Kelahiran Normal Lepas Bersalin Cesarean
Salam…
Hari ini saya ingin berkongsi artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia (disiarkan pada 25/10/2005).
Soalan : Saya melahirkan anak sulung secara Caesarean kerana mengalami tekanan darah tinggi dan simptom-simptom praeklampsia. Berapa lamakah saya perlu menanti sebelum hamil lagi? Bolehkah saya bersalin secara normal untuk anak yang berikutnya?
Jawapan : Tiada ketetapan yang khusus berhubung bila seseorang wanita itu boleh hamil lagi selepas menjalani Caesarean, tetapi kebanyakan doktor menasihatkan wanita agar menunggu dua tahun untuk hamil lagi.Ini dapat memberi anda masa yang cukup untuk pulih daripada pembedahan, memastikan anak sulung sudah boleh berjalan dan tidak lagi meminum susu ibu, dan bersedia untuk menimang cahaya mata lagi.
Anda mungkin boleh bersalin secara normal untuk anak yang berikutnya kerana Caesarean kali pertama dilakukan atas sebab tekanan darah tinggi.Kelahiran normal selepas Caesarean boleh dilalui dan anda mempunyai 75-80 peratus peluang untuk melahirkan bayi melalui faraj.
Kelahiran melalui faraj adalah lebih selamat jika dibandingkan dengan kelahiran Caesarean yang berulang. Akan tetapi, anda perlu berbincang dengan doktor berhubung beberapa kemungkinan risiko.
Soalan dijawab oleh Prof. Dr. Muhammad Abdul Jamil Mohd. Yassin, Pakar Perunding Kanan Obstetrik & Ginekologi, Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia (OGSM).
Okay.. itu saja buat kali ini. Semoga artikel diatas bermanfaat buat anda.
Kak Faz
Related posts:
- Tak boleh mandi lepas bersalin normal? Salam & hello Hari ini saya ingin berkongsi email yang...
- Bayi cesarean lebih mudah menghidap jangkitan dan alergi Assalamualaikum, Apa khabar anda semua? Saya harap anda okey saja...
- Khasiat madu lebah untuk ibu lepas bersalin Assalamualaikum Hari ini saya ingin berkongsi khasiat madu lebah yang...
- Resipi diet lepas bersalin Salam ceria Hari ini saya ingin berkongsi satu resipi yang...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


















Bulan 9 tahun 2007 saya telah melahirkan anak secara caesarean kerana overdue dan bukaan cuma 4cm.Saya nak tanya berapa peratus saya boleh bersalin normal dan berapa lama kena tunggu untuk mengandung semula.Kerana saya trauma anak meninggal on ventiletor 3 bulan.Apa yang harus saya ketahui?
Hi Nang,
Untuk mengandung semula, biasanya doktor menasihatkan anda menunggu sehingga 2 tahun. Namun memandangkan Nang pernah mempunyai history bersalin overdue, sebaiknya anda rujuk kepada doktor / pakar sakit puan untuk pendapat dan nasihat yang terbaik.
Fazidah
saya baru lepas melahirkan anak pada tahun 2007 secara ceaseran..sekarg saya mengandung lagi 3 buln..belum sampi 2 tahun..saya di jangaka bersalin pada 3/6/09..apakh risiko2 yg saya ada?
salam Aishah,
Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden
Untuk menjawab soalan Aishah, saya quote disini petikan dari artikel Dr Hamid Arshad :
“Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?
Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun. Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ? misalnya 6 bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.
Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.
Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun. Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya. Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang”
Diharap jawapan diatas membantu Aishah. Walaupun begitu, sebaiknya juga Aishah rujuk kepada gynea untuk pemantauan dan pemeriksaan sepanjang mengandung kali ke 2 ini untuk memastikan semuanya okey dan tiada masalah
Kak Faz
salam,
saya baru melahirkan anak secara normal.saya mempunyai perasaan trauma untuk bersama suami.saya selalu memikirkan yang jahitan akan terbuka dan berasa sakit.selalunya berapa lamakah masa yang diambil untuk luka tersebut sembuh.
Salam Mofaz,
Maaf lambat jawab. Bila tiba-tiba ada hal kecemasan, macam nilah jadinya. Semua tak sempat…
Jangan bimbang, lepas 44 hari luka tu dah okey dan dah baik. Cuma kalau rasa takut, minta la cik abang ‘go slow’ ye