Morning sickness / alahan – bagaimana untuk atasinya

by fazidah on June 4, 2009

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin menjawab soalan dari Lina Ramli tentang bagaimana untuk mengatasi morning sickness atau pening, loya dan mabuk sewaktu diawal tempoh kehamilan.

Dari apa yang saya pernah baca, antara sebab terjadinya morning sickness kerana pertukaran hormon akibat dari kehamilan. Tapi dari satu sumber lagi yang saya baca (terlupa kat mana) morning sickness juga berkait rapat dengan faktor genetik. Jika emak dan kakak anda mengalami morning sickness, kemungkinan untuk anda juga mengalaminya adalah tinggi. ATAU… jika emak dan kakak anda okey saja dan tak alami sebarang masalah sewaktu diawal kehamilan, TETAPI disebelah suami anda pula ada sejarah morning sickness, maka kemungkinan untuk anda mendapatnya juga adalah tinggi.

Tapi bagi mereka yang pernah mengalaminya (termasuk saya… ) ia adalah tempoh yang sungguh menyeksakan. Badan terasa letih, sakit kepala dan sangat sensitif kepada bau. Pada tempoh ini juga, selera makan memang tak ada dan susah untuk makan. Bagi kes yang sangat teruk pula, ada yang sehingga perlu dimasukkan kehospital kerana masalah dehidrasi dan kekurangan air yang teruk sewaktu dalam trimester pertama kehamilan.

Bagi saya sendiri, tiada cara yang benar-benar berkesan yang dapat mengatasi masalah ini. Tapi tips berikut mungkin dapat membantu mengurangkan pening dan rasa loya di sepanjang tempoh sukar ini :

  1. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap
  2. Elakkan dari mengambil makanan yang berminyak dan berempah. Tetapi gantikan dengan makanan yang tidak berminyak seperti roti an biskut
  3. Bawa kismis kemana saja anda pergi dan jadikan ia sebagai snek sampingan
  4. Minum air dengan banyak untuk mengelak dari kekurangan air dalam badan. Kalau  tak boleh minum air kosong, gantikan dengan air dan jus buah-buahan
  5. Ambil buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, belimbing, betik dan tembikai susu. Selain dari kandungan air yang tinggi, ia juga kaya dengan vitamin C dan boleh membantu anda terasa lebih segar.
  6. Elakkan dari bau yang kuat kerana ia boleh menyebabkan anda pening kepala
  7. Jika berpeluang, bercutilah bersama keluarga dan pasangan ke tempat peranginan terutama yang berhampiran dengan pantai. Angin dan udara segar dari laut pasti membantu anda terasa lebih segar

Morning sickness biasanya akan berakhir selepas 13 minggu anda hamil kecuali bagi mereka yang mengalami masalah alahan yang teruk yang mungkin perlu melaluinya sehingga 6 bulan hamil.

Diharap tips diatas membantu Lina ye ;)

Kak faz

Morning sickness / alahan - bagaimana untuk atasinya by

{ 4 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: