Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Nutrisi dan zat penting sewaktu hamil – part 3

Assalamualaikum :)

Hari ini kita sambung part 3 plak…

6. Protein – penting untuk perkembangan otak bayi. Sumber yang kaya dengan protein ialah daging lembu, ayam, ikan, telur dan susu.

7. Buah-buahan dan sayur-sayuran – penting untuk mengelak dari masalah sembelit sewaktu tempoh hamil kerana ia kaya dengan serat. Selain dari untuk menghalang sembelit, buahan-buahan juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit. Namun begitu sewaktu diawal kehamilan, elakkan dari mengambil buah-buahan yang tajam seperti buah nenas bagi mengelakkan masalah keguguran.

8. Vitamin B Kompleks – sumber makanan yang kaya dengan B Kompleks ialah biji-bijian, kekacang, sayur hijau, telur dan produk tenusu.

Selamat menempuh alam hamil

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

4 Responses to “Nutrisi dan zat penting sewaktu hamil – part 3”

  1. sabar

    salam k faz,
    Ada any tips utk pemakanan bagi ibu yg menyusukan? Saya menghadapi masalah tekanan darah rendah serta sering demam dan mengikut kata doktor kena jaga pemakanan. Utuk makluman bayi sy skrg berumur 10 bln dan masih menyusu badan sepenuhnya…saya bekerja dan sekarang stok ebm cukup2 ajer i.e pam ari ni utuk stok esok…
    kadang kala ada kerisauan samaada keadaan kesihatan saya boleh menjejaskan anak saya…
    Tolong kak!

  2. Faz

    salam Sabar,

    Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden dan tahniah kerana masih menyusukan anak dengan susu ibu :)

    Akak cadangkan Sabar ambil kurma dan kismis sebagai makanan tambahan, juga pegaga (jus pegaga pun okey) dan makanan berzat yang lain.

    Pengambilan protein, Vitamin C dan makanan yang kaya dengan vitamin B dikatakan boleh membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah. Juga digalakkan mengambil makanan bergaram bagi membantu menaikkan tekanan darah

    Juga, elakkan dari tekanan (stress) dan kebimbangan yang melampau serta kerja-kerja berat. Selalunya yang banyak bagi stress bagi ibu yang breastfeed ialah bila stok susu berkurangan. Boleh sakit kepala dibuatnya.. ditambah pula bila kita ada target tertentu seperti nak fully breastfeed sampai anak umur setahun, setahun setengah atau 2 tahun. Disaat stok susu berkurangan, sebaiknya Sabar ambil cuti beberapa hari (contohnya Khamis & jumaat.. lepas tu sambung dengan cuti hujung minggu) dan gunakan waktu cuti ini untuk pam susu dengan lebih kerap terutama sewaktu menyusukan anak – pam dan susukan anak pada waktu yang sama. Lagi kerap susu dipam lagi banyak supply. Ingat breastfeeding concept : more demand means more supply

    Harap jawapan diatas membantu ye :mrgreen:

    Kak Faz

  3. ASLINA

    SALAM KAK, SKRG SY HAMIL ANAK KE2 5BLN. NOW KES ANAK PERTAMA TERJADI LG DIMANA HB DARAH SY DIBAWAH 11. BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN HB DRH YANG OK? ADAKAH INI MASALAH YG MEMANG AKAN SY ALAMI TIAP KALI PREGNANT? TQ AKAK

  4. Faz

    Salam Aslina,

    Sebaiknya dapatkan nasihat lanjut dari doktor yang merawat Aslina ye.. TQ

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif