Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Hello world! Selamat datang ke Bengkung Moden!

Assalamualaikum dan hello!

Oh… posting pertama saya selepas berjaya install wordpress. Tak mudah dan tidak juga sukar. Saya tengah tersengih ni. Best nye… lepas ni bolehlah posting selalu.

Bagi yang masih didalam pantang bersalin, apalah agaknya menu anda hari ni ye? Kata orang… makanan yang paling best dan sedap dimakan ialah menu sewaktu didalam pantang bersalin. Bukan itu saja, selera pun memang best waktu tu. Sekejap-sekejap, rasa lapar. Kalau tak pakai bengkung, alamatnya memang susahlah perut nak kempis. Lagi menakutkan, sebenarnya kalau tak pakai bengkung nilah yang buat kita lagi cepat terasa lapar sebab banyak “ruang kosong” dalam perut tu yang perlu diisi.

Teringat saya sewaktu berpantang bersalin dulu. Saya paling suka kombinasi Ikan bakar dan sayur masak rebus atau dalam bahasa Terengganu, sayor masok air. Masakannya simple saja tapi berkhasiat, tidak berminyak dan semestinya sedap.

Sewaktu didalam pantang bersalin, mak saya selalu berpesan… jangan makan banyak sekali harung. Makan la cukup-cukup je. Kalau lapar nanti, makan lagi. Karang perut tu tak nak kempis siapa yang susah? Aduh, terpaksalah masukkan balik separuh nasi yang dah menggunung dalam pinggan tu. Tapi sesekali bila mak tak perasan tu, kutambah juga nasik barang tiga empat senduk lagi.

Oh ya, memandangkan blog ni dah siap, nanti secara sedikit-sedikit resipi yang saya masukkan di website www.bengkungmoden.com akan dipindahkan kesini.

Begitu juga dengan artikel-artikel dan tips-tips yang saya letak disana, juga akan dipindahkan kesini secara berperingkat sebelum tips-tips dan artikel baru ditambah.

Ok. Itu saja dulu buat permulaan. Akhir kata… salam sihat dan ceria.

Senyum sokmo :)

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif