Makanan ibu dalam pantang – Petua orang dulu-dulu

by fazidah on August 9, 2008

Salam,

Berikut adalah petikan artikel dari Utusan Malaysia yang dikeluarkan pada 15/5/2007.

Semoga ia menjadi panduan berguna buat ibu dan bakal ibu yang akan bersalin tidak lama lagi.

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Okay, itu saja untuk kali ini.

Kak Faz

Makanan ibu dalam pantang - Petua orang dulu-dulu by

{ 40 comments… read them below or add one }

nor ayu October 23, 2008 at 2:32 pm

saya berhasrat untuk mengiklankan banner di laman blog akak..
saya nak tahu bagaimana rates dia.
akak lihat dulu website saya samaada akak berminat or x untuk mengiklankan banner saya.
sepertimana saya meletakkan banner saya di budiey.com dan gaya wanita.com,
harap akak boleh beritahu banner bersaiz ape dan sebagainya.

tq.
ayu

wanie May 22, 2009 at 5:58 pm

salam..
saya baru habis pembedahan disebabkan mengandung luar rahim..saya nk tanya..
1)makanan yg perlu dimakan sama tak dgn makanan selepas bersalin cesar..
2)cuti yg saya dpt cuma 14 hr dan mcmana saya nk adakah perlu saya berpantang sampai 44 hari..

Faz May 24, 2009 at 5:05 am

Salam Jamilah,

Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden.

Berkenaan soalan Jamilah, akak jawab seperi dibawah ye :

1. Makanan selepas pembedahan – seeloknya makan dan berpantang macam orrang bersalin sama ada pembedahan atau bersalin normal. Juga, seeloknya Jamilah ambil sekali set bersalin bagi membantu agar lebih cepat sembuh

2. Cuti utk orang keguguran dan yag operate sebab bersalin luar rahim selalunya cuma 14 hari saja… tapi Jamilah boleh terus pantang macam orang bersalin juga walaupun kena kerja. Seeloknya pakailah stokin sewaktu di pejabat sepanjang tempoh 44 hari tu. Dulu ada kawan opis akak yang keguguran. Masa kat opis dia selalu sapu gel herba sireh utk panaskan kaki dan sapu di badan masa trime kerja. Kalau jamilah nak tengk losyen herba sireh tu, sila klik sini >> http://mamamodern.com/product_info.php?products_id=57&language=Ma < <

Harap menjawab soalan Jamilah ye :)

Lina June 3, 2009 at 1:31 pm

assalamualaikum kak faz,…ini bukan komen tentang topik ni cuma nak tanya…..saya kini mengandung… kira2 dah 9 minggu. Seperti biasa saya memang mengalami alahan di waktu awal2 ni. Kali ini alahannya sedikit berbeza…ada ke petua untuk mengurangkan alahan ni…

terima kasih,
yang benar

lina ramli

Faz June 4, 2009 at 10:21 am

Salam Lina,

Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden.

Akak dah jawab soalan Lina di posting ni >> klik sini – http://www.bengkungmoden.com/blog/penjagaan-semasa-hamil/morning-sickness-alahan <<

hazlina October 22, 2009 at 2:39 pm

salam,

kak faz, betul ker saper2 yang lepas bersalin ceaser tak boleh makan laksa.orang tua2 kata mcm tu lah. kena pantang setahun ke 2 tahun tak boleh makan laksa takut sakit urat. betul ker?

terima kasih

Faz October 22, 2009 at 3:01 pm

salam hazlina,

Rasa macam penah dengar jer pantang larang yg ni. Oooo…. yaaa…… kawan akak yg dari kedah tu pun cakap macam ni lah.

Tapi lepas 3 bulan bersalin akak makan jer. Tak tahan godaan aroma kuah laksa tu… :lol:

Yang ni biasanya ikut keadaan badan individu. Kalau rasa takut, makan lah sikit dulu untuk test tengok badan okey ke tak.

sha February 10, 2010 at 10:57 am

salam kak faz…

saya baru lps jalani operation scope untuk ectopic pregnancy..
so perlu ke saya berpantang seperti org bersalin or org bersalin normal?

Faz February 13, 2010 at 1:37 am

Salam Sha,

Boleh aje nak berpantang…

ina April 16, 2010 at 5:50 pm

kalau kandungan gugur ketika kandungan berusia 6 bulan, adakah perlu berpantang?

fazidah May 14, 2010 at 5:41 am

Ye puan, seeloknya berpantang lah sebab 6 bulan tu dah dikira besar juga janin puan.

lylea May 24, 2010 at 8:54 pm

hye kak .. sy bru 1st tym prgnt ne .. emm, kndungan dah msuk 6 bln .. risiko untuk kguguran tggi tak ? ada tak cara tuk mggelakkan spya tak kguguran ?

Anna May 25, 2010 at 2:11 pm

salam…
macammana caranya saya nk dapatkan bengkung moden ni?
sy ada beli bengkung dari atikah beauty..(kain belacu) tp x sama macam yang ditunjukkan disini..

nur June 7, 2010 at 8:22 pm

salam…sya baru keguguran 2 minggu lepas…kandungan masa baru 5 minggu..adakah saya perlu berpantang…sekiranya saya tidak berpantang adakah kesan sampingan pada rahim sya??sebab selepas cuci rahim saya masih terasa sakit…terima kasih

dilla July 29, 2010 at 11:58 pm

askum..kbtulan sy melahirkan baby pd musim buah.. nk tya, kalau sy makan dlm tempoh berpantang ni buah rambutan apa efectnya..dn durian apa efectnya? blh sapa2 tlg bg mklumat pd saya tak?

Fareeza July 30, 2010 at 12:36 pm

As salam.. Nak tanye kak.. Saya bersalin secara pembedahan dan sudh sebulan berpantang. boleh ke saya makan telur selepas tempoh ini? ada apa2 effect x?
untuk pengetahun akak saya adalah pengguna bengkung moden dah gel sireh kak dan saya amat berpuas hati dengan produk ini..
setakat hari ni, saya dah berjaya turun 5 kg dan berazam untuk turun 15 kg lagi untuk mencapai berat ideal saya

maa August 2, 2010 at 3:41 pm

askum.nak tanya saya baru aje keguguran 30hb ogos 2010.apa kah makanan yg sesuai utk saya sbb saya berjauhan dari keluarga.dan saya tidak tahu apa yang boleh di makan oleh saya.setakat ini saya amalkan makan bubur kosong sahaja.tolonglah apa patut saya buat.

iena September 27, 2010 at 11:02 pm

salam
akk sye bru lepas menjalani pembedahan krn mengandung luar rahim ..
sye ingin bertanye …
1) berapa lame hrus sye bpantang ?? mksd sye akn permakanan sye
2) berapa lame sye harus tidak menjalani hubungan kelamin ..?
3) adakah permakanan sye harus pantang mcm ibu2 bersalin ..?

fazidah October 5, 2010 at 5:54 pm

Puan Iena, wslm..

Pantang paling kurang 20 hari. Hubungan kelamin, puan kena check ada darah nifas lagi atau tak? kalau dah kering tak de masalah.. tapi kalau belum kering darah nifas, jawapnnya HARAM dan tak boleh.

Sebaiknya cuba pantang macam orang bersalin juga walaupun puan keguguran.

Puan maa.. sila baca tips diatas ye..

Puan Dilla : sebainknya cuba elakkan buah yang sejuk. Biasanya effect bukan sekarang, tapi bila puan dah berumur sedikit nanti

Puan Anna : sila layari http://www.bengkungmoden.com untuk order bengkung ye

Puan lylea : elakkan dari terjatuh dan hentakan yang kuat. Juga elakkan dari aktiviti lasak

nora October 29, 2010 at 11:47 am

sya bru jer miscarriage(10mggu) , dah wat D&C dan skrang sedang berpantang…xde rasa sakit pun. sya bosan la asik mkn nasi ngan ikan n ikan bilis jer.Boleh ke mkn ayam goreng/sup?

yan October 29, 2010 at 5:45 pm

semekom saya nak tanyq la saya baru lepas pantang dan melahirkan secara operate….disebabkan org kata operate x boleh nak mengurut so saya x mengurut.saya hanya mengurut selepas habis pantang…disebabkan itu saya sakit2 badan dan amat sakit di bahagian pinggul..bagaimanakah mahu mengatasi masalah ini….

moon February 21, 2011 at 10:26 pm

Saya hamil 8 bulan..perlu ke berpNtang seperti biase??
Tempoh berapa lama saya perlu berpantang? saya juga
Seorang pelajar tHun akhir..berapa lama perlu berehat dirumah
Sebelum saya boleh menghadiri kelas??adakah 2/3 minggu cukup untuk saya
berehat??

imah April 19, 2011 at 9:10 am

saya dah lepas pantang 44 hari hari ni dah 46 hari saya tapi darah masih ada lagi napa ye ada masalah tak klu darah masih ada lagi walaupun dah hbs pantang 44 hari..sy musykil…. :???:

mak minah July 20, 2011 at 6:41 pm

salam…sy sudah lepas bersalin dan brpantang slama 44ari…slepas 44ari sy dikehendaki bekerja kerana tidak ada pengganti so slepas pantang 48ari sy pn bekerja ….so sy pun mematuhi jgk pantanglarang mcm makanan tapi minuman sy tidak brpantang sy akan minum banyak kerana sy menyusu anak so sy sgt haus….dan sy cuba memakan jamu tetapi anak sy tidak kmudian kembung perut….skarang sy rasa bahagian bawah sy sentiasa basah ,sakit bisa2 adakah sy sudah dikira bentan…harap maklum bgaimana sy hendak mnyembuhkannya kerana sy tidak dapat memakan jamu….

nufazlyn July 26, 2011 at 3:53 pm

asalam…saya cuma nk bertanya dpt ke x mkn durian dan rambutan sesudah hbs berpantang 44 hari.bb plak menyusu bdn.tidak kh menggangubkesihatan bb. :lol:

nurul September 12, 2011 at 5:50 pm

Salam,

Boleh ke orang berpantang lepas keguguran makan kicap?
Terima kasih ;-)

fazidah September 21, 2011 at 5:43 am

wslm puan,

kalau ikut pantang bersalin, tak boleh makan. Tapi apa salahnya kalau puan tak makan kan…?

shue November 8, 2011 at 12:04 pm

salam , saya mengandung 4 bulan , boleh tak saya minum kopi atau yang sama sepertinya ?

anje November 8, 2011 at 3:18 pm

as salam..
kak,, saya ingin tahu amalan berpantang dan pemakanan yg tbaik bg ibu yg mnyusu anak yg mempunyai masalah G6PD…

tq, :cry:

Hani November 20, 2011 at 11:13 am

sengkuang xboleh makan kew……….?????

cuteke December 2, 2011 at 12:14 pm

assalamualaikum…aaa nk tanya…ibu yg baru lepas bersalin leh mkn x ubi keledek…?? contohnya mkn karipap inti keledek…ataupun popia inti keledek…boleh x??

sha December 8, 2011 at 9:55 pm

salam kak,saye bkal mnjadi ibu n 1fst time nk jadi ibu berdebar juga rsanya sbb sye akan berpntang sndri dgn suami yg kurang arif dlm bab2 ni,blh kak bgtau skit cara2 nk brpntang n apa yg boleh n x boleh? makaseh ^_^

syada February 19, 2012 at 12:29 pm

salam … sye bru keguguran kandungan 11 minggu … sye dah berpantang 2 minggu tanpe fmly … sye xtaw nak makan ape .. yg sye makan hye nasik dan berlauk kan ikan atw aym bakar shje ..
sye nak tye something.. boleh x sye mkan telur ??? ade effect x ???? :|

Rini February 27, 2012 at 7:43 am

Assalamualaikum, Saya bersalin secara pembedahan pada 9/2/2012. Hari ini dah masuk 18 hari saya berpantang. Luka bedah kat luar dah sembuh, tapi rahim saya masih rasa sakit. Saya terpaksa berjalan perlahan-lahan seperti baru seminggu bersalin. Buat pengetahun, saya dilarang oleh mak mentua utk makan jamu dan berurut selagi baby masih ada kuning dan selagi rahim masih sakit. Saya memerlukan nasihat untuk memulihkan tenaga semula. Adakah rahim saya sakit kerana luka dalam belum sembuh?

eyna December 9, 2012 at 4:53 pm

assalammualaikum kak….
saya baru menjalani rawtan d&c 11 hari lalu dan dalam proses berpantang sekarang.usia kandungan 11 minggu 3 hari.nak tanya kat akak, adakah berpantang makan nie selepas 44 hari atau sehingga kita hamil semula?apakah produk dan rawatan tradisional yang boleh diambil selepas berpantang supaya badan menjadi segar dan pulih semula.
harap akak dapat menjawab segala persoalan saya ini.terima kasih
:smile: :smile: :smile: :smile: :smile:

fazidah December 17, 2012 at 1:46 pm

wslm Eyna,
Pantang 44 hari saja
Boleh je ambil mana2 produk kesihatan dalaman yang banyak dijual di pasaran. Contohnya srikandi dr sireh emas, jus bidadari ect..

sulai January 7, 2013 at 8:07 am

Assalamualaikum, sy nak tanya berkenaan dgn masalah isteri sy ni yg mana bila melahirkan anak buah dadanya akan mengeras dan sakit setelah beberapa hari menyusukan anak (anak ada 3 org) dia kata sakit dan buah dada akan jd berat, jadinya disini ada ke petua untuknya.

dhilia January 24, 2013 at 11:03 pm

salam…nk tnya,sy bersalin secara pembedahan 10 bln yg lalu(20/3/2012)…tapi sampai sekarang sy msh terasa sakit dibhgn dlm perut…terasa mcm jahitan di dlm perut timbul…bgmn kah cara utk mengurangkan skt tu…bolehkah puan syorkan ubt yg perlu sy mkn?…
terima kasih… :| :smile:

na July 7, 2013 at 1:04 pm

kak saya keguguran tetapi darah masih ada…tapi tak byk la…saya dah cuci….macamana nak buat ek…

Raihanah Ahmad January 18, 2014 at 6:01 am

Nice artikel. Jemput singgah blog saya http://vitamincerdik.blogspot.com/

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: