Perginya Seorang Ibu Mertua…

Assalamualaikum,

Pada 8 March 2010 jam 6.10 petang yang lalu, saya telah kehilangan seorang ibu iaitu ibu mertua saya yang telah kembali ke rahmatullah.

Sebelum ini Mak (panggilan untuk ibu mertua saya) telah bergelut dengan strok selama 3 bulan sejak dari December 2009. Memang cukup terasa ketiadaan Mak kerana Allayarhamah kerap menghubungi suami saya sama ada untuk perkara kecil atau perkara besar.

Selama ini Mak menghidap darah tinggi dan perlu mengambil ubat untuk darah tinggi sekali sehari. Tapi entah macam mana,  pada satu hari tu Mak terlupa nak makan ubat. Dan yang terkilan sikit tu, bila dah teringat Mak tak pula makan. Alasannya jemu kena telan ubat setiap hari.

Dan di petang hari yang sama, Mak kena serangan strok. Bila dibawa ke hospital doktor sahkan sebelah badan Mak di bahagian kanan tak boleh bergerak. Mak juga tak boleh bercakap kerana lidahnya telah tertarik kedalam. Semua adik-beradik gempar dan berkejar ke hospital. Nasib baik Mak kena strok sewaktu di rumah kakak ipar saya di Manjalara, kalau kena kat Teluk Intan, lagi parah rasanya sebab agak susah nak ke hospital dari kampung.

Sejak itu Mak cuma boleh makan melalui tiub, dan hanya boleh mengambil susu dan nestum. Selepas beberapa kali keluar masuk hospital dan menjalani rawatan alternatif, Mak mula menampakkan perkembangan dan tindak balas terutama di bahagian kanan yang terkena strok.

Tapi tak disangka, perkembangan positif itu rupanya adalah petanda sebaliknya. Mak pergi juga selepas boleh mula makan dengan agak laju melalui mulut (bukan lagi melalui wayar seperti sebelum ini), dan selepas tangan dan kaki kanan Mak mula bertindak balas.

Apa-apa pun, kami redha atas pemergian Mak kerana pelbagai usaha telah dibuat selama 3 bulan ini. Semoga roh Mak aman disana  dan tergolong dalam orang-orang yang beriman. Al-fathihah untuk Mak…

Pesanan saya, jika ibu anda juga mengalami sakit darah tinggi seperti mak saya, pantaulah pengambilan ubat mereka. Pastikan mereka mengambil ubat mengikut jadual yang ditetapkan, jika boleh jangan skip walau sekali pun kerana kesannya amat besar sekali.

Kak Faz

ps : Gambar diatas diambil sewaktu Mak dihospital. Saya sempat curi-curi ambil gambar Mak dan tunjukkan pada Mak. Terlihat senyuman diwajahnya dikala melihat gambar sendiri. Tak pasti apa yang Mak fikirkan. Mungkin terfikir menantunya ni suka buat hal yang bukan-bukan. Mak sakit pun sempat lagi ambil gambar Mak…

pps : Semua soalan dari pengunjung blog ini akan dijawab nanti ye. Saya perlukan sedikit masa lagi untuk beberapa perkara.

4 thoughts on “Perginya Seorang Ibu Mertua…

  1. Asmah

    Salam,

    Saya bersimpati atas kehilangan ibu mertua Kak Faz. Kita sama2 mendoakan semoga roh beliau dicucuri Rahmat.

    Wassalam.

  2. fasha

    salam…mertua kak faz seperti ibu saya…sedih bila bersalin saya tdk dpt
    di jaga oleh ibu sendiri..masih teringat hingga hari ini,bila saya keluar
    hospital selepas bersalin balik ke rumah ibu mertua,saya di beri makan meggi..
    tiada perkataan yang dapat saya ucapkan..itulah tanda kasih dr ibu mertua saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif