Resipi diet lepas bersalin

by fazidah on March 29, 2009

Salam ceria :)

Hari ini saya ingin berkongsi satu resipi yang saya temui didalam satu majalah – resipi kerabu pegaga. Senang disediakan, berkhasiat serta bagus untuk diambil sewaktu didalam pantang selepas bersalin kerana pegaga juga boleh membantu membanyakkan susu ibu.

Resipi Kerabu Pegaga

Bahan-bahannya :

  • Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • i inci halia muda
  • 2 biji bawang merah
  • 50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga – tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)
  • 1 inci kunyit hidup

Cara membuat :

  • Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat
  • Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat
  • Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong
  • Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. Mesti sedap dan menyelerakan :)

Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu!

Kak Faz

Resipi diet lepas bersalin by

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: