Luka pembedahan bernanah?

by fazidah on October 11, 2008

Hello..

Saya pasti anda masih didalam mood raya kan?

Sebelum anda membaca lebih lanjut, ingin sekali saya mengucapkan tahniah kepada pelanggan-pelanggan saya yang baru sahaja bersalin. Semalam (10/10/2008) merupakan ulang tahun pertama anak bongsu saya Idrisha (buat masa ini anak bongsu laa…). Bermakna sudah setahun saya melewati tempoh bersalin pembedahan (caeserean) kali ke 2.

Pengalaman bersalin secara caeserean pertama saya ialah 5 tahun yang lalu sewaktu saya melahirkan anak ke 2 saya Idrizul pada 7/10/2003. Ah… teringat balik segala resah gelisah, kerisauan dan kebimbangan saya dulu. Maklumlah, banyak informasi tentang caeserean yang saya tak tahu pada waktu tu.

okay, hari ini saya ingin berkongsi tips tentang cara menjaga luka pembedahan yang bernanah. Beberapa hari sebelum raya dulu, saya menerima soalan dari salah seorang pelanggan saya bernama Ima yang risau kerana selepas 2 minggu bersalin, tiba-tiba beliau merasa sakit ditempat luka pembedahan. Menurut Ima, terdapat satu ketulan putih ditepi sebelah kanan luka pembedahan yang mana apabila ditekan, akan terasa sakit.

Seperti yang saya kongsikan dengan Ima, saya kongsikan juga dengan anda pembaca blog Bengkung Moden.

Menurut doktor yang melakukan operasi pembedahan saya dulu, kebiasaannya kulit dijahit lebih tebal dibahagian tepi sebelah kiri dan kanan berbanding dibahagian tengah. Disebabkan ini, bagi sesetengah individu seperti Ima akan berlaku pernanahan ditempat yang kulit dijahit lebih tebal. Sebenarnya saya juga pernah mengalami keadaan yang sama seperti Ima kerana secara tiba-tiba terdapat satu ketulan keras di bahagian sebelah tepi ditempat jahitan luka.  Satu ketulan sahaja tidaklah merisaukan saya pada waktu itu. Kebetulan, ia berlaku seminggu sebelum tarikh saya berjumpa dengan doktor. Jadi sewaktu pemeriksaan dengan doktor,  ketulan nanah dicuci dan dibersihkan dengan anti septik. Cara cuciannya juga tidaklah menyakitkan… anti septik diletak pada kapas dan disapu ditempat jahitan luka pembedahan. Itu saja…

Jika ini berlaku kepada anda juga, usah risau. Pakai Bengkung Moden seperti biasa dan lapik dengan tisu di keliling perut dan pinggang dan juga di tempat luka pembedahan. Selain dari itu, seperti yang telah saya nyatakan di posting yang lepas (boleh lihat dibahagian tips), sapukan ubat luka ditempat pembedahan setiap kali selepas mandi sebagai preventive measures. Juga, pastikan tempat luka dikeringkan dengan menggunakan hair dryer (bukan dikeringkan dengan kipas ye… :)

Namun begitu, jika tempat luka mempunyai nanah 3 biji atau lebih, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Harap tips diatas membantu.

Jika ada sebarang kemushkilan, please feel free to contact me ya ;)

Kak Faz

Luka pembedahan bernanah? by

{ 3 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: