Tips memilih set bersalin – yang mana satu ye?

by fazidah on November 17, 2009

Assalamualaikum,

Ramai yang bertanya kepada saya set bersalin manakah yang terbaik untuk diambil selepas bersalin?

Bagi mereka yang baru saja pertama kali merasai pengalaman hamil, boleh keliru juga nak pikir set bersalin mana satu yang nak dipilih? Lagi bertambah pening bila macam-macam pendapat yang diberikan oleh orang-orang sekeliling dan yang dibaca di internet. Tapi apa-apa pun, keserasian set bersalin sebenarnya bergantung kepada individu juga. Sebab itu lah ada macam-macam set bersalin di pasaran pada masa kini.

Jika anda juga masih keliru, cuba pertimbangkan faktor berikut sewaktu membuat pilihan untuk set bersalin :

  1. Berapa bajet anda untuk set bersalin saja? Ini perlu dipertimbangkan kerana banyak lagi barang lain yang perlu anda siapkan untuk menyambut kelahirang orang baru.
  2. Adakah anda jenis yang boleh makan ubat dan air akar kayu yang pahit atau sebaliknya? – Ada orang tak kisah untuk makan dan minum ubat yang pahit banyak kali. Ada orang pula (contohnya saya sendiri) sekali dua kali boleh la… Kalau sehari 5 kali, alamaaakk tak boleh la… Tak tertelan dek tekak ni. Jika anda juga seperti saya, anda perlu fikirkan set bersalin alternatif yang tidak pahit dan mudah untuk anda ambil sewakt didalam tempoh berpantang.
  3. Situasi dan keadaan anda – maksud saya, adakah anda perlu berpantang sendiri, tak ada sesiapa melainkan anda, suami yang hanya cuti seminggu atau beberapa hari saja, anak-anak dan bayi yang baru berumur beberapa hari yang perlu anda jaga? Jika anda berada di situasi ini, saya cadangkan anda mempertimbangkan untuk mencari alternatif untuk set bersalin yang mudah untuk diambil tetapi efektif dan boleh membantu anda cergas dan kuat selepas bersalin. Tetapi jika anda ada pembantu rumah, ibu, mertua dan saudara mara yang datang menolong, biasanya tiada masalah untuk anda mendapatkan set bersalin yang memerlukan anda rebus, minum, rebus lagi… dan minum berulang kali atau jamu yang memerlukan anda ambil beberapa kali sehari.
  4. Alahan dan alergi kepada ubat - bagi sesetengan individu ada yang tidak boleh ambil jamu yang kuat dan panas. Kesan nya mereka akan rasa gatal dan keluar ruam diseluruh badan. Jika anda tergolong diantara individu seperti ini, sebaiknya anda cuba elakkan jamu tetapi dapatkan set bersalin alternatif seperti set homeopati.
  5. Berapa lama anda perlu tinggal di hospital? Jika sekiranya selepas bersalin anda perlu tinggal lebih lama di hospital disebabkan oleh keadaan tertentu contohnya bayi perlu ditahan disebabkan oleh masalah dan komplikasi sewaktu bersalin, ini bermakna anda perlu mendapatkan set bersalin yang mudah untuk diambil. Ini sebenarnya terjadi kepada diri saya sendiri sewaktu melahirkan anak pertama. Oleh kerana melalui tempoh bersalin yang lama, bayi saya perlu ditahan di wad selama seminggu. Sebagai seorang ibu tak sampai hati pula rasanya nak balik ke rumah dan tinggalkan anak dihospital. Pada waktu itu saya bersyukur kerana telah memilih set bersalin homeopathy yang mudah untuk diambil, hanya perlu masukkan ke dalam mulut dan kemam saja. Kalau tak ada air pun saya masih boleh ambil set bersalin ini tanpa masalah. Bagi mereka yang berada dalam situasi ini,  ingin saya ingatkan bahawa jika anda perlu tinggal lama dihospital itu tidak bermakna anda tidak boleh mengambil set bersalin seperti biasa. Pengambilan set bersalin sewaktu tempoh berpantang sangat penting untuk membantu anda agar kembali sihat dan kuat – tidak kiralah sama ada anda bersalin normal atau secara pembedahan. Yang penting adalah cuba dapatkan alternatif dan bertukar kepada set bersalin lain jika situasi dan keadaan anda ketika itu tidak mengizinkan anda untuk mengambil ubat atau akar kayu  yang memerlukan ia direbus sebelum boleh diminum.

Diharap tips diatas membantu anda. Jika ada diantara anda yang nak tambah dan berkongsi tips bagi memilih set bersalin yang sesuai, sila letak dibahagian komen ye :)

Kak Faz

Tips memilih set bersalin - yang mana satu ye? by

{ 10 comments… read them below or add one }

diana November 17, 2009 at 11:05 am

ass’kum kak faz. nak tanya la…masa kita tgh pregnant ni, kilang susu badan dh mula proseskan susu kan. tapi semalam, saya try perah keluar, takde pun setitik yg keluar. sebelum ni saya penah perah sikit..ada keluar.tetiba semalam tak keuar plak. tersumbat ke kak?kalau tersumbat, nak buat camna ek.

Faz November 20, 2009 at 4:34 am

Waalaikummussalam,

Tak per, usah risau. Masa pregnant memang tak ada susu lagi sebab susu hanya akan keluar bila kita bagi baby hisap. Pengeluaran susu kan based on demand & supply. Kalau bagi baby hisap, insya allah nanti keluarlah susunya :smile:

Ladynoe November 30, 2009 at 2:03 pm

Assalamualaikum kak Fazidah, saya yang call tanya akak tinggal kat mana & makan jamu apa tadi.

Salindah tu cepat tak menguruskan badan?

Faz December 5, 2009 at 3:15 am

Waalaikummussalam,

Akak makan okey jer… Coba lihat gambar ku itu :mrgreen:

Tapi apa-apa pun, pakai bengkung pun sangat pentig juga masa dalam pantang. Kalau tak pakai nanti lambat pula nak kurus

Yati April 28, 2010 at 3:53 pm

Salam kak faz,

Untuk ibu bersalin yang berpantang sendiri apakah jenama set bersalin yang sesuai.

fazidah May 14, 2010 at 5:30 am

Wslm Puan,

Ada macam-macam jenama kat luar tu dan ikut berapa bajet puan. Tapi kalau nak senang makan dan tak perlu rebus-rebus (kalau tak ada air pun boleh je telan tanpa masalah), akak rekomen set salindah.

atul May 22, 2010 at 6:28 pm

salam,
saya nak tanye saya pregnant anak pertama.
xtahu langsung pasal bersalin2 ni atau set2 bersalin tuk jaga badan dan kesihatan.. tapi mmg selalu dgr pasal ni..
mesti ke kita ambil pil2/set bersalin/akar2 kayu ni?? ada ibu dalam pantang guna ape tu namanye yg berat giler tu, tungku ke ape tah… perlu ke?
saya kene get ready… dah 7bulan kandungan ni.. :grin:

inas May 24, 2010 at 9:15 am

Salam kak,

set salindah tu bape harga nye? ada byk ubat tak dalam set tu?

nz May 22, 2011 at 5:19 pm

Salam kak… Saya mengandung anak pertama dan betul2 takut Akan kegemukkan…
Saya baru mengandung 7 minggu tapi dah focus cari selepas bersalin..
Kalau budget x de masalah.. Ape yg akak betul2 syorkan set bersalin?
Saya harap akak blh tlg sy.. Tq… :???:

qisya December 8, 2011 at 2:41 pm

Kak.. ada tak set bersalin yang harga dia bawah 100? suami saya bukanlah orang yang kaya, kalau boleh tak mahulah saya nak bebankan dia dengan kos-kos yang mahal-mahal ni…

Leave a Comment

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: