Khasiat Penyusuan Susu Ibu Pada Ibu Dan Bayi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahukah anda jalinan kasih sayang antara seorang ibu dan anak terjalin semasa penyusuan susu ibu.

Penyusuan ibu sememangnya memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada bayi tetapi kepada si ibu juga. Sesetengah jenis kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya.

Penyusuan secara ekslusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan dan selepas itu siteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih.

Antara khasiat penyusuan kepada anda dan bayi ialah:

Ibu

  • Membantu rahim anda mengecut semula ke saiz asal seperti sebelum hamil
  • Mengurangkan kehilangan darah
  • Membantu tubuh anda kembali ke bentuk asal
  • Mengurangkan risiko kemurungan lepas bersalin
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
  • Menjimatkan wang
  • Merapatkan jalinan ibu dan bayi

Bayi

  • Imunisasi pertama bayi
  • Kajian menunjukkan bahawa bayi yang di berikan susu badan jarang menghidap penyakit semasa tahun pertama selepas kelahiran mereka
  • Kurang berisiko mendapat penyakit tekanan darah, kencing manis dan kolestrol tinggi apabila besar nanti
  • Membantu perkembangan otak bayi dan struktur tubuh bayi serta membina otot
  • Melegakan jaundis
  • Kurang mengalami alergi dan kurang masalah obesiti semasa besar.

Saya harap perkongsian artikel ini bermanfaat untuk puan-puan.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.