Lamanya menghilangkan diri…
Assalamualaikum,
Lama betul saya tak update blog dan berkongsi tips terbaru disini. Bukan saya tak ada, saya ada… cuma agak sibuk juga sekarang ni.
Selain dari masalah nak connect ke internet, saya juga sebenarnya telah menghadiri beberapa kursus sepanjang January 2010 ini sebagai persediaan untuk mencapai matlamat dan azam bagi tahun ni.
Antaranya :
1. Kursus Photoshop yang dianjurkan oleh sifoo.com. Alamak, rasa rugi pulak sebab tak ambil gambar dengan sifoo Imran.
2. Kursus asas ebay anjuran Matrade selama sehari. Dan kini saya sedang menunggu panggilan ke dua dari Matrade untuk kursus ebay selama 2 hari yang akan diadakan nanti. Tak sabar pula rasanya nak attend kursus yang 2 hari ni nanti sebab selama ni saya dok jadi pembeli je dalam ebay. Manalah tahu lepas ni boleh jadi penjual di ebay pula
.
Ada antara kawan-kawan yang bertanya bagaimana saya dapat attend kursus macam ni. Almaklumlah dapat pergi kursus free saja. Caranya mudah saja. Jika anda adalah seorang usahawan (tak kira lah usahawan internet atau offline), cara terbaik dan termudah untuk dapat update terkini tentang kursus yang diadakan oleh organisasi kerajaan ialah dengan menyertai persatuan keusahawanan. Ada macam-macam persatuan usahawan kat Malaysia ni. Anda boleh sertai mana-mana satu persatuan tu. Tapi seeloknya cuba sertai persatuan yang aktif seperti Usahanita Malaysia. Memang banyak betul aktiviti dan kursus yang dijalankan oleh persatuan ni sampai saya pun tak larat nak ikut. Jika bernasib baik, ada antara kursus yang ditawarkan tu adalah percuma. Dan jika dikenakan bayaran pun selalunya pada jumlah yang agak minima.
3. Selain dari kursus diatas, saya dan kawan (Kak Rahimah) juga telah berkesempatan untuk belajar menchanting dan menconteng batik di Kompleks Kraf Jalan Conlay. Sejak dulu saya tak suka subjek seni lukis disekolah sebab mesti dapat markah corot. Paling tinggi dapat B aje.
Tapi kali ni sebab pergi dengan Kak Rahimah (dan saya tahu Kak Rahimah pun keras tangan macam saya juga..ha…ha..) jadi saya belasah aje lah warnakan kain tu. Asalkan nampak macam corak batik kira jadi lah untuk koleksi sendiri.
Apa-apa pun, bila dibawa balik kerumah, anak-anak saya pula sibuk bertanya bila mereka boleh belajar mewarna batik juga. Hmmm… nampaknya untuk program cuti sekolah akan datang ni, boleh lah saya bawa anak-anak untuk belajar menchanting batik. Lagipun untuk kelas macam ni tak lah mahal. Cuma RM15 saja untuk setiap sehelai gambar.
Satu yang saya perasan tentang batik ni, ia boleh diwarnakan mengikut selera kita. Tak kira lah nak warna kan macam mana pun, ia tetap nampak berseni bila dah siap.
Secara tak lansung, melukis batik juga sebenarnya meningkatkan kreativiti diri terutama bagi golongan kanak-kanak. Sewaktu disana juga, saya perasan ada beberapa pelancong ‘mat saleh’ yang sedang menunggu dengan sabar hingga anak-anak mereka selesai menchanting batik.
Hingga disini dulu coretan saya untuk kali ini. Insya allah lebih banyak tips akan saya kongsikan disini nanti.
Wasalam
Kak Faz
p/s : semua komen dan pertanyaan di blog ini akan saya jawab malam nanti ye. Nak kena jenguk mak mertua kejap
Related posts:
- Kursus penjagaan diri sebelum, semasa dan selepas bersalin Assalamualaikum, Saya akan mengadakan satu ceramah tentang penjagaan diri sebelum,...
- Tips menghilangkan lemak selepas bersalin Salam ceria Hari ini saya ingin berkongsi tips bagaimana menghilangkan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.



















