Koleksi Terbaru Nursing Bra di MamaModern.com – part 1

by fazidah on November 27, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Lama sekali saya menyepikan diri dari memberikan tips pada anda semua di blog ini. Sebenarnya banyak info yang masih ingin saya kongsikan tapi ada projek lain yang perlu saya fokus buat seketika sampai sakit kepala juga dibuat nya.

Ok lah, untuk hari ni saya cuma nak umumkan tentang koleksi terbaru nursing bra yang kini ditawarkan oleh mamamodern.com.

1. Bra menyusu Bra Gilligan & O’malley

 

 

Gilligan & O’malley ada lah satu jenama untuk pakaian dalam dari USA.

Untuk breastfeeding bra ni, buat masa sekarang hanya ada dalam warna putih dan hitam dan ditawarkan dalam saiz berikut :

Warna hitam : 34B , 34C, 34D, 36C, 36D, 38C, 38D

Warna putih : 34B, 36B,38B

Apa yang best tentang bra ni..?

  • Ditawarkan dalam warna hitam dan warna putih. Kedua-dua warna ni (terutama warna hitam) adalah antara warna kesukaan ramai.
  • Ada span di bahagian cup bra untuk mengelakkan dari puting anda dari kelihatan terutama jika memakai baju yang ketat. Jadi dengan nursing bra ni anda tak perlu risau jika pakai t-shirt yang ketat. Oh ya, bra ni juga sebenarnya macam t-shirt bra tapi span nya masih lembut untuk memudahkan anda membuka di bahagian cup sewaktu nak menyusukan bayi anda.
  • Disebabkan oleh span nya juga, bra ni tak kan menyebabkan anda terasa seperti ‘penyet’ walau pun tak ada underwire / besi.
  • Menggunakan material yang berkualiti tapi pada harga yang berpatutan

2. Maternity Bra Seroja – dengan underwire yang boleh di buka dan di pasang semula

 

 

Pregnancy Bra ni ditawarkan dalam pilihan saiz berikut : 34C, 34D, 36C, 38C, 38D, 38DD, 42D

Secara peribadi, kali pertama saya tengok bra ni terus saya suka disebabkan oleh ciri-ciri yang ditawarkan :

  • Ada lace di bahagian cup dan dibuat dari kain berkualiti
  • Besi atau di panggil juga underwire yang buleh dibuka dan dipasang semula. Jadi anda ada pilihan sama ada nak pakai bra menyusu ni dengan besi atau tanpa besi. Besi ni juga mudah dibuka dan dipasang semula. Yang penting.. bila dah buka besinya jangan lah hilangkan pula ye. kalau dah hilang tak de ganti lah jawabnya..he..he..
  • Nampak mahal – ye.. kalau anda cari di pasar raya atau di mana-mana kedai yang jual maternity bra, biasanya harga yang ditawar agak mahal kerana material yang digunakan adalah dari jenis yang berkualiti.
  • Menyediakan pilihan cup yang bersaiz besar (sampai cup DD)

Untuk info lanjut dan tempahan un tuk bra menyusu, sila ke www.mamamodern.com

Bersambung esok…

Kak Faz

ps : ada pelanggan yang tanya semalam, kenapa jual bra Seroja tu murah je… ;)

pps : sudi-sudikan untuk share dan klik like di FB anda

Koleksi Terbaru Nursing Bra di MamaModern.com - part 1 by

{ 5 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: