Resipi dalam Pantang – Milo + Nestum

by fazidah on June 21, 2009

Assalamualaikum :)

Hari ni saya nak berkongsi satu resipi yang sangat mudah dan simple tapi ramai juga yang kadang-kadang tak terfikir untuk cuba dan buat.

Minuman Milo Nestum

Bahan-bahan :

  • 3 sudu besar milo
  • 1 sudu susu pekat manis / atau 2 sudu susu tepung (kalau guna susu tepung, tambahlah gula sikit)
  • 4 sudu besar nestum

Cara-caranya :

Masukkan semua bahan diatas kedalam cawan / mug. Lepas tu tuangkan air panas dan kacau. Campurkan dengan air sejuk jika anda nak kurangkan panas air atau nak bagi suam.

He..he.. memang senang sangat. Dan yang penting ia bagus diambil sama ada bagi mereka yang sedang dalam pantang bersalin atau bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kerana Nestum kaya dengan serat yang boleh membantu sistem penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit manakala milo pula merupakan minuman yang memberi tenaga.

Selamat mencuba!

Kak faz

p/s : Tiap kali buat air ni mesti teringat masa mula-mula belajar kat ITM dulu. Kenal Milo Nestum ni sebab selalu beli kat Kenanga Inn (KI). Tapi lepas tu KI tutup. Tak de lagi lah tempat nak beli Milo Nestum bila rasa lapar tengah-tengah malam.

Resipi dalam Pantang - Milo + Nestum by

{ 1 comment… read it below or add one }

mamayesha July 8, 2011 at 5:17 pm

salam.. masa mula2 pantang dulu memang minum milo… tetapi masalah sembelit menyerang.. akhirnya saya tukar mknn kepada oat+horlick+gula atau susu pekat.. sedap dan mengenyangkan disebabkan saya masih perlu menurunkan berat badan…

Leave a Comment

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: