Elak sushi sewaktu hamil
Assalamualaikum,
Sewaktu sedang hamil, kadang-kadang selera makan jadi tak menentu. Bagi saya sendiri, ada waktunya makanan yang saya tak suka makan sewaktu tak mengandung, tiba-tiba jadi sebaliknya.. terlebih suka pula.
Mungkin ada anda diluar sana yang mengidam nak makan sushi? Ya… sushi. Makanan jepun yang tak dimasak tu. Bagi saya sendiri sebenarnya tiap kali hamil mesti teringin nak makan sushi walaupun tahu sebenarnya sushi tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu yang hamil kerana :
- Kemungkinan untuk terkena jangkitan parasit adalah tinggi kepada bayi. Biasanya parasit jenis toxoplasmosis ni hidup dalam daging dan sayur yang tidak dibasuh bersih. Parasit ini boleh menyebabkan jangkitan yang serius kepada bayi.
- Kemungkinan terkena cirit-birit dari daging dan makanan yang tidak dimasak. Jangkitan ini disebabkan oleh kuman Salmonella. Bila ibu terkena cirit birit, secara tak lansung boleh membahayakan bayi dalma kandungan juga.
- Jangkitan cacing – walaupun tidak memberi mudarat kepada bayi tapi cacing yang menghuni didalam perut ibu akan makan zat yang diperlukan oleh bayi.
Tapi bila dah mengidam…. apa nak buat. Dapat rasa sikit pun jadilah. Ditambah pulak dengan bentuk sushi yng berwarna-warni tu.. tergoda betul. Jadi jika anda juga mengidam nak makan sushi, ambillah dalam jumlah yang sedikit saja. Kalau dapat tahan rasa nak makan tu, lagi baguslah.
Kak Faz
Related posts:
- Tekanan dan kemurungan beri kesan buruk kepada bayi Assalamualaikum, Sejak kebelakangan ini semakin banyak berita tentang pembunuhan yang...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

















