Masalah Ruam Pada Bayi, Apakah Penyebabnya?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kulit lembut bayi yang masih sensitif harus dirawat supaya terhindar dari berbagai masalah kulit.  Kita pasti tertanya-tanya apakah sebabnya terjadi ruam pada bayi.  Jadi disini kami akan senaraikan beberapa sebabnya :

  1.  Sebab utama ialah lampin yang basah. Biasanya bayi yang baru lahir dan berumur bawah 2 tahun lebih kerap membuang air dan mudah terkena ruam lampin. Ruam lampin terjadi apabila bahan kimia dan ammonia yang dihasilkan oleh air kencing menyebabkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit dimusnahkan. Keadaan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan kulit bayi bertukar kemerah-merahan dan mengalami keradangan.
  2. Apabila bayi mengalami masalah berak-berak (diarrhoe) dengan kerap akan mudah mengalami masalah ruam lampin.
  3. Lampin yang telah dipakai terlalu lama dan tidak ditukar boleh menyebabkan terjadinya ruam lampin.
  4. Bayi yang mempunyai kulit yang sensitif – penukaran lampin yang kerap pun masih boleh sebabkan bayi mengalami ruam lampin oleh kerana masalah kulitnya yang sangat sensitif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *