Salam ceria
Ramai pelanggan saya yang bertanya bagaimanakah caranya untuk membasuh bengkung moden. Ye lah kan… bila dah pakai mestilah kotor bengkung tu. Bila dah kotor, kenalah basuh.
Caranya mudah saja. Ikuti saja step seperti yang saya tunjukkan dibawah :
Langkah 1
Lipat / gulung bengkung moden seperti gambar diatas (lipat / gulung bahagian luar). Pastikan velcro strap melekat pada bengkung dan tidak terbuka. Jika terbuka, nanti rosak pula bengkung semasa dibasuh dan velcro strap pula akan memerangkap rambut dan benda-benda halus lain sewaktu ia dibasuh menjadikan ia kurang melekat lagi selepas tu.
Langkah 2
Masukkan kedalam mesin basuh bersama dengan baju lain yang hendak dibasuh.
Langkah 3
Masukkan sabun dan putar seperti biasa.
Langkah 4
Kemudian bilas… Semasa bengkung moden dibilas, nak masukkan softlan atau pelembut fabrik pun boleh. Biar wangi dan berbau harum bengkung moden dan kain yang dibasuh
. Selepas tu, putar lagi untuk bilasan pula. Nak bilas berapa kali pun terpulanglah.. janji bersih ye
Langkah 5
Kemudian, spin bengkung bersama kain dan pakaian lain ditempat spin.
Langkah 6
Lepas dah spin, buka bengkung moden seperti gambar diatas. Bengkung sedia untuk dijemur.
Langkah 7
Jemur lah bengkung di ampaian / tempat menjemur kain. Seeloknya, elakkan bengkung moden dari dijemur dibawah panas terik matahari. Biasanya saya menjemur bengkung diwaktu pagi. Selepas 1 ke 2 jam dijemur, bengkung dah pun boleh diguna semula
(Ani..! angkat kain dijemuran!)
Nota : Jika anda basuh bengkung moden diwaktu malam, boleh saja jemur bengkung moden dibawah kipas. Kejap je dah kering dan boleh guna semula.
Kesimpulannya bengkung moden ini bukan saja mudah untuk dipakai, tapi juga mudah untuk dicuci dan dibasuh.
Harap cara membasuh bengkung diatas membantu anda untuk membasuh bengkung moden anda juga
~ Kak Faz ~



salam…
saya berminat dengan bengkung moden ni. berapa harganya? dan bagaimana mendapatkannya.
As-salam..hari nie genap 40 hari saya berpantang…alhamdulillah semuanya berjalan lancar. saya bersalin normal.semasa dlm pantang saya kurang berbengkung sbb susah sgt nak pakai. bila saya baca bengkung moden nie tergerak dihati nak tahu…betulker bengkung nie boleh mengurangkan buncit kat perut tu???sejauh mana keberkesanannya?macam mana plak ngan perut yang mengelembir selepas bersalin. boleh kejap balik ker?
nak tahu dulu sebelum beli…