Cara Mudah Untuk Maintain Perut Yang Kempis

Salam Ceria ๐Ÿ™‚

Hari ini saya ingin berkongsi tips untuk maintain perut yang kempis bagi mereka yang telah berjaya mengempiskan perut. Almaklum lah… dah penat berusaha, kadang-kadang tu bila dah berjaya kempiskan perut, rasa malas tu kadang-kadang menjengah juga dalam diri.

Okay, cara-cara mudahnya ialah :

1. Buat senaman

He..he.. he… ini bukan cara mudah juga sebenarnya. Mana ada masa nak bersenam selalu. Kalau begitu, jadikan sebahagian dari aktiviti harian anda sebagai senaman. Kira macam 2 in 1 gitu. Caranya :

(a) Bagi yang bekerja, jika anda naik LRT, Komuter, Monorel, bas atau mana-mana public transport, setiap pagi sewaktu nak ke stesyen LRT, bas etc… cuba jalan laju-laju dan cepat-cepat. Lepas tu, bila dah turun dari public transport tu, kalau nak kena berjalan ke office pulak, cuba jalan laju-laju jugak. Tak berpeluh pun tak apa, at least kita dah buat something untuk hari tu. Tahukah anda, berjalan laju juga membantu jantung untuk pam darah dengan lagi cepat? Jadi, secara tidak langsung, ia bagus untuk jantung anda dan membantu mengelakkan serangan jantung.

Waktu petang lepas balik kerja, lakukan perkara yang sama. Begitu juga sewaktu ditempat kerja, kalau nak pergi ambik fail, pergi photostate paper, pergi pantry buat air.. jalanlah laju-laju.

(b) Bagi yang tidak bekerja, cuba lakukan kerja rumah anda dengan pantas. Kalau jemur baju, cuba buat cepat-cepat seolah-olah macam terkejar-kejar. Sama juga, bila sapu sampah, sapulah laju-laju. Mesti berpeluh lepas tu. Tapi jangan sampai terjatuh pulak ye.

2. Pakailah bengkung moden selalu ๐Ÿ™‚

Tapi kalau anda dah pun berjaya kempiskan perut, cuba pakai bengkung moden diwaktu-waktu tertentu untuk pastikan perut dan saiz pinggang anda tidak naik :

(a) Pakai bengkung moden untuk 5 ke 7 hari berikutnya apabila anda makan banyak pada hari tersebut. Err… Ini rahsia saya sebenarnya… Kerja full time saya sekarang kadang-kadang memerlukan saya berjumpa pelanggan. Ada waktunya, perlu belanja customer makan. Kalau makan buffet set, memang banyaklah nak kena makan sebab kalau tak makan rugilah bayar mahal-mahal. Diwaktu yang lain pulak, orang belanja makan pun ada.. hu..hu… Lagipun saya memang suka makan ๐Ÿ™‚ Jadi malam itu dan malam berikutnya, saya sapu gel sireh slim dan pakai bengkung moden selama beberapa malam berturut-turut. Dah makan banyak kenalah buat sesuatu untuk maintain perut.

(b) Bila bulan mengambang (time period aka bendera jepun), pakailah Bengkung Moden. Kalau nak best lagi, sapu gel sireh slim sekali. Waktu period, rahim kita mengembang dan jika anda perhatikan, perut juga agak extra buncit dari biasa. So, this is the best time to make it flatter. Kalau nak best lagi, pakai Bengkung Moden dan gel sireh slim siang dan malam disepanjang waktu period. Kalau rajin, sambunglah pakai Bengkung Moden even lepas period dah habis.

Pesanan akhir saya, mencegah lebih baik dari terlambat. Sebab bila perut dah buncit, susah juga nak kempis balik sebab ia memerlukan DISIPLIN, KESABARAN DAN USAHA YANG BERTERUSAN. Bagi yang masih berusaha untuk kempiskan perut, teruskan usaha anda sampai berjaya. Kerana bila anda berjaya, saya juga turut gembira. Bayangkan anda berjaya kempiskan perut dan bergaya dengan kebaya di majlis kenduri kawin. Cik Abang disebelah pun rasa best je tengok isterinya berkebaya.. oh…

Good Luck!

Kak Faz

Makanan ibu dalam pantang – Petua orang dulu-dulu

Salam,

Berikut adalah petikan artikel dari Utusan Malaysia yang dikeluarkan pada 15/5/2007.

Semoga ia menjadi panduan berguna buat ibu dan bakal ibu yang akan bersalin tidak lama lagi.

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Okay, itu saja untuk kali ini.

Kak Faz

Gel Sireh Slim – Panas ???

Salam dan Hi… ๐Ÿ™‚

Sesiapa yang pernah beli gel sireh slim dari website saya di www.bengkungmoden.com pasti tahu gel sireh slim tu beeeesssttttt……… sebab boleh pakai waktu pergi kerja di office.

So, bagi mereka yang dah beli JLo, Estee Lauder, Isse Miyaki, Avon, Body Shop ect..ect..ect.. tak perlu risau untuk pakai perfume anda sebab gel ni tak berbau.

The only draw back is kalau kerja sentiasa dalam bilik berhawa dingin, kesannya agak lambat sebab gel ni membakar lemak apabila kita banyak bergerak dan berada dikawasan yang tidak berhawa dingin.

Okay.. okay.. maaf sebab dah macam over promote pulak.

Sebenarnya hari ni saya nak bagi tips macam mana tak nak bagi rasa panas dan hangat melekat di tangan setiap kali selepas menyapu gel sireh slim.

Caranya…

Cover tangan anda dengan plastik nipis setiap kali sebelum menyapu gel ke perut atau kawasan yang anda nak hilangkan lemak dan selulit. Jadi tangan anda tidak panas lagi ๐Ÿ˜‰

Tips ini saya rasakan penting terutama bagi mereka yang memakai gel sireh slim sewaktu didalam tempoh berpantang sebab takut nanti panas tu melekat pada baby pulak. Kesian baby awak tu nanti. Gara-gara ibunya nak kempiskan perut, baby pulak jadi mangsa gel sireh slim.. he..he..

Okay. Itu saja untuk kali ini.

Kak Faz

Testimoni Bengkung Moden

Salam ceria ๐Ÿ™‚

Hari ini saya ingin berkongsi salah satu email yang diterima dari “bakal” pelanggan saya (Umie) tentang Bengkung Moden.

Berikut adalah email beliau dan jawapan dari saya.

Soalan 1 : Akak…saya baru jer pregnant 2 bulan anak ke 3. Nak tanya lah kan… kalau bersalin normal cara pemakaian nya tetap same ke… ? Ke mcm mana? Saya nak survey…. please advise ye..TQ

Jawapan 1 : Salam Umie,

Bersalin normal pun boleh pakai… tak ada masalah sebab bengkung ni boleh guna untuk macam-macam.

Cara pemakaiannya sama saja dengan bersalin normal sebenarnya sebab kalau bersalin normal pun digalakkan naikkan lutut sebelum pakai bengkung supaya peranakan berada dikedudukan asal dan tidak ditekan kebawah.

Yang part letak tisu tu pun sama, bersalin normal pun boleh guna cara yang sama. Bagi akak lapik dengan tisu lebih baik dari lapik dengan kain sebab kalau lapik dengan kain, tak boleh tukar selalu sangat kecuali kita ada kain lapik yang banyak dalam 3 ke 4 helai. Kalau lapik dengan tisu ni, tiap kali lepas mandi boleh letak tisu baru.

Harap menjawab soalan ye ๐Ÿ™‚

Soalan 2 : Thanks a lot ye kak. Memang saya berkenan kat bengkung ni dah lama dah. Jaya yang dalam testimoni akak tu kawan saya. Saya lah yang bagi tau kat dia pasal bengkung akak ni. Saya tengok dia pakai. Sekarang ni dia dah boleh pakai kebaya dah…tu yang saya terpikir nak pakai bengkung akak juga. Yelah… saya ni kalau berpantang tak ada sape yang nak jaga…

Jawapan 2 : Terima kasih lah sebab introduce Jaya kat web akak ๐Ÿ™‚

Akak tau memang susah masa berpantang bila tak ada orang tolong jaga. Kalau pakai bengkung ni, settle lah part bengkung tu sebab cepat je siap. Kalau yang ikat tali tu alamat adalah yg tak sempat pakai.

Nota : Semalam saya menerima email dari Umie menyatakan beliau keguguran ๐Ÿ™

Kepada Umie, akak doakan Umie tabah dan tidak jemu berusaha untuk mendapatkan cahaya mata lagi.

Kak Faz

Halia Punca Bayi Jaundis

Hi semua ๐Ÿ™‚

Hari ini saya ingin petikan artikel dari Majalah Isihat keluaran Julai 2008 – dimana penulisnya Norimanah Seman telah menemuramah dan mendapatkan pandangan dari Dr Azam Mohd Nor (Pakar Kanak-kanak Hospital Pusrawi) mengenai punca Jaundis.

Ikuti artikel dibawah…

Ada orang tua-tua berpesan bahawa jangan terlalu banyak makan hati ayam dan organ dalamannya seperti hati, pedal dan jantung kerana akan menyebabkan jaundis pada bayi. Namun sejauh mana kebenarannya dakwaan itu.

Menurut doktor Azam, pemakanan ibu semasa hamil tidak ada kaitan langsung dengan jaundis pada bayi. Selain itu Dr Azam juga menasihatkan ibu agar makan makanan yang seimbang untuk melahirkan bayi yang sihat.

“Cuma pemakanan ibu semasa pantang boleh menjadi penyebab jaundis. Jamu memang telah dikenal pasti boleh sebabkan jaundis pada bayi. Boleh makan jamu tapi jangan ambil awal sangat sewaktu didalam pantang kerana ia boleh jejaskan funsi hati”.

Selain jamu, halia juga dikenal pasti boleh sebabkan bayi jaundis. Ini kita sudah kenal pasti biasanyaa kaum Cina yang banyak makan halia didalam hidangannya semasa pantang boleh sebabkan jaundis.”

Kata Dr Azam, selain daripada makanan yang disebut tadi memang tidak ada makanan lain yang boleh menyebabkan jaundis. Dan pencegahan diperingkat awal semasa mengandung memang tidak berkesan langsung kerana ia tidak ada kaitan denagn makanan ibu hamil.

Tambahnya jaundis tidak berpunca dari makanan tetapi oleh beberapa sebab yang boleh dikaitkan antara cephalllohematona, ketidakserasian ABO, G6PD, fisiologikal dan masalah hati.

Okay… itu saja buat kali ini.

Pesanan akhir saya, anda boleh gantikan halia dengan lada hitam dan bawang putih sebab pengambilan lada hitam dan bawang putih juga membantu memanaskan badan selepas bersalin.

Kak Faz

TRIPLE F MARKETING(SA0300664-W)