Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah benar yang terjadi kepada salah seorang pelanggan saya. Cerita ni dah agak lama juga laa… tapi baru hari ini saya berkesempatan untuk tulis disini.
Kira-kira 2 bulan lepas saya telah dikunjungi oleh seorang pelanggan bernama Intan yang ingin membeli bengkung moden untuk adiknya. Menurut Intan, adiknya sudah beberapa minggu bersalin cesarean tetapi perlu berulang alik ke hospital kerana masalah luka pembedahannya yang terbuka dan dijangkiti kuman.
Menurut Intan masalah ini bermula apabila adiknya (nama Intan juga…) telah menyapu gel gamat ke tempat luka cesarean seminggu selepas bersalin. Walaupun gel hanya disapu sekali sahaja, tapi tak sangka kesannya begitu cepat sekali. Diwaktu malam, tiba-tiba saja adiknya terasa kain batik yang dipakai basah. Setelah diperiksa, rupa-rupanya ada air jernih yang keluar dari luka cesarean.
Selepas dibawa ke hospital doktor mengesahkan yang luka cesarean Intan ini perlu dibuka dan dicuci 2 kali sehari sehingga bahagian yang dijangkiti kuman telah benar-benar clear.
Bermula dari hari itu, Intan perlu ke hospital 2 kali sehari – pagi dan petang untuk cuci luka. Dan setiap kali luka dicuci tiada ubat penahan sakit yang diberi. Jadi kenalah Intan ni tahan sakit setiap kali luka dicuci. Sakitnya.. hhmmm… sampai menangis lah.
Dan update terbaru yang saya terima, luka Intan dah pun hampir bercantum sepenuhnya selepas 2 bulan lebih bersalin.
Pengajarannya, jangan sesekali sapu sebarang gel atau minyak gamat dibahagian luka cesarean. Kalau rasa nak sapu juga, anda boleh sapu ubat luka sahaja atau tunggulah luka tu dah betul-betul baik baru disapu gel gamat. Sepatutnya luka cesarean Intan ini dah boleh baik sepenuhnya dalam masa 2 bulan. Tapi disebabkan oleh gel gamat yang disapu pada luka, ia telah menyebabkan luka bernanah dan melambatkan proses penyembuhan.
Malahan, doktor Hamid Arshad juga ada berpesan didalam artikel beliau :
Makanan makanan tambahan untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.
Apa yang dilarang ialah mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian luka ketika 3 minggu pertama selepas dibedah.Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku. Jika ini berlaku anda mesti bersihkan kawasan yang dijankiti kuman dengan savlon yang dicampur air suam, berserta kapas bersih pada kawasan itu. Picit air bisa dan nanah keluar setiap hari dan biarkan luka terdedah kepada udara.
Untuk bacaan lanjut, saya kongsikan juga disini kisah seorang ibu yang juga mengalami masalah luka cesarean yang dijangkiti kuman. Cuma kisah dia ni lagi seram sebab jangkitan tu sebenarnya adalah dari alat yang digunakan untuk menjahit luka cesarean. >>sila klik disini untuk baca kisah ini. Jangan risau, tak ada gambar yang menyeramkan pun.. he… he… <<
Kak Faz
No related posts.










{ 6 comments… read them below or add one }
Hi, terima kasih yang tdk terhingga di atas info2 penting dan bermakna d ruangan ini. saya baru aja pertama kali membaca ruangan ini. Saya sangat berminat untuk memiliki set bengkung moden ini dan begitu juga dengan produk2 yang lain seperti tungku walaupun saya belum lagi ada rezeki untuk mengandung anak ke 2 saat ini. namun ianya penting sebagai persediaan. untuk pengetahuan, saya telah melahirkan anak saya yang pertama melalui kaedah ceaserian yang tdk terancang. kebetulan anak saya mengalami masalah kesihatan selepas dilahirkan dan saya hanya bimbangkan keselamatannya dan tdk menghiraukan kesihatan saya sendiri. kami berada di hospital setengah bulan. pendek kata, saya langsung tiada berpantang slps melahirkan anak pertama ini walaupun saya ada membeli produk set selepas bersalin leesa namun saya tdk ada mood untuk meneruskan atau menggunakan produk itu kerana terlalu bimbangkan anak. natijahnya, luka ceaserian saya sangat hodoh,kena jangkitan. sdhlah tu, lukanya dibedah miring lagi,tdk lurus. emergency katakan tapi sa agak kesal juga lah dgn cara bedah tu..adakah patut miring…
so, saya harap kak dapat beri penyelasaiain ke atas masalah saya nie.. bagaimana nak dapatkan produk.
Hi Wiwean,
Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden. Saya dah hantar email tadi.. Sila check email ye.
Terima kasih
Assalamualaikum.banyak tip ble dpat dlam ruangan ini.Saya baru saja memasuki ruangan ini.Untuk pengetahuan sya pn penah mengalami bersalin casearean.Luka saya cepat sembuh n tidak sakit sebab saya minum air gamat.dlam masa smggu saja sy dh ok.Saya juga telah basuh kepala pada hari kedua sy menjalani pembedahan.ok je.Saya x bgitu risau coz emak saya dh dua kali menjalani pembedahan caserean.Pengalaman emak saya dijadikan panduan.
Assalamualaikum … saya telah selamat menjalani pembedahan 3 minggu lepas… alhamdulillah luka saya telah kering dalam seminggu .. selepas 2 minggu saya telah melaku kan kerja rumah macam biasa cuma tidak mengangkat benda berat. Tapi dua hari lepas saya makan kek dan ramai yg cakap kek ada telur so akan gatal di tempat luka and also luka dalam boleh nanah. Betul ke.? dan kalau betul lama mana kita akan rasa gatal tu .. adakah immediately lepas makan so after few days ??? thanks
Waalaikummussalam Liza,
Macam mana…? Gatal tak luka tu sekarang? Ada nanah ke tak..?
Kalau tak de apa-apa – means okey lah tu. Tapi jangan la lepas ni bedal sebiji kek 1 kg plak ye..he..he..
Salam… pd pendpt sy ..telur ni elok (protein) utk sembuhkan luka. Dulu masa jaga my dad kat hosp (30% body burn), doc nasihatkan amik telur putih. So tiap2 ari kalau masak bubur, campurkan telur putih. Alhamdulillah, luka terbakar & kulit tampal cepat sembuh.
Cuma ada org alergic dgn telur sbb tu jadi nanah.. Even sy pun tak berani cuba ambil telur lagi