Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan)

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi soalan berikut yang ditanyakan oleh seorang suami melalui private message di page bengkung moden di Facebook :

Salam puan, saya nak tanya beberapa soalan.  Saya harap puan sudi menjawab soalan-soalan saya.

1. Isteri saya sudah sebulan melahirkan anak sulung kami secara ceasarean dan dia tak pernah pakai bengkung sejak selepas bersalin, adakah terlalu lambat jika isteri saya nak mula pakai bengkung sekarang?

2. Semalam saya check luka isteri saya ada cecair kuning cair keluar dari hujung kiri dan kanan tempat jahitan. Semasa awal lepas bersalin saya ada applykan gel solcoceryl pada bahagian luka jahitan untuk membantu mempercepatkan penyembuhan, dan alhamdulillah, sebelum ini  tak ada sebarang masalah dan luka isteri saya juga kering dan baik.  Tetapi, pada minggu ke tiga saya sudah tidak applykan lagi gel d kawasan luka.  Adakah itu penyebab keluarnya cairan kuning di tempat jahitan isteri? Isteri juga mengadu pedih d kawasan hujung kiri tmpt jahitan sejak dua hari lepas.  Atau adakah faktor pemakanan yang menjadi penyebab?

JAWAPAN :

Waalaikummussalam Encik,

Terima kasih atas soalan. Tumpang bangga dengan suami yang prihatin dengan isteri yang masih dalam pantang lepas bersalin macam encik.

Jawapan kepada soalan :
1. Masih belum terlambat dan masih boleh pakai bengkung moden. Cuma sebaiknya teruskan pakai walaupun lepas dah habis pantang agar isteri encik betul-betul dapat kempiskan perut.

2. Biasanya kulit di bahagian hujung kiri dan kanan luka dijahit lebih tebal dan ini menyebabkan agak mudah berlaku minor infection. Juga, bahagian hujung tu adalah tempat di mana doktor letakkan cangkuk untuk pastikan perut dan rahim terbuka semasa baby dikeluarkan. Jangkitan dibahagian hujung luka memang mudah berlaku kepada ibu-ibu yang bersalin cesarean.

Cara paling mudah untuk merawat jangkitan ini adalah dengan menyapu ubat pusat bayi (spirit) untuk keringkan luka dibahagian yang terkena jangkitan setiap kali selepas mandi. Insya allah bahagian yang terkena jangkitan biasanya akan beransur kering selepas beberapa hari.

Harap jawapan di atas membantu ye 🙂

Harap soalan dan jawapan diatas juga membantu pelawat blog bengkung moden ini

Wasalam

Kak Fazidah

bengkung moden

15 thoughts on “Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan)”

  1. Salam. Sy kini sedang berpntang setelah melahirkn ank yg ke3 secara ceaseran bt kali ke3. Masalahnya sekarang luka ceaser mngeluarkn cecair nanah dan trdpt beberapa tmpt yg terbuka jahitannya.. sblm ni sy xprnah mengalami mslh sebegini. Sy tlh mngmbil beberapa ubt mkn antibiotik dan hasilnya masih sm.. apa lagi yg perlu sy lakukan..

  2. Waalaikummussalam Puan Fazilah,

    Puan ni yang call saya hari tu kan..? Sebaiknya puan buat pemeriksaan di klinik / hospital sekali lagi ye.

  3. Salam puan…sy nak tanya beberapa soalan.Harap puan sudi menjawab soalan2 sy.

    1.sy sudah 3 minggu melahirkan anak sulung secara ceasarean dan tak pernah pakai bengkung semenjak hari pertama bersalin, kerana takut mengalami masalah dengan luka dalaman.Bolehkan sy memakai bengkung selepas 3 bulan??

    2.selepas 18 hari , terdapat sititik and nanah keluar..(mcm jari tercucuk jarum je).sy sapukan ubat pusat bayi (spirit) dan minyak gamat..Adakah ini tanda jahitan terbukak? Tiada darah dan nanah keluar lepas sy sapukan ubat pusat bayi dan minyak gamat selama 2 hari.Adakah cukup untuk menyapu ubat pusat bayi seandainya keluar nanah?

    3.Adakah normal perut masih terasa sakit tiap kali hendah bangun dari katil atau kerusi selepas 3 minggu ceasarean? Berapa lama luka a d rasa sakit akan hilang n pulih??

  4. Wslm Puan Rashsya,

    Jawapan kepada soalan :

    1. Ye masih boleh. Bengkung Moden juga boleh dipakai sewaktu bekerja atau keluar berjalan-jalan, tidak terhad kepada pemakaian sewaktu dirumah saja.

    2. Itu bukan tanda jahitan terbuka.. tapi jangkitan. Ianya adalah normal dan mudah terjadi (jika satu saja tempat yang kena). Sapu ubat pusat baby saja dah cukup. Jika betul-betul terbuka biasanya luka makin merebak besar dan perlu dicuci di hospital / klinik

    3. Ianya adalah normal untuk masih rasa sakit kerana puan baru saja 3 minggu lepas bersalin pembedahan. Rasa sakit biasanya masih ada walaupun selepas 6 bulan dan agak subjektif dari segi berapa lama puan akan rasa kerana ada yang masih rasa ngilu selepas 1 tahun, ada juga yang tidak rasa lagi..

    Harap menjawab soalan puan ye.. tq

  5. Assalamualaikum puan,

    saya menjalinan pembedahan left ectopic pregnancy pada 17/10/13 dan berpantang sehingga hujung november’13. pada 18/12/13 pagi saya terasa sakit pada bahagian luka dah bila tengok ada mata nanah. bila terkena seluar sakit. saya call GH (tempat saya jalani pembedahan tapi mereka suruh pergi bahagian pesakit luar.

    dari pendapat puan kenapakah setelah hampir 2 bulan masih bole bernanah? sedangkan benangnya sudah tercabut.

    haruskan saya ke hospital atas saya hanya berpantang kembali seperti sebelumnya.

    harap puan dapat membantu.

    terima kasih
    suzana

  6. Wslm Puan Suzana,

    Sepatutnya jika selepas 2 bulan luka dah mula kuat dan tidak lagi bernanah KECUALI jika kawasan luka masih basah / lembap akibat dari berpeluh atau dibahagian tersebut sering berlipat dan tertutup seterusnya menjadi lembap setiap kali badan puan berpeluh.

    Apa2 pun, sebaiknya puan pergi saja ke GH untuk pemeriksaan lanjut dan juga untuk cuci bahagian bernanah ye.

    Tentang berpantang tiada masalah jika puan nak teruskan atau sebaliknya kerana yang penting adalah pastikan parut luka sentiasa kering.. itu saja.

  7. Slm puan.sy operate anak pertama & dah 36 hari pantang.terdapat cecair kuning & melekit keluar dr vagina .adakah terdapat jangkitan atau luka dlmn sy bermasalah?harap puan dapat membantu.trm kasih.

  8. Assalamualaikum puan… Saya nak tanya berberapa soalan… Saya harap puan sudi jawab soalan saya…

    Saya operate anak pertama pada 16/4/2016.. Sekarang dah masuk 2 bln… Selepas saya operate saya mengalami masalah di tmpat operate.. Tempat operate saya mengalami masalah bengkak,lebam,dan darah beku.. Selepas belaku masalah itu saya menjalani operate kali kedua utk buang darah beku…
    Alhamdulillah, selepas operate itu luka saya semaking pulih dan sudah kering…
    Tp baru2 ni, tempat operate saya macam bermasalah blk.. Cthnye:-
    1)sakit pada tempat luka
    2)keluar nanah di tempat luka
    3)tanda kemerahan sekitar tempat luka
    4)tempat luka nampak berlubang
    5)benang jahitan di tengah2 terkeluar, menyebabkan tmpt luka berlubang,darah dan bernanah…

    Saya harap puan dapat bantu saya..
    Sekian terima kasih..

  9. waalaikumsalam puan, bgi pendapat saya sebaiknya puan pergi ke hospital semula dan minta mereka cek luka puan tu ye.

  10. Assalam puan…
    Sy nk tanya..saya br seminggu bersalin czer..
    Sblm ni xde masalah cuma pagi td sy perasan di sblh kanan jahitan mcam ada keluar cecair.
    Ape yg perlu sy bt? Perlu pergi ke hospital semula ke?

  11. Salam puan sya dah sbln brsalin cezer.. Luka sya kat blh tgh da lubang..kcil ja..bla sya tekap dgn tisu da drah tp ckit ja.. Bahaya x..

  12. Assalamualaikum pn,
    Nak tanya kalau berlaku radang pd sekitar tempat luka caeser, adakah boleh menyebabkan darah beku?
    Saya baru 28 hari berpantang, baru2 ni bhgn atas luka sblh kanan, mngalami merah, bengkak dan keras bila ditekan. Sy sudah ke klinik dan doktor beritahu radang kulit. Doktor beri ubat sapu dgn ubat surut bengkak…selepas guna ubat tersebut, sy dapati keluar nanah sedikit pd tempat luka, merah dan bengkak telah surut, tetapi msh terasa keras bila di tekan. Adakah normal keras tersebut disebabkan kesan radang dan akan beransur hilang atau disebabkan darah beku…mohon pencerahan pn.

  13. waalaikumsalam puan,mungkin berlaku komplikasi atau infeksi pada luka puan tu yang dia jadi bengkak dan menyebabkan radang. Puan kena sentiasa bersihkan luka puan dan dapatkan istirehat yang cukup. pemakanan juga perlu dikawal dan pastikan jangan makan bahan2 yang gatal. Ianya normal berlaku selepas pembedahan.

  14. waalaikumsalam puan, seeloknya puan dapatkan nasihat doktor mengenai ini, takut berlaku infeksi pada luka puan jika dibiarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *