Pendarahan selepas bersalin

by fazidah on August 28, 2008

Salam Semua :)

Agak lama saya tidak buat apa2 posting disini. Sebenarnya saya agak sibuk dengan kerja-kerja dibelakang tabir. Tambahan pula bidang IT bukanlah bidang yang saya mahir dan memerlukan kesabaran yang tinggi bagi saya yang masih baru.

Okay, untuk hari ni saya ingin berkongsi artikel berikut yang dipetik dari Utusan Malaysia keluaran 9/3/2008 yang mana soalan dari pengirim telah dijawab oleh DR. PAKAR: Dr. NORLEEN MOHD SALLEH (Doktor Pakar Perbidanan & Sakit Puan Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam)

Cebisan uri tertinggal di dalam rahim

DOKTOR,

SAYA berumur 24 tahun dan telah melahirkan anak sulung pada April 2007. Habis berpantang di Kuala Lumpur, saya pulang ke Kuantan. Namun, selama tiga bulan kemudiannya pendarahan masih tidak berhenti. Saya berulang alik ke hospital sebanyak dua kali, tetapi doktor menyatakan gambar imbasan rahim saya tidak menunjukkan sebarang masalah.

Beberapa hari kemudian badan saya menjadi lemah, sakit sendi dan sesak nafas. Saya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur dan didapati serpihan uri tertinggal di dalam rahim. Selepas mencuci rahim, saya kerap sakit perut dan hulu hati sehingga menyebabkan saya sesak nafas dan kekejangan otot malah sakit belakang.

Sudah dua bulan rahim saya dicuci tetapi saya masih sakit belakang, sesak nafas dan kejang kaki dan tangan. Doktor menyatakan oksigen berlebihan di dalam badan. Doktor menyuruh saya mengawal pernafasan tetapi saya tetap sesak nafas dan kejang kaki serta tangan. Berat badan saya turun sehingga 12 kilogram menyebabkan saya berasa hendak pitam dan pening.

Saya telah membuat ujian darah untuk mengetahui sama ada saya ada kencing manis, darah tinggi atau darah rendah. Keputusannya semua penyakit itu tiada. Saya harap doktor dapat menerangkan mengenai penyakit saya ini dan apakah rawatan yang perlu saya lakukan.

– LYZA, Kuantan.

JAWAPAN:

Mengikut penjelasan yang diberikan, anda mengalami masalah dikenali sebagai ‘retained placental tissue’ yang merupakan komplikasi kelahiran yang boleh berlaku walaupun selepas pembedahan cesarean.

Namun, masalah ini lebih kerap berlaku di kalangan ibu yang melahirkan anak secara kelahiran biasa. Selepas menjalani prosedur mencuci atau D&C, selalunya pendarahan akan teratur semula. Gejala sesak nafas, pedih hulu hati dan sakit perut yang anda alami pula mungkin adalah tanda gastritis (gastrik).

Masalah lain seperti sakit belakang, kejang otot kaki dan tangan mungkin menandakan terdapat sedikit masalah saraf atau elektrolit yang tidak seimbang. Perasaan ingin pitam dan pening mungkin berkait rapat dengan tekanan darah rendah atau kurang darah merah akibat pendarahan yang berpanjangan sebelum D&C dilakukan. Lebih sesuai jika anda berjumpa pakar perubatan am untuk ujian lebih lanjut dan yang lebih spesifik termasuk ujian kaji saraf.

Okay, semoga artikel diatas memberi manfaat buat anda :)

Kak Faz

Pendarahan selepas bersalin by

{ 2 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: