Tips melegakan jahitan episiotomi – part 1

by fazidah on December 15, 2009

Assalamualaikum,

Bagi mereka yang bersalin secara normal, mungkin ada antara anda yang pernah merasai bagaimana sukarnya untuk duduk, berjalan, buang air besar dan buang air kecil selama beberapa minggu pertama selepas bersalin kesan dari jahitan episiotomi.

Teringat pula saya sewaktu bersalin kali pertama dulu. Alhamdulillah, saya berpeluang merasai sakitnya bersalin normal sewaktu melahirkan anak pertama. Tapi… alahai.. susahnya nak bergerak lepas bersalin tu. Jalan perlahan-lahan macam geisha jepun yang sopan dan ayu sebab sakit episiotomi.

Pulak tu di rumah sewa saya pada waktu tu tak ada tandas duduk. Bila nak mencangkung untuk buang air punyalah seksa.

Apa dia episiotomi tu ye…? Luka episiotomi adalah potongan yang dilakukan di kawasan perinium sewaktu proses bersalin bagi menyediakan bukaan yang lebih luas untuk bayi keluar.¬† Biasanya doktor akan melakukan potongan secara menyerong di kawasan luar faraj hingga ke punggung dengan menggunakan gunting khas.

Sebelum potongan dilakukan, doktor akan menyuntik ubat penahan sakit (ubat bius) dikawasan perinium bagi mengelakkan anda dari merasa sakit sewaktu episiotomi dilakukan.

Selepas bayi dan uri berjaya dikeluarkan, luka episiotomi akan dijahit.

Sebab kenapa episiptomi dilakukan  oleh kebanyakan pengamal perubatan adalah :

  1. Bayi bersaiz besar dan bahu bayi tersekat – bagi mengelakkan bayi lemas dan mengalami komplikasi, doktor akan melakukan episiotomi sebagai bantuan untuk bukaan perinium yang lebih besar.
  2. Otot perineal yang keras dan tidak anjal
  3. Mengelakkan koyakan berbentuk zig zag dan koyakan yang besar hingga ke dubur yang boleh menyebabkan risiko jangkitan kepada ibu
  4. Apabila berlakunya masalah bayi stres sewaktu proses meneran.

Esok…. kita berkongsi tips untuk legakan sakit episiotomi ni pulak ye :)

Wasalam

Kak Faz

Tips melegakan jahitan episiotomi - part 1 by

{ 2 comments… read them below or add one }

zulina December 9, 2010 at 1:33 pm

dr apa yang saya tahu sebelum episiotomi dilakukan,tidak diberikan ubat bius kerana sakit sewaktu bayi nak keluar lg kuat drpd potongan episiotomi tu…dan ubat bius akan dberikan semasa luka hendak dijahit utk kebaskan bahagian yg hendak dijahit dan saya pernah merasa luka episiotomi dijahit tanpa diberi ubat bius sewaktu melahirkan anak ke 3..dan sememangnya luka tersebut kering dan baik lebih cepat dr luka sewaktu anak pertama dan kedua… :smile:

Kotak Kosong November 1, 2013 at 8:20 pm

Salam tuan rumah.. Sy tersesat singgah di sini.. Mencari pandangan umum berkenaan dengan kerjaya saya. :) Saya ingin respon pada comment Zulina. Mengikut standard of procedure (SOP) sebelum melakukan episiotomy harus diberi ubat tahan sakit (Local Anesthesia), SOP ini diamalkan di tempat saya bertugas :smile:

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: