Salam ceria
Mulai hari ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa nutrisi dan zat penting yang perlu diambil oleh ibu sewaktu hamil. Seperti yang diketahui umum, pengambilan makanan yang sihat dan seimbang amat penting sewaktu mengandung bagi memastikan ibu sentiasa sihat dan anak didalam kandungan membesar dengan baik.
Kita mulakan dengan yang berikut :
- Air – pengambilan air yang cukup sangat penting untuk diambil oleh ibu sewaktu tempoh hamil bagi mengelak dehidrasi. Air boleh diambil tak kiralah sama ada air kosong, sup, susu atau dalam bentuk jus buah-buahan dan perlu diambil dalam anggaran 9 gelas sehari. Diwaktu cuaca panas pula, seeloknya jumlah pengambilan air ditambah. Oh ya… sewaktu hamil juga selalunya ibu mudah merasa panas. Mungkin disebabkan oleh perubahan hormon dan usia kandungan yang makin bertambah.
- Kalsium – pengambilan kalsium yang cukup amat penting bagi pertumbuhan tulang dan gigi bagi anak didalam kandungan. Ia juga penting bagi mengelak daripada osteeporosis dan gigi rapuh kepada si ibu. Kalsium yang tinggi boleh didapati dari sayur hjau, susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt. Kekacang juga mempunyai kalsium yang tinggi tetapi bagi mereka yang mempunyai sejarah alergi dan alahan didalam ahli keluarga dinasihatkan agar mengelak dari mengambil kekacang sewaktu tempoh hamil.
Saya akan berkongsi nutrisi lain esok – untuk part 2 pula. Tungguuuuu….
Kak Faz


