Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu

by fazidah on February 6, 2009

Salam ceria semua :)

Posting saya hari ini ialah berkenaan dengan 2 soalan yang telah dihantar oleh pengunjung blog ini iaitu Rozza dan Ayu.  Pada mulanya saya ingat nak jawab terus dibahagian komen (ie dibawah soalan mereka) tapi selepas saya taip, terasa panjang sangat pula. Jadi rasanya lebih baik saya jawab sebagai posting terbaru saja.

Sebelum kita teruskan dengan sesi soal jawab, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Rozza dan Ayu kerana sudi mengunjungi blog bengkung moden. Juga tahniah atas kehadiran cahaya mata kalian berdua :)

Soalan dari Rozza :

assalammualaikum Kak Faz. Saya masih dalam berpantang bersalin anak pertama selama 31 hari ini.Saya nak tanya Kak Faz,sewaktu saya berpantang dalam hari yang ke 10 saya telah minum herba TRADISIONAL yang dipanggil IRUP masyarakat kampung di sarawak.Tapi kalau di ikutkan irup itu mengandungi hampas2 daun daun rempah.Saya minum herba itu pun kerana ibu mertua saya yang suruh.minum jelah. Jadi saya takut hampas-hampas itu akan melekat di luka-luka dalaman. Adakah itu akan berlaku kak Faz. Sekarang saya tidak minum lagi irup itu dan saya gantikan dengan pil yang saya beli di klinik. Satu lagi kak Faz boleh kah saya letakkan minyak ibu gamat di tempat pembedahan saya itu.Luka ditempat pembedahan tu taklah berapa sakit sangat tapi tempat yang stretch marks yang kat bawah perut tu yang sakit. kenapa kak Faz. :razz:

Untuk Rozza, tidak menjadi masalah untuk minum IRUP tu. Walapun ia mengandungi hampas daun-daun rempah, ia takkan melekat di bahagian luka. Sebabnya sagala yang kita makan dan minum akan pergi ke perut dan diproses disana sebelum zatnya diserap oleh badan. So perut dah tolong tapis dulu. Dan tak menjadi masalah untuk Rozza untuk terus mengambil IRUP untuk tujuan mengembalikan kesihatan badan selepas bersalin. Berkenaan dengan menyapu minyak gamat dibahagaian luka pembedahan, disini akak quote kembali perenggan didalam artikel yang ditulis oleh Dr Hamid Arshad

Makanan makanan tambahan untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.Apa yang dilarang ialah mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian luka ketika 3 minggu pertama selepas dibedah. Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku.

So, kalau Rozza ada rasa sakit kat bahagian luka atau stretchmark, sebaiknya hentikan dari menyapu minyak gamat. Stretchmark boleh dihilangkan dengan menyapu losyen untuk menghilangkan stretchmark yang terdapat dipasaran antaranya brand Elancyl yang mempunyai sejenis losyen khas untuk menghilangkan stretchmark.

Okey, soalan seterusnya dari Ayu

Hai Kak Faz, saya sekarang ni dah hari ke 39 bersalin operate, luka kat luar haritu adala berair skit jer… tapi sekarang nampak cam dah ok, apa yg merisaukan saya, mcm mana dengan luka kat dalam, ada orang cakap luka kat dalam ni kalau 3 tahun pun belum tentu boleh kering kalau tak jaga pemakanan dgn betul… saya pun baru minggu lepas start makan ayam, kalau tidak asyik makan ikan kering, biskut kering dgn kopi atau milo jer… sampai naik jemu, skali je makan ikan haruan sebab tak lalu, tapi pati ikan haruan & jeli gamat tu adala saya makan… Mmmm apa yang boleh dimakan & apa yg tak boleh dimakan lepas habis pantang ni bagi mengelakkan luka dalam dari terjadi apa2…? Ha, lagi satu, bolehkah saya tidur meniarap walaupun perut saya dah tak rasa sakit? :roll:

Hi Ayu, untuk jawapan kepada soalan Ayu, akak quote perenggan berikut dari artikel Dr Hamid Arshad :

Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apa yang penting ialah Ayu mengambil makanan yang berkhasiat dan elakkan dari makanan yang boleh menimbulkan kegatalan. Memang boring kalau asyik makan biskut kering, air milo, ikan kering saja. Ayu boleh cuba alternative berikut antaranya susu segar dan minuman yogurt perasa strawberry, coklat dan perisa buah-buahan, roti bakar atau roti yang disapu planta dan jem, buah epal dan orange, cereals seperti nestum, quacker oat dan coco crunch. Untuk senarai makanan alternatif yang lain, ianya ada dinyatakan didalam ebook Panduan Selepas Bersalin Cesarean.  Tiada masalah untuk makan ayam, yang penting kulitnya hendaklah dibuang dan tidak dimasak bersama. Mengikut pengalaman bersalin cesarean yang lepas, akak mula mengambil ayam daging selepas habis tempoh 44 hari berpantang. Sewaktu didalam tempoh berpantang akak ada juga ambil ayam… tapi ayam kampung dan ayam organik. Cuma untuk makananan laut seperti sotong, udang, ketam dan makanan yang boleh menimbulkan kegatalan hanya diambil 3 bulan selepas bersalin cesarean. Biasanya selepas 3 bulan, luka telah pulih sepenuhnya. Jadi tiada masalah untuk mengambil sebarang makanan.. dah tak ada pantang apa-apa dah.

Wah..wah.. Ayu ni suka tidur meniarap ke? :) Dari segi penjagaan untuk luka cesarean, tiada masalah untuk tidur meniarap. Cuma pastikan Ayu tidak berpeluh sewaktu tidur yang mana jika ini terjadi sudah pasti bahagian luka cesarean akan menjadi lembap dan boleh mengakibatkan jangkitan. Almaklumlah, cuaca negara kita ni selalu panas.

Okey, harap yang diatas menjawab soalan Rozza dan Ayu ye :)

Kak Faz

Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu by

{ 18 comments… read them below or add one }

#wan# March 18, 2009 at 12:26 am

assalamualaikum kak faz,nak tanya satu soalan betul ke pati ikan haruan di haramkan :?:

#wan# March 18, 2009 at 12:28 am

assalamualaikum rozza n ayu,nak tanya satu soalan betul ke pati ikan haruan di haramkan :?:

Faz March 21, 2009 at 7:47 am

Salam Wan,

Sebaiknya wan refer ke web ni untuk pengesahan halal >> http://e-halal.hdcglobal.com/ << kerana mereka yang lebih tahu tentang isu ini.

Tapi setahu akak tak de plak keluar sebarang berita tentang ikan haruan yang tak halal. Dulu ada juga berita ikan ternak yang diberi makan barang terlarang tapi yang tu ikan keli, bukan ikan haruan.

Kak Faz

liza June 5, 2009 at 12:21 am

salam,
saya baru melahirkan melalui cesarian. Sekarang ni saya dah masuk 40 hari, darah nifas dah berenti tapi saya risau sebab ada macam cecair yang masih keluar. Ianya agak kekuningan dan sedikit pekat dan berbau hanyir. Saya risau takut-takut luka cesarian dibahagian dalam tidak sembuh dan bernanah. Tapi saya tak ade plak rasa sakit dibahagian dalam perut saya. Cuma pada peringkat awal tu rasa ngilu. Untuk pengetahuan saya ni plak tak ikut pantang …maklumlah, takde orang yang menjaga saya. So, semua saya belasah…kecuali makanan gatal. Tapi saya dah belasah makan telur hari-hari selepas cesarian…kata orang telur boleh menyebabkan luka bernanah. Untuk pengetahuan, luka jahitan dibahagaian luar saya dah sembuh…cuma saya risau dengan cecair yang masih keluar dari faraj…bimbang luka didalam perut saya yang bernanah. Tolonglah advice….

Faz June 11, 2009 at 8:00 am

Salam Puan Liza,

Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden dan tahniah atas kelahiran cahaya mata. Juga, maaf kerana lambat jawab sebab internet connection slow kat rumah saya beberapa hari ni. Nasib baiklah saya dah buat schedule posting siap2 :oops:

Berkenaan masalah Liza, sebaiknya Liza ke klinik untuk mendapatkan pandangn doktor dan untuk pemeriksaan lanjut bagi memastikan rahim telah benar-benar mengecut. Jika Liza belum lagi melakukan ujian papsmear, sebaiknya ia dilakukan sekali. Ceritakan sekali masalah yang Liza hadapai kepada doktor.

Berkenaan luka cesarean pula, jika bahagian luar ok, biasanya bahagian dalam juga okey. Tapi sebaiknya sewaktu jumpa dengan doktor tu, minta dia check sekali dibahagian luka cesarean untuk kepastian.

Kak Faz

imm July 30, 2009 at 5:59 pm

Salam,

nak tanya skita la kak faz. makanan yg sesuai dimkn masa menyusu badan. sbb kekadang tu klu tersalah mkn takut bayi batuk la selsema la. salam :smile:

Faz July 31, 2009 at 10:02 pm

salam Imm,

Tiada makanan yang dimakan oleh ibu yang menyusukan bayi yang boleh sebabkan bayi batuk dan selsema.

Dalam susu ibu kan ada antibody dan immune system yang membantu sistem pertahanan tubuh bayi.. so tak usah risau. yang penting amalkan diet yang seimbang dan berkhasiat supaya badan dapat hasilkan susu yang berkualiti. :mrgreen:

Azlan February 17, 2010 at 3:47 am

Assalamualaikum kak faz,

Maaf mungkin soalan saya ini terlalu banyak kali ditanya tapi di atas kerisauan saya terhadap isteri saya, saya harap dapatlah sedikit persoalan yang dapat dijawab supaya at least saya tahu apa yang berlaku.

Isteri saya baru sahaja seminggu melahirkan anak kami yang pertama melalui kaedah cesarean ini. Cuma last 2 days, kami perasan ada keluar sedikit cecair putih + merah keluar di hujung jahitan itu. Saya difahamkan melalui rujukan puan, article “Gambar Parut Luka Cesarean – Part 3″, jahitan itu sudah dijangkiti kuman.

adakah jangkitan ini berada di tahap yang serius? setakat ini ada satu tempat sahaja air yang mengalir, tapi baru sebentar tadi saya lihat muncul pula tempat kedua yang airnya keluar tak jauh dari tempat pertama air keluar.

Saya ada bertanyakan doktor yang merawat mengenai perkara ini dan beliau menjawab biasanya air yang keluar itu air dari ubat yang digunakan ketika operate bersalin.. benarkah begitu?

Setakat ini kami tidak meletakkan minyak gamat cuma kami tersapu SEKALI sahaja Kain yang basah dicampur dengan DETTOL. ada kesan juga ke? tapi doktor memang dah advice memang tidak perlu bubuh apa2 dan kami selepas itu memang tidak bubuh apa2..

ada nasihat untuk mengelakkan cecair tersebut keluar lagi?

Diharap jawapan kepada persoalan dan sedikit nasihat dapat diberikan.

Terima kasih.

bb February 27, 2010 at 10:48 am

En Azlan

Perkara yang sama terjadi pada luka saya selepas dua minggu saya bersalin cesarean pada 19 jan 2010.

Selepas berjumpa pakar yang membedah saya, mmg benar luka berair di hujung adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan. Doktor tersebut menyapu luka saya dengan alcohol swab (sama seperti yang digunakan untuk pusat bayi) sambil menekan agar air tersebut keluar sepenuhnya.

Alhamdulillah selepas itu luka saya kembali kering. Agak pedih sedikit (tindakan alcohol) semasa menyapu tetapi ia hilang selepas beberapa saat.

Azlan March 2, 2010 at 12:59 am

ok terima kasih di atas jawapan tersebut.

Alhamdulillah setakat ini wife saya dan anak saya tiada apa2 berlaku :smile:

Faz March 5, 2010 at 11:56 am

Hi BB,

Terima kasih sebb tolong jawabkan untuk akak.

Line tenet asik off je, nak online pun sangkut-sangkut ni..hu..huu

ummieoleea April 6, 2010 at 3:31 pm

slm kak faz…
di sini saya ingin bertanyakan sesuatu yg mengganggu fikiran saya….saya melahirkan bayi pertama saya secara emergency cesarean sbb takut baby dah terberak dlm perut….untuk makluman kak faz bayi saya dah hampir setahun usianya sekarang……pernah terjadi keluar cecair ditempat pembedahan tu iaitu di sebelah kiri sebelum hujung jahitan dan dikedua belah tempat dihujung jahitan semasa saya didalam pantang……saya jadi panik dan apa yang saya boleh buat just menangis dan berdoa pada Allah agar luka saya sembuh…Alhamdulillah luka-luka tersebut telah sembuh sekarang tetapi bekas pembedahan tersebut tak berapa cantik dan ade bonjolan berwarna merah kecoklatan dibeberapa tempat….sepertimana yang kak faz kata luka yang betul-betul cantik just akan nampak 1 garisan selari….apa yang merisaukan fikiran saya sekarang ialah adakah tempat yang terdapat bonjolan merah kecoklatan tu boleh terjadinya jangkitan kuman sekali lagi?adakah faktor kelembapan ditempat pembedahan itu juga mempengaruhi?
terlalu banyak saya fikirkan………………..harap kak faz dapat memberikan jwpn secepatnya…

fazidah May 14, 2010 at 6:08 am

Wslm,

Luka puan dah sembuh sepenuhnya sebab dah setahun puan bersalin cesarean dan takkan ada jangkitan kuman di bahagian bonjol tu. Faktor kelembapan di tempat secarean boleh menyebabkan jangkitan, tapi jangkitan ini akan berlaku jika luka masih baru dan belum sembuh sepenuhnya. Adalah digalakkan untuk jaga luka cesarean agar sentiasa kering seaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin.

Jika puan bersalin cesarean lagi lepas ni, doktor akan buang bonjol yang tak cantik tu.

ummieoleea May 30, 2010 at 1:09 am

Slm kak faz….
terima kasih diatas info yg kak faz berikan…..lega rase hati….setakat tiada apa yg berlaku pd luka jahitan saya…

amy December 2, 2011 at 2:12 pm

salam kak Faz….
sy nk kogsi pengalaman pakai bengkung moden ni..sy bersalin sc caesarn.. so amat sakit bila nk berjln..maklumlah perut kita xkempis..rs berat sgt…then akak sy tolong belika bengkung moden ni..
Alhamdllh …sy dpt berjln dg baik tanpa perlu membongkokkn bdn lg.http://www.bengkungmoden.com/blog/segalanya-yang-berkaitan-dengan-cesarean/makanan-bersalin-cesarean/#commentform.t.q sgt2.. :razz:

Yanty March 11, 2013 at 7:33 pm

Salam kak.juz mntk pndgn n komen dr kak faz..sy br lps mnjlni pmbedahan betulkn rahim yg terbalik.persoalannye sy xsuka hamya baring atau duduk sahaja.saya akan berjln sekitar rumh 2,3x shri..tp dijarakkn wktu itu..adkh itu blh mmbri kesan yg xbaik pd peranakn sy?n lg satu brp lame tempoh yg sesuai utk sy berpntang.blh bg tips x?

Shikin Puteri Haezat August 30, 2013 at 7:16 am

Salam kak faz…shikin br 9bln cesar anak kedua..luka luaran mmg da nmpak cantik…cuma yg merisaukan saya…skrg ne sy rs mcm pedih2 n ngilu2 di dlm bhgn operate tu..sy tkt la kalau2 luka bhgn dalam tu msh blm baik atau terbukak balik ke…mayb sbb sy selalu dukung anak saya ke? Berat baby skrg ni 6.8kg…kenape sy rs ngilu n pedih tu ye?

ryani January 8, 2014 at 12:52 pm

salam kak faz… nak tanya.. betul ke ibu menyusukan anak tak boleh makan pati ikan haruan/?? saya baru sedar hal ni lepas dah abis 21 botol.. sbb sy makan pati ikan haruan+gamat… tapi saya tak menyusukan anak sepenuhnya.. cmpur FM..

Leave a Comment

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: