Merawat bayi jaundis / jaundice

by fazidah on March 9, 2009

Salam ceria semua :)

Bertemu lagi kita di posting kali ini. Sebenarnya saya offline beberapa hari lepas kerana perlu balik kampung dengan segera. Ada hal kecemasan yang perlu diselesaikan. Bagi mereka yang telah menghantar email kepada saya, maaf kerana masih belum membalas email anda. Semua email anda akan saya balas hari ini ;)

Untuk posting hari ini saya ingin berkongsi tips yang saya berikan kepada pelanggan saya tentang jaundice atau demam kuning kepada bayi. Semalam saya menerima sms dari seorang pelanggan saya yang bertanya apakah ubat paling berkesan untuk merawat jaundis atau demam kuning kepada bayinya. Katanya dia dah cuba berbagai cara termasuk memberikan bayi minum susu kambing, mandi daun belimbing, minum glucose… semuanya tak berkesan. Dah dibawa bayi ke hospital juga tapi kena bawa balik ke rumah sebab tak cukup lampu dihospital.

Saya pasti sebagai seorang ibu, pelanggan saya ini risau dan tertekan dengan keadaan ini. Dan disaat sebegini, apa saja cara yang dicadangkan pasti akan dicuba. Disini saya kongikan tips yang telah saya berikan kepada pelanggan saya itu untuk tatapan anda juga. Bagi bayi menghidap jaundis yang ringan, rawatan boleh dilakukan sendiri dirumah dengan cara menjemur bayi dibawah panas matahari pagi¬† (seeloknya dari jam 7 pagi hingga 8 pagi). Sewaktu bayi dijemur, tutuplah mata bayi dengan kain, dan bayi hanya dipakaikan lampin sahaja… baju dan seluar tak payah bagi pakai ye. Juga, susuilah bayi dengan susu ibu sekerap yang boleh kerana susu ibu adalah yang terbaik bagi membantu bayi anda agar sembuh dengan lebih cepat. Jika bayi tidur, kejut bayi anda untuk disusukan. Bagi ibu pula, elakkan dari mengambil jamu dan halia sepanjang tempoh bayi anda mengalami demam kuning kerana pengambilan jamu dan halia boleh menyebabkan kuning bayi anda bertambah serius.

Selain dari berkongis tips diatas dengan pelanggan saya itu, saya juga berjanji untuk mencari semula nombor telefon sebuah syarikat yang menyediakan khidmat menyewa lampu fototerapi untuk bayi yang menghidap jaundice. Lama jugalah saya godek fail lama dirumah… Maklumlah, nombor telefon tu saya dapat 5 tahun lepas. Nasib baik jumpa juga akhirnya :)

Bagi yang belum tahu, sebenarnya terdapat sebuah syarikat yang menyediakan khidmat menyewa lampu fototerapi bagi bayi jaundis. Dan servis yang diberikan bukan sekadar sewa lampu sahaja tetapi juga penghantaran dan pemasangan lampu dirumah anda, consultancy dan khidmat nasihat tentang tentang penjagaan dan keselamatan bayi anda semasa rawatan fototerapi dijalankan. Ini merupakan alternatif terbaik terutama jika anda menghadapi situasi seperti pelanggan saya diatas yang tidak dapat meninggalkan bayinya dihospital kerana tidak cukup lampu.  Memberikan rawatan fototerapi kepada bayi anda dirumah juga sangat membantu jika anda ingin menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu agar penyusuan susu ibu tidak terganggu. Untuk khidmat sewa lampu fototerapi, anda boleh hubungi Encik Ridha di no. tel 03-7957 8137 atau di talian 012-395 1311. Anda juga boleh layari laman web beliau di link ini >> sewa lampu untuk bayi jaundis <<

Tetapi bagi sakit kuning atau jaundice yang teruk, sememangnya perlu untuk bayi dirawat dihospital kerana jaundis yang serius boleh mengundang kerosakan kepada otak bayi akibat dari paras kepekatan bilirubin yang tinggi dan berada lama di dalam darah.

Kak Faz

Merawat bayi jaundis / jaundice by

{ 1 comment… read it below or add one }

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: