Koleksi terbaru tungku moden
Assalamualaikum,
Beberapa hari lepas ada pelanggan saya yang pernah datang ke rumah bertanya kenapa di laman web tak banyak dipaparkan gambar untuk design tungku moden macam yang ada kat rumah saya tu?
Sebenarnya bukan tak nak letak design terbaru dilaman web, tapi selalu saja tak sempat nak edit gambar tungku tu. Ditambah pula setiap kali stok tungku sampai, mesti design tak sama dengan stok yang lepas.
Tapi tak apa lah, mulai hari ni saya akan cuba update gambar terbaru tungku moden berdasarkan stok terbaru yang ada. Kali ni ada lebih banyak pilihan design dan corak tungku yang boleh anda pilih. Bagi yang tak suka corak bunga-bunga pula, saya baru saja dapat satu design terkini yang lebih kepada corak abstrak dan tak ada bunga.
Berikut ada lah stok design terbaru tungku moden ye :
1. Tungku moden - dengan corak bunga ros peach & merah
2. Tungku moden - corak bunga kuning
3. Tungku moden - dengan corak bunga matahari
4. Tungku moden - corak bunga mawar merah & biru
5. Tungku moden - corak abstrak
6. Tungku moden - corak bunga tulip
7. Tungku moden - corak bunga oren
8. Tungku moden - corak bunga campur abstrak (merah)
Haa… banyak pilihan yang ada bukan? Tapi ada antara design tungku ni yang belum saya masukkan dalam laman web saya di www.mamamodern.com. Insya allah sehari dua lagi sempatlah saya masukkan kesemua design yang ada.
Bagi pelanggan yang datang ke rumah saya, selalunya saya keluarkan semua corak yang ada dan biarkan mereka pilih sendiri corak mana yang berkenan dihati. Yang kelakar tu bila dua-dua (suami dan isteri) dok berebut nak pilih corak lain-lain. Kena lah undi atau buat one two some. Tapi kalau ikut saya senang aje, ambik je semua corak yang masing-masing dok berkenan tu…he..he…
Lagi pun tungku moden ni memang mudah digunakan dan sangat membantu ibu-ibu untuk bertungku dengan lebih mudah dan selamat sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Pendek kata, kalau setakat nak bertungku tu tak payah ke dapur pun tak apa. Caj je tungku moden kat dalam bilik. Tunggu dalam 6 ke 8 minit, lepas tu dah boleh guna.
Bagi saya sendiri, bila badan rasa macam sejuk-sejuk saya akan bertungku sekejap untuk panaskan badan terutama dimusim hujan macam sekarang ni. Kadang-kadang tu anak lelaki saya tolong cajkan tungku untuk saya.
Bagitu juga dengan anda, jika anda ada anak yang dah berumur 6 tahun keatas dan dah boleh disuruh buat kerja-kerja yang mudah, anda boleh minta anak untuk tolong panaskan tungku sewaktu didalam tempoh anda berpantang. Lagipun secara psikologi anak-anak akan rasa diri mereka lebih dihargai bila kita minta tolong buatkan sesuatu kerja, terutama disaat mereka ‘terasa macam tersisih’ sebab mama dan papa nya dok sebuk melayan baby baru saja. Tapi semestinya untuk kali pertama dan kedua tu anda ajar anak anda cara caj tungku dengan betul dan selamat ye…
Okey lah, itu saja untuk kali ini. Insya allah kita jumpa lagi di posting yang akan datang. Ada beberapa produk terbaru yang akan saya umumkan tak lama lagi. Buat masa ni saya perlukan masa sikit untuk tangkap dan edit gambar-gambar produk tersebut supaya anda boleh lihat dengan jelas di skrin komputer anda
Wasalam
Kak Faz
Related posts:
- Testimoni terbaru bengkung moden Salam Ceria Hari ini saya ingin berkongsi testimoni terbaru (baru...
- Testimoni terbaru dari pengguna bengkung moden Salam & Hello Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi...
- Herba Mandian Aura Percuma! Salam ceria pembaca blog bengkung moden, Hanya sedikit pengumuman dari...
- Nursing Bra baru di mamamodern.com Assalamualaikum, Hari ini saya hanya nak berkongsi berita tentang ketibaan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.



























Lin memerlukan tungku ni dengan kadar segera. macamne ek? lin tinggal di sungai udang melaka..if lin beli secara online, bagaimana caranye?harap dapat beri panduan..
salam kak faz, nak tanya berapa yek harga tungku2 nie.. macam mudah je .. tq.
Salam Noor & mamacirah,
Sila klik pada perkataan tungku moden (yang warna merah tu…). Akak dah letak link ke page untuk tungku moden kat situ.
salam,
berapa harga tungku moden akak ni..
Assalam Aida,
Sila klik di link berikut untuk info lanjut
>> http://mamamodern.com/product_info.php?products_id=62&/Package%20Modern%20Tungku%20&%20Aura%20Herbal%20Bath