Khasiat ulam-ulaman untuk ibu selepas bersalin
Salam dan hello
Beberapa hari lalu sewaktu membelek akhbar lama saya terbaca senarai ulam-ulaman yang berkhasiat dan sesuai untuk diambil oleh ibu yang baru lepas bersalin dan masih didalam pantang.
Saya kongsikan disini untuk tatapan anda juga :
Cekur – pucuk cekur dikatakan boleh membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, mencegah sakit dan sengal tulang, serta membantu menghalang demam, batuk dan sakit tekak / kerongkong
Pucuk Pegaga – selain dari membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, pucuk pegaga juga bagus untuk awet muda, memperbaiki dan membantu peredaran darah, membantu pertumbuhan rambut, menguatkan gigi dan meningkatkan kesihatan kulit. Pegaga juga sebenarnya telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang boleh menjana kecerdasan berfikir bagi kanak-kanak. Hhmm… maknanya lepas ni kita kenalah galakkan anak-anak kita makan pegaga supaya otak mereka bertambah cerdas. Harga pegaga pun murah saja . Bagi mereka yang tinggal dikampung, boleh tanam sendiri kat tepi rumah
Pucuk mengkudu – membantu menguncupkan rahim, mencegah sakit kepala, buasir dan kembung perut
Pucuk putat – membantu membersihkan darah, menguncupkan rahim serta mencegah pening dan darah tinggi. Sebenarnya saya pun tak tahu macam mana rupanya pucuk putat. Sehinggalah saya terjumpa gambar ni sewaktu google…
Ohh… ini rupanya pucuk putat (daun yang warna merah tu…). Kalau balik kampung di Terengganu selalu juga mak saya carikan pucuk ni untuk dibuat ulam dan dicecah bersama budu. Memang sedap rasa pucuk putat ni. Rasanya masam-masam sikit. Tapi rasanya pucuk putat ni memang susah nak dapat dikawasan bandar dan lebih terkenal dikawasan sebelah utara seperti di Kedah, Perlis dan Perak. Alamat.. tiba-tiba kecur pula air liur saya
Ulam raja – membantu menguatkan tulang dan membersihkan darah
Jadi, bagi mereka yang masih didalam pantang selepas bersalin, anda boleh cuba mengambil ulam-ulaman diatas sebagai salah satu menu anda. Bukan sahaja berkhasiat, harganya juga murah.
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

















set hydroponic utk yg mahu memulakan hobi bercucuk tanam. lawati http://www.bumisegarfish.com