Selamat Datang tahun 2010
Assalamualaikum,
Apa khabar anda semua? Saya harap semuanya sihat-sihat saja.
Saya pasti ada diantara anda yang sedang sibuk menyediakan persiapan terakhir sebelum sekolah bermula Isnin depan. Bagi saya sendiri ada beberapa lagi barang sekolah anak-anak yang belum dibeli tapi tinggal barang-barang kecil saja macm alat menulis, buku dan beberapa barang asas yang lain.
Barang-barang lain (baju, kasut sekolah, beg) semuanya telah saya siapkan sejak dari awal cuti sekolah lagi. Almaklumlah, bila beli last minute ni saya takut nanti ada saja yang tak dapat contohnya macam saiz kasut yang padan dengan anak saya dah habis lah, saiz baju dah habis lah… dan macam-macam masalah lagi. Ditambah pula dengan orang ramai yang bersesak dalam kedai dan pasaraya, lagi susah rasanya nak pilih barang nanti. Jadi lebih baik beli awal-awal. Lebih mudah dan tak perlu bersesak-sesak.
Masuk hari ni dah 2 hari kita ditahun baru 2010. Saya pasti ada antara anda yang telah pun memulakan langkah untuk azam baru anda bagi tahun ini. Bagi saya sendiri tahun ni tak banyak azam yang saya letakkan sebab azam tahun lepas pun ada yang tak tercapai… (hu..hu…) Jadi saya bawa saja beberapa azam tahun lepas ke tahun baru ni dan tambah beberapa azam baru saja.
Ditahun baru ini juga, saya telah memasukkan beberapa koleksi maternity bra terbaru di mamamodern.com. Antaranya :
1. Mawar Nursing bra- warna pink
2. Mawar nursing bra - warna creame
3. Dahlia nursing bra - pink polka dot
Kesemua nursing bra diatas mempunyai span untuk melindungi puting anda dari kelihatan terutama bila memakai baju yang agak ketat dan mempunyai underwire (besi) untuk memberi sokongan yang lebih baik dan membantu membentuk buah dada yang lebih cantik.
Buat masa ni stok masih ada untuk ke tiga-tiga bra ni. Tapi ada yang dah tak ada saiz tertentu sebab dah dibeli terlebih dahulu oleh pelanggan yang berkunjung kerumah saya.
Jika ada berminat dengan bra menyusu ni, cepat dapatkannya sekarang sebelum stok habis ye.
Untuk membuat tempahan dan info lanjut, anda boleh klik pada tajuk bagi setiap breastfeeding bra diatas.
Okey, itu saja buat kali ini. Akhir kata, selamat tahun baru 2010. Semoga tahun ini membawa lebih banyak keberkatan dan kejayaan buat kita semua.
Wasalam
Kak Faz
p/s : Terbaca posting dari Fedtri Yahya dalam facebook : Krisis Umur:- diberitakan bahwa wanita akan mengalami 2 kali krisis umur yaitu umur 30 dan 50. Pada usia 30 tahun- merasa sudah tidak muda dan mulai memikirkan impiannya apakah sudah tercapai atau belum. Krisis umur 50- menjelang “mati haid or menopause”, biasanya banyak ibu yang mengalami depresi diusia menjelang mati haid itu…
Oh ho… patut lah semalam saya rasa dah tua tapi banyak perkara tak buat lagi. Berkait dengan krisis umur rupanya. Anda bagaimana…?
Related posts:
- Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin Assalamualaikum, Hmm… bulan puasa tahun ni saya agak sibuk juga....
- Breastfeed sehingga anak anda berumur 2 tahun? Salam ceria Islam menggalakkan kaum ibu menyusukan anaknya sehingga berumur...
- Kanak-kanak 12 tahun ke bawah tak boleh masuk wad pesakit Assalamualaikum, Beberapa hari ni saya agak sibuk kerana ibu mertua...
- Mainan yang selamat untuk kanak-kanak Assalamualaikum, Beberapa minggu lepas sewaktu sedang bersarapan saya tertarik menonton...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.





















