Pelancaran Ebook Panduan Selepas Bersalin Caeserean dan Affiliate Bengkung Moden
Salam
Sepatutnya posting ini dilakukan lebih awal tetapi disebabkan beberapa isu termasuklah tak sempat nak buat pengumuman, maka baru hari ini saya melakukannya.
Dengan lafaz bismillah, dengan ini secara rasminya saya melancarkan ebook pertama saya PANDUAN SELEPAS BERSALIN CESAREAN. Tujuan ebook ini ditulis adalah untuk saya berkongsi pengalaman dan sebagai panduan bagi mereka yang bersalin secara pembedahan terutamanya penjagaan sewaktu didalam pantang bersalin.
Antara kandungan ebook ini :
- Apa itu bersalin pembedahan, sebab mengapa perlu bersalin secara pembedahan dan risiko yang perlu anda tahu
- Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih bersalin secara pembedahan
- Persediaan sebelum bersalin pembedahan (caeserean) - mental & fizikal termasuk list barang-barang yang perlu disediakan untuk ibu dan bayi sebelum ke hospital.
- Panduan sewaktu dibilik bedah
- Panduan selepas bersalin pembedahan (caeserean)
- Panduan memakai Bengkung Moden selepas bersalin caeserean
- Pemakanan ibu didalam pantang selepas bersalin pembedahan (caeserean).
- Tips bagaimana untuk menyelesaikannya masalah ibu, mertua dan keluarag yang kuat amalan berpantang.
- Panduan menjaga luka pembedahan
- Panduan bagaimana untuk mengetahui sama ada anda memerlukan rawatan di hospital jika sekiranya berlaku masalah selepas keluar dari hospital dan kembali kerumah
- Salah tanggapan tentang penjagaan selepas bersalin pembedahan (caeserean) - ebook ini mengupas beberapa isu seperti amalan memakai bengkung, bertungku, mengurut dan pengambilan ubat bersalin yang diabaikan atau tidak dipraktikkan oleh sebahagian dari mereka yang bersalin pembedahan (caeserean).
- Bonus - mengenali tanda-tanda post partum depression (meroyan)
Sebenarnya ini adalah ebook edisi pertama. Insya Allah jika ada kelapangan, isi kandungan ebook ini akan saya update dan tambah bila saja ada informasi terbaru yang saya temui.
Selain dari itu, ingin juga saya umumkan pelancaran SISTEM AFFILIATE bagi BengkungModen.com. Saya percaya sistem ini adalah sesuatu yang dapat saya berikan sebagai balsan kepada pelanggan saya yang telah banyak memperkenalkan Bengkung Moden kepada rakan-rakan dan kenalan mereka. Jadi mulai hari ini, kalau nak promote Bengkung Moden, register dulu sebagai affiliate. Lepas tu bagi link email affiliate tu kat kawan-kawan. Sambil tolong promote, dapat duit
Last but not least, terima kasih yang tidak terhingga pada Aziah, Salma, Rnia, Ezad, Jaya, Atie dan semua pelanggan Bengkung Moden yang telah banyak refer kawan-kawan dan sedara mara kalian kepada Bengkung Moden. Jangan lupa register sebagai affiliate ye
Kak Faz
Related posts:
- Pelancaran Panduan bertungku selepas bersalin cesarean Assalamualaikum Hari ini, dengan lafaz Bismillah saya melancarkan laporan istimewa...
- Testimoni terbaru bengkung moden Salam Ceria Hari ini saya ingin berkongsi testimoni terbaru (baru...
- Lagi testimoni dari pengguna bengkung moden Assalamualaikum, Hari ini saya ingin berkongsi satu testimoni yang saya...
- Testimoni pelanggan bengkung moden dan nursing bra Assalamualaikum, Hari ini saya ingin berkongsi testimoni yang diterima dari...
- Bengkung Moden di majalah Pa&Ma isu Julai 2009 Assalamualaikum, Bulan lepas (June 2009) macam-macam masalah yang melanda pada...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.



















Hai,
Saya baru sahaja bersalin secara ceaser pada hari merdeka lepas. Bagaimana caranya untuk membeli e-book ini sahaja? Kerana bengkung Moden ni saya dah beli sewaktu di hospital tempohari. Berapa harga e-book dan bagaimana cara utk mendapatkannya?
Hi Suria,
Tahniah atas kelahiran orang baru. Semoga bayi anda menjadi anak yang soleh dan berjaya didunia & akhirat. Amiiiinnnnnnnn….
Berkenaan ebook, buat masa ini saya berikan percuma untuk Pakej Exclusive dan Pakej Ramadhan Special.
Harga asal ebook ialah RM24.90. Sebab suraya dah beli bengkung, saya bagi 50% diskaun. Jadi just bayar kat saya RM12.00 saja.
Kak Faz
saya juga bersalin secara ceaser, yg sy risau adalah perut sy boncit slps itu, bagaimana utk sy dapatkan bengkong moden ini ? bagaimana utk sy menghubungi saudari ?
Salam Lieza,
Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden. Sila check email ye. Saya ada hantar email tadi
Salam. Saya sudah setahun 3 bulan bersalin secara ceaser. tetapi saya tak pernah berbengkung sebab takut sakit. kalau saya nak gunakan bengkung modern ni skrg masih berkesan ke? perut saya skrg buncit dan badan pun makin naik.
Salam Eina,
Sila check email ye. TQ