Masalah ruam pada bayi – apakah penyebabnya…?

by fazidah on July 11, 2009

Assalamualaikum,

Beberapa hari lepas saya menerima sms dari seorang pelanggan saya Puan Roziwati yang bertanya apakah penyebab kepada masalah ruam yang sering terjadi kepada bayi, terutamanya dibahagian punggung dan bahagian yang dipakaikan dengan lampin / pampers – dikenali juga sebagai ruam lampin.

Oleh kerana saya dah janji akan bagi jawapan kepada soalan Puan Rozi di posting blog ni, maka hari ni saya akan tulis pasal isu ni lah.

Antara sebab terjadinya ruam lampin ialah :

  1. Sebab utama ialah lampin yang basah. Biasanya bayi yang baru lahir dan berumur bawah 2 tahun lebih kerap membuang air dan mudah terkena ruam lampin. Ruam lampin terjadi apabila bahan kimia dan ammonia yang dihasilkan oleh air kencing menyebabkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit dimusnahkan. Keadaan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan kulit bayi bertukar kemerah-merahan dan mengalami keradangan.
  2. Apabila bayi mengalami masalah berak-berak (diarrhoe) dengan kerap akan mudah mengalami masalah ruam lampin.
  3. Lampin yang telah dipakai terlalu lama dan tidak ditukar boleh menyebabkan terjadinya ruam lampin (kes malas nak tukar pampers la ni…)
  4. Bayi yang mempunyai kulit yang sensitif – penukaran lampin yang kerap pun masih boleh sebabkan bayi mengalami ruam lampin oleh kerana masalah kulitnya yang sangat sensitif.

Untuk cara-cara merawat ruam lampin, kita sambung diposting esok pulak ye ;)

Kak faz

Masalah ruam pada bayi - apakah penyebabnya...? by

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: