Bengkung Moden vs Girdle / Binder lain
Assalamualaikum dan salam ceria semua,
Hari ini saya menerima panggilan dari salah seorang bakal pelanggan yang bertanyakan tentang beberapa perbezaan antara Bengkung Moden dan bengkung lain dan girdle yang dijual dipasaran. Sebab kenapa soalan ini ditanya kerana sebelum ini beliau pernah memakai sejenis bengkung namun begitu beliau bukan sahaja merasa tidak selesa, tapi juga terasa sakit dan ngilu ditempat luka pembedahan (caeserean).
Seperti yang saya kongsikan bersama beliau, saya catatkan disini buat tatapan anda juga.
1. Dawai besi di pasang digirdle / binders
Memang ada binders yang dijual diluar sana yang memasang besi atau dawai halus. Kehadiran besi atau dawai halus ini sebenarnya menimbulkan rasa tidak selesa kerana ia akan menekan bahagian perut dan pinggang, mengakibatkan tempat luka pembedahan terasa sakit dan ngilu. Kalau dah rasa sakit tu, saya percaya tak lamalah anda pakai girdle atau binders tu. Mesti lepas tu kena buka sebab tak tahan sakit. Bengkung Moden tidak mempunyai besi atau dawai halus seperti yang dipasang dikebanyakan girdle atau abdominal binders yang lain.
2. Material yang mengandungi getah
Memang ada abdominal binders diluar sana yang mengandungi getah. Bagi mereka yang berkulit sensitif, tak lamalah anda pakai binders tu sewaktu dalam pantang sebab perut asyik terasa gatal saja. Ini tidak akan terjadi jika anda pakai Bengkung Moden sebab ia dibuat dari latex free material.
3. Material dari Nylon
Huh… ni memang banyak dan berlambak dipasaran terutamanya girdle. Kalau berpeluh memang habislah… Jangan sesekai anda berani dan cuba-cuba memakai girdle jenis ni kalau luka pembedahan anda belum lagi sampai 2 bulan. Kalau anda nak cari nahas, silakan… nanti kalau luka tu bernanah, pandai-pandailah pergi klinik dan minta doktor cuci luka tu. Nasihat saya, jangan ambil risiko sebegini. Kelak anda sendiri yang merana menanggung sakit.
P/s : saya juga pernah menggunakan binders seperti yang telah dipakai oleh pemanggil ini. Sebab itulah saya tahu kenapa ia tidak selesa.
Ok, itu saja buat kali ini.
Senyum sokmo
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.














