Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Halia Punca Bayi Jaundis

Hi semua :)

Hari ini saya ingin petikan artikel dari Majalah Isihat keluaran Julai 2008 – dimana penulisnya Norimanah Seman telah menemuramah dan mendapatkan pandangan dari Dr Azam Mohd Nor (Pakar Kanak-kanak Hospital Pusrawi) mengenai punca Jaundis.

Ikuti artikel dibawah…

Ada orang tua-tua berpesan bahawa jangan terlalu banyak makan hati ayam dan organ dalamannya seperti hati, pedal dan jantung kerana akan menyebabkan jaundis pada bayi. Namun sejauh mana kebenarannya dakwaan itu.

Menurut doktor Azam, pemakanan ibu semasa hamil tidak ada kaitan langsung dengan jaundis pada bayi. Selain itu Dr Azam juga menasihatkan ibu agar makan makanan yang seimbang untuk melahirkan bayi yang sihat.

“Cuma pemakanan ibu semasa pantang boleh menjadi penyebab jaundis. Jamu memang telah dikenal pasti boleh sebabkan jaundis pada bayi. Boleh makan jamu tapi jangan ambil awal sangat sewaktu didalam pantang kerana ia boleh jejaskan funsi hati”.

Selain jamu, halia juga dikenal pasti boleh sebabkan bayi jaundis. Ini kita sudah kenal pasti biasanyaa kaum Cina yang banyak makan halia didalam hidangannya semasa pantang boleh sebabkan jaundis.”

Kata Dr Azam, selain daripada makanan yang disebut tadi memang tidak ada makanan lain yang boleh menyebabkan jaundis. Dan pencegahan diperingkat awal semasa mengandung memang tidak berkesan langsung kerana ia tidak ada kaitan denagn makanan ibu hamil.

Tambahnya jaundis tidak berpunca dari makanan tetapi oleh beberapa sebab yang boleh dikaitkan antara cephalllohematona, ketidakserasian ABO, G6PD, fisiologikal dan masalah hati.

Okay… itu saja buat kali ini.

Pesanan akhir saya, anda boleh gantikan halia dengan lada hitam dan bawang putih sebab pengambilan lada hitam dan bawang putih juga membantu memanaskan badan selepas bersalin.

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif