Bilakah boleh mandi selepas bersalin cesarean

by fazidah on February 27, 2009

Salam pembaca blog bengkung moden,

Agak lama saya tak menulis di blog ini kebelakangan ni. Sebabnya ada beberapa kerja lain yang perlu saya selesaikan segera. Tapi tak apa, mulai hari ini saya cuba update selalu blog ni ;)

Saya selalu terima email dan sms yang bertanyakan soalan yang hampir sama… “kak, bila boleh mandi lepas bersalin cesarean. Saya takut la kak.. nanti luka tu bernanah kalau kena air”

Saya faham keadaan orang yang bersalin cesarean. Sememangnya kalau tak tahu, rasa takut nak mandi. Terutama bagi yang pertama kali bersalin dengan kaedah pembedahan. Ditambah pula jika anda adalah orang pertama dalam keluarga yang bersalin dengan cara ini. Emak, kakak, kakak ipar, mak cik.. semua tak boleh nak bantu sebab tak tahu.

Okey, sebenarnya untuk mula mandi selepas bersalin cesarean ada dua cara – bergantung kepada bagaimana luka anda dijahit.

1. Kalau luka anda dijahit dibahagian luar (cara nak tahu… kat bahagian tepi kiri dan kanan diletakkan pin macam butang, dan anda diminta untuk datang ke hospital seminggu selepas pembedahan untuk membuka butang) – maka anda hanya boleh mandi selepas butang dibuka.

2. Kalau luka anda ditutup dengan gam, biasanya selepas keluar dari hospital dah boleh mandi.

Tak kiralah cara jahitan jenis 1 atau 2, sebaiknya sebelum anda discharge dari hospital tanyalah doktor bilakah anda boleh mula mandi untuk kepastian. Juga, pastikan luka cesarean dikeringkan dengan pengering rambut setiap kali selepas mandi.

Selain dari itu ingin saya berkongsi dengan anda kenapa mandi selepas bersalin itu juga penting :

1. Untuk bersihkan badan. Selepas bersalin banyak daki keluar dari kulit. Bagi yang ada pengalaman bersalin sebelum ni pasti tahu… memang berdaki lah badan tu  :)

2. Untuk segarkan badan – ya… kalau tak mandi, he…he… berbau busuk lah nanti

3. Mandi juga dapat membantu agar anda pulih dengan lebih cepat. Sebab selepas mandi terasa lebih segar, bila rasa segar minda rasa lapang. Hatipun lebih gembira.

Oh ya, alang-alang bercerita tentang mandi, di web saya mamamodern.com ada menawarkan campuran daun dan akar kayu yang dikeringkan, dan boleh digunakan sebagai mandian sewaktu didalam pantang selepas bersalin – saya namakan herba mandian sauna sebab ia juga boleh digunakan untuk sauna :)

Bagi yang tinggal dibandar dan susah untuk mendapatkan daun untuk mandian, anda boleh cuba campuran herba mandia sauna ini. Cara penyediaannya juga mudah saja, cuma rebus didalam air hingga menggelegak, kemudian dicampur dengan air sejuk sehingga air menjadi suam. Lepas tu bolehlah mandi. Pasti lepas tu rasa segar je.

Okey, itu saja buat kali ini. Kita jumpa lagi di posting akan datang.

Kak Faz

Bilakah boleh mandi selepas bersalin cesarean by

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: