Nutrisi dan zat penting sewaktu hamil – part 2
Salam ceria
Berbagai hal pula yang timbul kebelakangan ini menyebabkan banyak kerja saya tertangguh antaranya masalah kesihatan saya. Jika di Mexico sibuk dengan selsema babi, saya pula sibuk nak lepaskan diri dari masalah selsema dan batuk berpanjangan yang saya hadapi hingga mengganggu kerja harian saya. Itulah sebabnya kenapa agak lama saya tak menulis disini.
Okey, hari ini kita teruskan dengan part 2 untuk makanan yang penting untuk diambil sewaktu tempoh hamil.
3. Zat Besi – penting untuk diambil oleh ibu yang mengandung bagi mengelak dari masalah kekurangan darah atau dikenali juga sebagai anemia. Bila berlaku masalah kurang darah merah, secara langsung akan menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen didalam badan dan akan membahayakan bayi didalam kandungan. Antara makanan yang kaya dengan zat besi ialah sayuran hijau seperti bayam (teringat pulak kartun Popeye yang suka makan bayam untuk jadi kuat…), prune, kurma, kismis hitam, daging, ikan salmon dan telur kuning. Oh ya… saya pernah terbaca didalam satu artikel yang menyatakan zat besi dari sumber haiwan lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding dari sumber tumbuh-tumbuhan. Tapi tidak mengapa, oleh kerana kurma dan kismis juga kaya dengan zat besi maka ia boleh dijadikan sebagai makanan ringan terutama bagi mereka yang suka makan mengunyah sewaktu sedang bekerja dipejabat.
4. Karbohidrat – pengambilan karbohidrat penting untuk tenaga. Sumber karbohidrat boleh diperolehi dari nasi, roti, mi, kentang dan juga dari susu.
5. Asid Folik – penting untuk pembentukan otak bayi. Selalunya sewaktu berjumpa doktor untuk pemeriksaan bulanan sewaktu mengandung, doktor akan memberikan asid folik sebagai supplemen. Ia juga boleh didapati dari susu yang yang disediakan khas untuk ibu hamil seperti susu Anmum.
Okey… kita sambung part 3 pulak. Insya Allah esokĀ
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
















