Peranan dan Bantuan Suami Buat Isteri Selepas Bersalin Cesarean
Apa khabar semua?
Bagi mereka yang mempunyai pengalaman bersalin sebelum ini terutamanya selepas bersalin caeserean, anda pasti tahu bagaimana susahnya untuk bergerak, bangun dan menguruskan bayi terutama bagi seminggu pertama selepas bersalin. Ini kerana pada waktu itu badan masih lagi sakit-sakit, kepala pun selalu pening kesan dari epidural dan ubat bius ditambah pula dengan sakit ditempat pembedahan yang masih terasa.
Oleh itu hari ini saya ingin berkongsi tips tentang beberapa cara yang boleh dilakukan oleh para suami bagi membantu isteri yang baru sahaja lepas bersalin caeserean.
Antaranya…
1. Bantu dan pimpin isteri untuk bangun dari katil, berjalan dan ketika ke bilik air. Ini kerana pada waktu ini sakit dari pembedahan masih lagi kuat dan si ibu memerlukan bantuan untuk bangun dari katil dan berjalan.
2. Bantu isteri anda untuk menyusukan bayi. Apabila bayi menangis, bantu isteri anda dengan membawakan bayi anda kepada isteri untuk disusukan.
3. Tukarkan lampin dan mandikan bayi anda
4. Jika anda tinggal dirumah 2 tingkat, sebaik-baiknya sediakan bilik di ruang bawah untuk isteri anda bagi mengelakkan isteri anda dari menggunakan tangga dengan kerap terutamanya dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin
5. Pastikan isteri mendapat rehat secukupnya. Ini penting agar isteri anda kembali pulih dengan lebih cepat.
6. Bantu isteri menyiapkan kerja-kerja harian dirumah - contohnya mengemas rumah, memasak untuk isteri dan membasuh baju. Lagipun, inilah masanya untuk anda menunjukkan perhargaan buat isteri anda yang sanggup bersusah payah melahirkan zuriat buat anda bukan?
7. Pastikan isteri tidak mengangkat objek yang berat contohnya anak anda yang lebih dewasa bagi mengelakkan komplikasi keatas luka jahitan pembedahan.
Last but not least, terima kasih kepada para suami yang telah membelikan Bengkung Moden untuk isteri anda. Sememangnya anda suami yang prihatin
Kak Faz
Related posts:
- Tips menghilangkan lemak selepas bersalin Salam ceria Hari ini saya ingin berkongsi tips bagaimana menghilangkan...
- Pelancaran Panduan bertungku selepas bersalin cesarean Assalamualaikum Hari ini, dengan lafaz Bismillah saya melancarkan laporan istimewa...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.



















