Gambar parut luka cesarean – part 2

by fazidah on January 30, 2009

Salam ceria :)

Hari ini kita teruskan dengan part 2 – parut luka cesarean beberapa minggu dan bulan selepas pembedahan.

1. Gambar diatas ialah parut cesarean yang mana pembedahan dilakukan dengan cara melintang. Kebiasaannya cara pembedahan ini sangat jarang dilakukan kecuali atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan seperti bayi yang terlalu besar dan kedudukan bayi menyebabkan pembedahan melintang tidak dapat dilakukan. Namun dengan kemajuan teknologi perubatan kini, cara pembedahan menegak seperti ini tidak digalakkan lagi kerana ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak sewaktu pembedahan dan risiko terkena jangkitan kuman pada luka pembedahan adalah sangat tinggi berbanding pembedahan cara melintang.

2. Ini adalah gambar parut cesarean yang telah pulih sepenuhnya.

3.  Gambar ini diambil 8 bulan selepas pembedahan cesarean. Luka telah pulih sepenuhnya tetapi warna parut masih kelihatan kemerahan

4. Dan ini gambar parut cesarean selepas beberapa tahun.

Okey, tunggu posting ke 3 saya untuk gambar luka cesarean yang dijangkiti kuman. Part 3 ni penting terutama bagi mereka yang tidak pernah mempunyai pengalaman bersalin cesarean sebab selalunya mesti ada yang tak pasti sama ada luka terkena jangkitan atau tidak.

hhmmm… rasanya posting untuk part 3 tu nanti saya akan buat awal sikit supaya anda tidak tertunggu-tunggu ;)

Kak Faz

Gambar parut luka cesarean - part 2 by

{ 4 comments… read them below or add one }

yana June 28, 2012 at 3:25 pm

luka parut cesarean yg gambar no 2 tu mmg normal ke?? sbbsaye nyer luka mcm tu?

rosliana June 28, 2012 at 3:36 pm

salam,

saya nak tanye, saya punya luka lebih kurang macam gamba no2, masih merah tapi bila ditekan xsakit…perlu ke saya jumpa doc?

fazidah July 17, 2012 at 11:46 am

wslm, keringkan pakai ubat pusat baby dulu ye puan :)

fazidah August 2, 2012 at 12:28 pm

Ye :)

Leave a Comment

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: