Makanan-Makanan Yang Terbaik Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Makanan yang baik dan berkualiti menyumbang kepada pembentukan bayi atau janin yang sempurna.

Ini kerana, makanan yang mempunyai khasiat-khasiat tertentu akan membantu kepada proses perkembangan janin yang masih di dalam kandungan ibu.

Secara mudahnya, bayi mendapat makanan melalui apa yang ibunya makan setiap hari.

Oleh itu, penting bagi ibu mendapat khasiat makanan secukupnya agar bayi boleh memperoleh khasiat-khasiat makanan yang berkualiti untuk proses pembesarannya.

Makanan-makanan terbaik untuk ibu mengandung:

1. Buah Delima

Buah delima baik untuk perkembangan otak bayi dan melindungi bayi daripada kecederaan otak.

Selain itu, buah delima boleh membantu mengekalkan paras hb yang baik bagi si ibu.

2. Walnut

Walnut ialah sejenis kacang, kira sejenis tumbuhan le. Kandungan protein jugak tinggi dalam walnut ni walaupun tak dinafikan dalam walnut turut juga mengandungi lemak.

Tapi rasa dia ada rasa pahit-pahit sikit. Walnut ni kalo kita makan 2-3 biji sehari pun dah cukup dah untuk kita dan baby.

3. Kurma Ajwa

Kurma ajwa ialah kurma kegemaran Rasullullah. Selain daripada itu kurma ajwa ini kaya dengan zat besi dan kalsium.

Ia dapat menambah susu ibu dan mencerdaskan otak dan membantu pertumbuhan sumsum tulang pada anak.

4. Susu Kambing

Susu kambing pun antara makanan sunnah Rasullullah. Susu kambing memang lebih baik daripada susu lembu. Sebab tu la susu kambing ni lagi mahal daripada susu lembu.

5. Madu

Madu asli kalau boleh. Madu boleh mengurangkan alahan (muntah-muntah) bagi wanita hamil.

Selain tu, madu merupakan pemanis makanan yang sihat dan semula jadi. Secara khusus madu membantu pertumbuhan fizikal dan mental janin. Madu dapat mencegah jangkitan penyakit hepatitis B bagi si bayi.

6. Air kelapa

Air kelapa ini akan dapat meningkatkan imuniti badan, mengawal paras gula dan membaiki peredaran darah.

Selain itu, air kelapa juga mampu membaiki dan menguatkan sistem pencernaan malah menghalang pedih ulu hati dan sembelit.

7. Minyak Kelapa Dara

Memudahkan proses bersalin tanpa pengoyakkan faraj dan ia boleh membantu mengurangkan koyakan dan keperluan untuk episiotomi semasa kelahiran.

Selain itu, ia mengatasi keletihan badan ketika mengandung dan mengelakkan sembelit.

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk puan-puan semua.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.