Tips menghilangkan lemak selepas bersalin

by fazidah on March 25, 2009

Salam ceria :)

Hari ini saya ingin berkongsi tips bagaimana menghilangkan lemak yang telah terkumpul sepanjang tempoh anda mengandung. Tips ini boleh anda praktikkan sebaik saja selepas bersalin kerana ia mudah untuk dilakukan.

1. Bangun dan berjalan

Biasanya selepas bersalin kita mudah merasa penat dan mengantuk. Namun begitu, sebaiknya anda cuba bangun dan berjalan disekeliling kawasan rumah. Tujuannya adalah untuk membakar kalori dan juga melancarkan perjalanan darah. Bagi mereka yang tidak boleh keluar rumah sewaktu tempoh berpantang, anda boleh cuba naik dan turun tangga selama 15 minit sehari.

2. Menyusukan anak secara exclusive

Setiap kali menyusukan anak, badan membakar antara 600 ke 800 kalori. Jadi, walaupun hanya dengan duduk diam atau berbaring sambil menyusukan anak (ada juga sampai terlelap… he..he…) badan tetap membuang lemak dan membakar kalori. Ini sebenarnya adalah cara yang paling mudah dan murah. Jadi kepad bakal ibu, tetapkan difikiran anda untuk menyusukan anak anda secara exclusive kerana ia juga membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat.

3. Makan snek yang sihat

Seeloknya elakkan makanan yang manis. Sebaliknya gantikan dengan susu rendah lemak dan yogurt. Mengikut kajian kalsium dalam susu dan yogurt membantu mengurangkan berat badan dengan menghalang hormon menyimpan lemak didalam badan. Anda juga boleh mengambil snek yang mengandungi serat yang tinggi seperti kismis, kurma, biskut crackers, sayur dan ulam-ulaman kerana snek yang berserat tinggi membantu sistem penghadaman anda.

4.  Tidur yang cukup

Mendapat tidur yang cukup terbukti boleh membantu mengurangkan berat badan kerana badan tidak perlu lagi mencari sumber tenaga yang lain seperti makanan yang berkalori tinggi dan bergula. Selalunya kitaran tidur bagi mereka yang baru bersalin adalah tidak menentu kerana cuba menyesuaikan masa dengan bayi. Jadi sebaiknya anda tidur sewaktu bayi tidur kerana dengan ini badan dapat menyimpan tenaga. Namun begitu perlu diingatkan agar anda tidak menggantikan masa tidur anda dengan senaman terutamanya diwaktu awal selepas bersalin kerana badan masih lemah. Sebabnya, kalau tidur tak cukup manalah anda ada tenaga nak bersenam.

Selamat menghilangkan lemak!

Kak Faz

Tips menghilangkan lemak selepas bersalin by

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: