Risiko hamil selepas berumur 35 tahun

by fazidah on March 10, 2009

Assalamualaikum dan hello semua :)

Seperti yang diketahui umum, umur yang ideal bagi wanita untuk hamil ialah dari seawal usia 20 tahun hingga 35 tahun. Namun begitu ada juga yang masih ingin hamil selepas melewati had usia ini atas perlbagai alasan peribadi seperti mana email yang saya terima dari seorang pengunjung bengkungmoden.com ini. Email yang saya terima dari Puan Liya ini seperti berikut :

Saya berusia 38 tahun dan mempunyai 4 orang anak.Saya bercadang untuk hamil lagi pada tahun hadapan. Di sini saya ingin bertanya apakah risiko-risiko yang akan dihadapi sewaktu mengandung kerana hamil melebihi usia 35 tahun?

Kepada Puan Liya, jawapan saya adalah seperti berikut :

Salam Puan Liya,

Terima kasih kerana mengunjungi bengkungmoden.com.

Risiko bagi wanita yang berumur lebih dari 35 tahun untuk hamil adalah tinggi terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali hamil.

Tetapi bagi puan yang bakal mengandungkan anak ke 5, risikonya adalah sedikit rendah kerana puan pernah hamil sebelum ini. Namun begitu sebaiknya puan dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor sebelum puan hamil.

Antara risiko seperti yang ditemui dari kajian perubatan ialah :

  1. Kualiti telur yang dihasilkan oleh ovari adalah rendah – menyebabkan risiko yang tinggi untuk puan mempunyai zuriat yang lemah dan mudah sakit.
  2. Wanita yang hamil di usia yang lanjut selalunya mudah terkena diabetes (kencing manis) sewaktu hamil kerana kesukaran untuk mengawal kandungan gula dalam darah melalui diet, senaman dan gaya hidup.
  3. Kemungkinan untuk bersalin normal adalah rendah kerana faktor usia menyebabkan puan tidak kuat untuk meneran sewaktu proses bersalin. Oleh itu kemungkinan untuk puan bersalin cesarean adalah tinggi
  4. Risiko keguguran juga adalah tinggi apabila mengandung di usia melebihi 35 tahun
  5. Kemungkinan besar akan berlaku masalah risiko chromosome yang tidak normal di mana bayi yang dikandung boleh mengalami Down Syndrome.

Namun begitu kemajuan teknologi moden kini banyak membantu mereka yang berurmur lebih dari 35 tahun untuk hamil. Terdapat hospital yang menyediakan rawatan dan pemeriksaan diawal kehamilan bagi menentukan sama ada janin yang dikandung adalah sihat dan normal atau sebaliknya. Jika janin yang dikandung tidak normal, doktor akan menasihatkan pesakitnya untuk menggugurkan kandungan tersebut. Tetapi jika sebaliknya, maka kandungan tersebut boleh diteruskan.

Harap jawapan diatas membantu Puan Liya.

Terima kasih

Fazidah

Risiko hamil selepas berumur 35 tahun by

{ 2 comments… read them below or add one }

zati husna johan May 17, 2010 at 3:08 pm

ibu saya berumur 48 tahun saya adalah anak yang ke 6 adik saya pula yang ke-7 saya nak sangat adik tetapi bol
eh kah ibu saya mengandung lagi?

Asharina September 21, 2010 at 12:47 pm

Salam,saya mempunyai dua orang cahayamata 16thn dan 12tahun melalui ceaseran dan saya amat berharap agar saya dapat mengandung lagi,proses haid saya teratur dan tak pernah mengalami masalah.Buat pengetahuan saya ingin bertanya adakah saya dapat mengandung lagi dan apakah risiko yang akan berlaku sekiranya saya mengandung,bulan ini saya dah terlepas tarikh haid saya selama 5 hari dan saya terasa mual dan muntah tetapi saya rasakan bahagian perut saya kembung,adakah saya hamil dan perlu tak saya berjumpa doctor?…harap dapat membantu.Sekian.

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: