Masalah ruam lampin – penjagaan dan pencegahan

by fazidah on July 12, 2009

Assalamualaikum,

Hari ni kita sambung lagi untuk isu ruam lampin ni.

Kali ni cara-cara untuk mengubati masalah ruam lampin pula iaitu :

1. Tukar lampin dengan kerap. Maknanya kena check selalu la terutama untuk kes bayi yang tengah ada masalah berak-berak. Sebab kalau tak ditukar, nanti bertambah merebak pula masalah ruam lampin nya.

2. Biarkan bahagian yang terkena ruam terdedah kepada udara. Maksud saya, kalau boleh tak payah bagi pakai pampers. Tapi kena berjaga-jagalah… nanti terkena siraman air pancur plak. Tapi cara ni berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan sebab bahagian yang kena ruam tidak ditutup dan sentiasa kering.

3. Sapukan ubat anti ruam lampin. Contohnya Drapolene sebagai pencegahan dan juga untuk mempercepatkan penyembuhan. Tapi kalau ikut petua tok nenek dulu-dulu, sapu tepung ubi je.. dalam 2 ke 3 hari dah hilang ruam lampin kat punggung baby.

4. Sekiranya tiada pilihan tapi terpaksa juga pakaikan lampin pada bayi, pilihlah lampin yang lembut, longgar dan menyerap peluh kerana kulit yang terkena ruam lampin sangat sensitif kepada geseran dan boleh menyebabkan ruam bertambah teruk. Seeloknya elakkan dari memakaikan bayi dengan lampin pakai buang yang bahagian luarnya dibuat dari plastik. Tapi gantikan dengan lampin kain.

Tapi apa-apa hal pun, ruam lampin sebenarnya adalah satu masalah yang biasa terkena kepada bayi. Jika anda dapati ruam lampin pada bayi bertambah teruk, sebaiknya bawa bayi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Manalah tau kot ada masalah jangkitan kulat sekali yang memerlukan rawatan dan ubat-ubatan yang lebih intensif.

Kak Faz

Masalah ruam lampin - penjagaan dan pencegahan by

{ 9 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: