkenaan adakah hubungan kelamin selepas bersalin cesarean akan sama seperti sebelum mengandung, ia bergantung kepada faktor-faktor berikut :
1. Perubahan hormon - biasanya bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi (breastfeed) akan menghadapi sedikit masalah disebabkan pengeluaran cecair (pelincir) di vagina yang berkurangan kerana badan lebih fokus kepada pengeluaran hormon prolaktine untuk susu ibu.
2. Keletihan - menguruskan bayi kecil adakala nya meletihkan terutama bagi bayi yang asyik meragam diwaktu malam menyebabkan ada ibu-ibu yang tidak cukup tidur.
Selain dari itu, pasti ada yang merasa was-was dan takut luka cesarean akan terbuka atau terasa sakit. Jika luka cesarean telah lebih dari 2 bulan, biasanya tiada masalah. Tetapi jika memang terasa sakit sewaktu hubungan kelamin, pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda boleh meminta doktor untuk scan bahagian luka cesarean untuk memastikan tiada sebarang masalah dan komplikasi.
Untuk rujukan, Ina boleh refer kepada posting yang lepas di sini >> Hubungan kelamin selepas bersalin <<
Berkenaan dengan makanan sewaktu didalam pantang selepas bersalin cesarean, seleok-eloknya elakkan dari mengambil makanan laut, kekacang dan makanan yang boleh menyebabkan luka bernanah. Pengambilan Vitamin tambahan sepeti kalsium (atau boleh juga gantikan dengan susu dan yogurt), multi vitamin dan vitamin C sangat digalakkan untuk diambil selepas bersalin cesarean.
Harap jawapan diatas membantu Ina
Kak Faz
Related posts:
- Kebaikan amalan berpantang selepas bersalin Assalamualaikum, Saya pernah ditanya oleh seorang suami kepada pelanggan saya,...
- Luka cesarean terbuka kerana jangkitan Assalamualaikum, Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah benar yang...
- Tips menghilangkan lemak selepas bersalin Salam ceria Hari ini saya ingin berkongsi tips bagaimana menghilangkan...
- Tak boleh mandi lepas bersalin normal? Salam & hello Hari ini saya ingin berkongsi email yang...
- Khasiat madu lebah untuk ibu lepas bersalin Assalamualaikum Hari ini saya ingin berkongsi khasiat madu lebah yang...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.



















Salam..kak faz,
saya bersalin secara cesarean pada 05.07.2008..(kandungan pertama)ini disebabkan poor progress ibu dan bayi..jadi selama 7 bulan selepas bersalin ni saya ada memakan ubat gamat untuk penyembuhan luka pembedahan.hampir 4 bulan saya tidak mengambil sebarang ubat gamat..jadi saya ingin bertanya mengapa perut (dibahagian atas tempat pembedahan)akan merasa sakit pada sebarang geselan mahupun sentuhan di bahagian perut itu.tambahan pula sekiranya anak saya tertendang dengan lembut ia akan merasa perit di bahagian dalam.dan sebarang sentuhan pada bahagian itu akan merasa ngilu.
salam Ayang,
Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden.
Berkenaan soalan Ayang, biasanya rasa ngilu dibahagian luka tetap ada walaupun selepas dah lama bersalin cesarean terutama selepas mengangkat barang yang berat atau pun apabila anak menendang perut dan terkena di bahagian parut cesarean. Even akak sekarang pun (dah setahun 5 bulan lepas bersalin cesarean) masih lagi sesekali rasa sakit dibahagian parut luka terutama bila anak duduk atas perut dan henjut-henjut perut macam naik kuda…
Kak Faz